Friday, June 9, 2017

Hafiz Hafizah, penting ke?

Merasakan menjadi hafiz / hafizah ini bukan kepentingan?
Ye lah, "mengamalkan isi Quran itu lebih penting berbanding sekadar menghafalnya".
Namun sepatutnya tidak bermaksud tidak perlu atau tidak penting menghafalnya.

Dan sekarang ni baru rasa, "Ruginya aku tidak menghafal Quran".
Menghafal bukan untuk dijadikan hujah atau sesaja mahu digelar "hafizah",
tapi, sepanjang kita melalui liku-liku hidup ni, kita boleh petik atau teringatkan kembali kepada ayat Allah.

Sekarang ni kan kalau kita down, kita selalu teringat-ingat kepada quote orang putih atau pun cari lagu-lagu pembangkit semangat
Dan quote-quote tu kadang-kadang tidaklah terlalu bagus pun, kadang hanya penyedap kata untuk berusaha kembali ke pangkal jalan.
Tapi kita masih lagi mencari kata-kata semangat yang hit the nail.
Maka, alangkah indahnya kan kalau kita teringat kata-kata Allah bila-bila mana saat suka dan duka lara hidup kita ni.
Tak perlu dah terkial-kial baru nak buka Quran baca dan cari makna dsb.
Solat pun lebih enak dengan surah-surah yang berlainan.

Sekarang ni nak mula balik untuk hafaz betul-betul Juz' Amma terlebih dahulu.
Ya Allah, kenapa masa kecil dulu rasa mudah sangat hafaz, dah besar ni macam ambil masa lama untuk hafaz.
Nak menangis pun ada. rasa macam terlambat pun ada.
Tapi biarlah lambat, asalkan aku mati dalam keadaan berusaha.

Mulalah tekad, nanti aku ada anak, aku nak hafiz/hafizah kan dia !
bukan paksa dia, tapi dia pun nanti kena tahu kenapa penting jadi hafiz/hafizah
dengarlah bonda yang sesal ini

No comments:

Post a Comment

karya kak jah