Friday, June 9, 2017

Harapan Mama Ayah

Selepas habis belajar, aku tak sabar nak berbakti balik kepada mama ayah.
Dapatkan kerja bagus, duit yang ada belanjakan untuk mama ayah, salah satu cita-cita nak tanggung umrah mama ayah dan aku pergi sama-sama.
Beli kereta selesa untuk mama ayah duduk di belakang dan aku pula bawa mama ayah pulang ke kampung merintis nostalgia mereka.

Aku hampir mencapai cita-cita itu melalui sebuah pekerjaan yang menguntungkan.
Tapi aku ubah perjalanan aku untuk bekerja sebuah NGO yang bagi aku, sangat-sangat perlukan aku walaupun gajinya bukan lumayan.
Tapi aku gembira menyelesaikan tanggungjawab yang aku anggap bukan pekerjaan dah.

Diatas perubahan liku ini, nampaknya aku tak mampu berikan mama ayah sepertimana abang kakak aku berikan kepada mama ayah. Dari segi kewangan, zuriat, memudahkan mama ayah.
Macam terkubur cita-cita tu.
Aku tercari-cari apa yang aku boleh 'bayar' segala apa yang mama ayah dah 'invest' untuk diri aku sahaja.

Ya aku tahu, memang tak ada apa-apa yang dapat membalas jasa mama ayah.
Tapi harus ada sesuatu yang aku boleh capai untuk gembirakan orang tua ku.
Tapi apa dia?

...
..
.
.
..
...
.....
 ........
.............
.................

Sudahlah.
Aku nak jadi anak solehah.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah