Tuesday, June 20, 2017

Cinta itu Memberi


Aku sangat gemar malah terikat benar dengan konsep memberi,
Memberi tanpa meminta pulangan.

Sehinggakan dalam percintaan,
Aku sering rasa tak mengapa aku memberi walaupun tak berbalas.
Tak apa, aku berikan segalanya, walaupun dia tidak sedar atau tidak tahu.

Eh, macam dalam lagu Cinta Dirgahayu - Faizal Tahir ft. Siti Nurhaliza.
"Ku berikan segalanya, semua dan sesungguhnya, cinta dirgahayu..."
(cinta yang kekal abadi, yang tak akan mati).

Walaupun dia mungkin bukan jodoh aku, tak apa, beri saja.
Aku takkan persoalkan takdirnya. Sebab aku pasti akan jumpa jawapannya.

Mungkin rupanya memberi adalah cara aku menzahirkan cinta dalam diam.
Bila mulut tak mampu bicara, aku beri saja seadanya.
Dan itulah yang buatkan aku gembira dalam memberi.
Untuk aku gembirakan hati sendiri.

Ya, itu aku.


Tapi, bila orang lain pula buat pada aku, aku rasa bersalah yang amat untuk menerima walaupun sudah aku maklumkan aku menunggu yang lain.

Orang kata, "Lebih baik kita menerima orang yang dah tentu benar cinta pada kita berbanding mengejar yang tidak pasti."

Aku tidak mengejar apa yang pasti atau tidak pasti,
tapi yang paling pasti, aku mengejar apa yang membuatkan hati aku pasti tenang.
Dan pastilah aku memilih untuk membuatkan hati ini gembira.

Ya, yang dikejar mungkin tak dapat, yang digendong berciciran.
Aku masih merasakan aku tidak rugi apa-apa sekiranya pemberian aku itu tidak dihargai.
Kecewa itu tidak mengapa, itu sudah banyak kali.
Bahkan, mungkin aku dah lali.
Sekiranya aku ini dikatakan 'salah' dalam memilih, bukan aku memilih untuk membuat hati ini kecewa, tapi kekecewaan itu hanya batu loncatan untuk mempercayai takdir yang Tuhan pilih itu lebih baik.

Bila orang buat pada aku begitu, aku pula merasakan bersalah, rimas dan sedih kerana membuatkan hati lain pula yang bersedih.

Sedarlah aku untuk berhenti memberi bila orang itu sudah pun ada lain di hatinya.
Ya, adakala kita patut berhenti memberi.

Bukan untuk kita, tapi untuk dia pula.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah