Tuesday, June 6, 2017

Kerja NGO bergaji atau sukarela?

Terus terang saya cakap, ya semestinya saya bergaji.

Ayuh saya bawa, logik ke tidak saya digaji?

Sejujurnya saya merasakan saya layak digaji lebih daripada apa saya digajikan sekarang.

NGO yang 100% bergantung kepada dana orang awam, kita tidak boleh jangka, "bulan depan ni gaji aku ada ke tak".
Bukan semua orang awam nak beri duit gitu-gitu sahaja, benar?
Ada ketidakstabilan gaji di sini.
Siapa nak kerja macam ni?
Tiada SOCSO tiada EPF.

NGO tidak cukup kakitangan untuk dibahagikan tugas, maka setiap orang bertanggungjawab keatas hampir setiap sudut perkara, daripada hal sekolah, kes hospital, kematian, polis serta hak undang-undang dan sebagainya yang melibatkan komuniti ini.
Kadang-kadang kena sampai malam kerja untuk persiapkan hal secepat mungkin.
Kalau tak pun, membahagikan masa untuk pelajar dan komuniti. Sabtu dan Ahad juga kadang-kadang bersama mereka lagi.
Siapa nak kerja macam ni?

Gajinya ok ok cukup-cukup ngam-ngam suam-suam kuku, tapi kerja macam itu sekali, susah nak cari orang yang rela dan tak berkira, kan?

Jadi, Kenapa aku tetap ambil kerja ni?
Sebab aku tak nak gaji yang dibayar oleh NGO ini pergi ke tangan orang yang tidak mampu buat perkara diatas, dan duit-duit itu dibelanjakan kearah yang tidak bermanfaat (contohnya gajet, fashion trend terkini dsb.)
- Ok, gaji ni mungkin sudah masuk hal peribadi, biarlah orang tu nak belanjakan macam mana pun dah gaji dia kan?
Tapi bagi aku yang dah digajikan melalui NGO ni, alhamdulillah lah aku rasa ada satu rasa sedar diri, kena ingat dari mana duit itu datang, dan aku kekal menganggap gaji itu sebagai amanah orang ramai terhadap aku. Seolah satu 'kuasa' diberikan keatas aku untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.
Maka dapatlah pergi bawa budak-budak jalan-jalan ke, belikan hadiah bermanfaat untuk mereka dsb.

Satu lagi sebab aku ambil, sebab aku punya harapan besar terhadap anak-anak komuniti ini, pelajar aku sendiri.
menjadi orang berguna untuk masyarakat mereka dan sekeliling mereka.
Mereka bukan pelarian kosong.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.
https://www.facebook.com/humanaidselangor/
https://www.facebook.com/pelangikasihrainbowoflove/

No comments:

Post a Comment

karya kak jah