Monday, June 19, 2017

6 Perkara tentang Abang Meor

Selain Ayahanda , Abang Meor adalah contoh ketua keluarga bahagia yang kedua.



Perkenalkan watak-watak terbaru, Meor Muhammad sebagai anak, Meor Muhammad Hamzah sebagai bapa dan Noor Halila sebagai isteri dan kakak yang paling poyo paling kerek!

Tapi dia berubah gila sejak kahwin dengan Abang Meor.

Aku gian betul nak cerita pasal abang Meor, sebab betapa dia membawa perubahan. Sebenarnya dia tak bawa pun, tapi bila dia tu berusaha berubah diri sendiri tak semena-mena orang lain pun berubah.
Aku tak tahu lah, kalau aku tak jumpa orang macam ni, mungkin aku takkan pernah tahu aku bersedia atau tidak untuk membina sebuah keluarga atau untuk mengetahui ciri-ciri lelaki yang sesuai sudah menjadi seorang suami.

1. PARENTING SKILL
Banyak sangat bercakap dengan anak dia dan anak-anak orang lain. Sampai semua budak-budak suka abang Meor. Mula-mula si Muhammad jealous, lepas walid dia slow-talk dengan Muhammad, "Muhammad jangan lah jeles, Muhammad kena tahu Muhammad satu-satunya kesayangan Walid, dan Mama. Walid walid Muhammad je." dia tak jealous dah.
Budak tu baru 3 tahun pun dah pandai banyak kosa kata. Maka dia boleh bercakap banyak. Banyak betul bercakap. Orang nak tengok tv dengan damai pun susah. haha

2. FACEBOOK
Selepas kahwin, they both decided to not have any social media interactions. Abang Meor berpendapat sosial media sangat bahaya yang boleh meretakkan sesebuah rumah tangga. Segala gossip perkara yang tak perlu diketahui sepatutnya tidak perlu dibawa masuk di dalam rumah tangga.
Abang Meor jenis self-centered dalam membangunkan rumah tangga ni, "Kita fikir hal kita sahaja, jangan fikir hal orang lain lagi." Sebelum orang lain, kita dahulu. Jadi, mereka tidak ada personal account masing-masing. Tapi aku tahu depa ada satu account kongsi sama yang depa tak add sesiapa pun dalam tu. Asal penggunaan cuma Kak Ila nak follow cerita Maya Karin dia je. lel

3. KAHWIN KELUARGA
Abang Meor bukannya kahwin dengan Kak Ila sahaja, tapi dia kahwin satu keluarga kami. Mama ayah sayang gila menantu kegemaran (*jelingmatakeatas*). Kegemaran bukan apa, tapi orang yang boleh diharap kalau nak minta tolong. Dia sangat sangat ringan tulang.
Katanya dia tolong gila-gila sebab dia sangat-sangat bersyukur dapat ibubapa mertua macam mama ayah. tang mana?
K. Mama ayah memang bagi macam-macam selain kahwin free. Itu yang aku lihat, beruntung pula mama ayah dapat menantu semua baik-baik power-power. Banyak betul perkara yang Allah permudahkan. Jadi, kahwin itu tidak menjadi susah. Bahkan memang sifat ayah suka memudahkan.

4. JUJUR CERIA DAN KECOH
Lihatlah senyuman dia memang membawa sinar kebahagiaan lolll.. pandai layan budak-budak, layan orang tua-tua, memang semua orang suka dia. Kalau dia kagum gila betul dekat seseorang, punya bakat ke apa, dia akan puji habis-habisan macam dia puji mama ayah. hahaha
Terlampau jujur, sampai sebelum nak kahwin dengan kak Ila tu, Abang Meor cerita semua buruk baik dia pada ayah. Jujur dia tu juga sampai kutuk orang tu depan-depan orang tu pun tak segan siap jadi lawak lagi.
Kecoh pun kecoh. Dekat shopping mall tu kalau dia jual barang memang cepat laku.
Very extrovert punya orang. boleh buat kawan dengan sesiapa pun.
Image result for farid kamilTapi bukan jenis kecoh hal rumah tangga sendiri kepada orang lain.

5. FARID KAMIL

Sepanjang hidup dia, dia kata, orang selalu cakap muka dia macam Farid Kamil. Kau rasa?
Image result for farid kamil familyKebetulan ceritanya, Farid Kamil ni kahwin dengan Diana Danielle masa Diana Danielle berumur 21 macam Kak Ila, dan anak mereka dua-dua sebaya nama pun Muhammad. hekk. kebetulan.

Yang paling kebetulan sama, dua-dua poyo !



6. ISTERI
Ok. Ni kelakar. Sehensem-hensem power abang Meor ni, macam mana dia boleh sangkut dengan kakak aku? Dia tu dah lah gaya tak feminin, very boyish. compared to me. Sampai mama sangkakan aku yang kahwin dulu sebelum kak Ila. tup tup masa aku tengah SPM dia pula yang kahwin, dan masa tu umur dia 21 ! Dan sekarang aku dah terlajak daripada dia. cis. hahaha. Betul lah, jodoh ni siapa sangka kan? Kak Ila ni sangat kontra berbanding personaliti abang Meor. Abang Meor kecoh, kak Ila senyap. Kata orang memang kena pilih yang berbeza dengan kita dari segi begini lah kan?

Aku memang nampak, abang Meor sangat-sangat menghargai Kak Ila. Dia tak malu-malu sebut macam nak beritahu satu dunia yang kak Ila lah satu-satunya bidadari dia, dia takkan cari lain.
Kak Ila pun tidaklah nampak macam hamba walaupun kak Ila juga nampak cuba berusaha nak membahagiakan keluarga dan suaminya. Abang Meor banyak jadi 'sukarelawan' (/tanggungjawab?) untuk bantu kak Ila dalam urusan rumah tangga.

Kalau datang ke rumahnya, dilabelkan segala benda dalam rumah tu; tarikh bila beli barang tersebut untuk melihat ketahanan sesuatu barang tu.
Dalam satu-satu masa tu :
Kak Ila main game, Abang Meor mengemas.
Abang Meor tengok TV, Kak Ila pula masak.
Tanggungjawab masing-masing tak lepas. Memang nampak saling give and take.
Tak ada isu perempuan buat kerja rumah semua.
Dah masing-masing juga kerja, jadi masing-masing pun kena lah buat kerja rumah.
Logik kot.
Gambar: Abang Meor baru sahaja bergraduasi pada umurnya 30 tahun. Liku hidupnya berbeza sedikit. Nak tahu lagi?

Berharap dapat lelaki macam Abang Meor?

Jangan. Kita tak boleh berharap dapat lelaki macam dia atau sesiapa pun termasuklah kalau nak sangat yang macam Rasulullah SAW tu memang terlampau jauh beza.
Aku tulis bukanlah untuk berharap dapat lelaki macam abang Meor atau sesiapa pun,
tapi hanya untuk kita jadikan pedoman.

Masa raya dulu aku pernah minta mama ayah doakan aku dapat lelaki sehebat ayahanda,
tapi kakak aku pesan,
"Kalau kau nak sehebat ayah, adakah kau setabah mama?
Setiap daripada kita dijodohkan dengan orang yang bersesuaian dengan siapa diri kita. Maka kau haruslah terima siapa dia menurut diri kau."

Maka aku bersetuju untuk tidak meletakkan sesiapa sebagai 'bench-mark'; siapa lelaki yang lebih hebat dsb.
tapi cintailah seseorang kerana siapa dia dirinya. ruhnya.
Bagi aku itulah cinta sampai mati, kerana dia adalah dia. bukan macam sesiapa, mahupun macam abang Meor.
Please lah dalam keluarga taknaklah ada Abang Meor kedua. hha

No comments:

Post a Comment

karya kak jah