Thursday, May 11, 2017

Masa yang diberikan

Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
KECUALI, yang beriman dan yang beramal soleh.

Aku bermisi untuk berkhidmat 100% untuk komuniti Rohingya di Selayang.
Bukan nak kata tu niat murni, tapi itu satu tanggungjawab aku rasa aku kena empower them.
Kerana aku orang yang berpendidikan tinggi, dan mereka tidak berpeluang seperti aku.
Ini adalah ibarat misi membebaskan mereka daripada kebelengguan.
Melalui jalan pendidikan lah mereka dapat memanfaatkan diri mereka untuk orang lain.
Bukan menjadi komuniti yang hanya menerima makanan pakaian sahaja.
Mereka harus dicerahkan jalan yang mereka sendiri dapat lihat.

Namun, sepertimana beribadah kepada Tuhan, kita tidak disarankan meluangkan 100% masa kepada Tuhan sahaja di dalam masjid, sungguhpun itu tampak suci.
Kita diperingatkan tentang hak kita sebagai manusia kepada manusia yang lain juga.
Habluminallah wal habluminannas.

Di dalam kes aku ini, selain memperjuangkan hak orang yang tertindas,
aku tidak boleh abaikan hak ibubapa aku, hak keluarga aku, hak terhadap diri aku sendiri.
Serius, aku terlepas pandang.
Dan percaya atau tidak, ini kalau tak jaga boleh jadi terumbang-ambing hidup.
Aku tidak tahu mengenai keredhaan Allah sama ada Dia meredhai perjuangan ini atau tidak,
namun seolah nya tidak bagi aku.
Kerana keredhaan Allah untuk ku terletak kepada orang tua ku.
Aku tahu, bukan orang tua ku tidak meredhai perjuangan ini,
tapi aku berkehendaklah menunaikan hak mereka sebagai ibubapa kepada ku.

"Orang yang ada keluarga pun meluangkan masa dengan keluarganya dik."

Kadang aku pelik dengan diri aku sendiri, dahulunya amat mementingkan keredhaan Ibubapa ku,
bahkan dalam segala hal aku lah yang paling akur dan mentakuti ketidakredhaan Tuhan pada ku.
Pernah sebuah bala menimpa bila tak dengar cakap mama.
Tapi kini aku mampu memikirkan segalanya untuk diri aku sendiri. Aku sudah tahu apa yang terbaik untukku, setidaklah aku lebih jelas dengan misi ku.
Tidakkah ini perkara yang baik?

Ya Tuhan, aku akur, hendaklah masa yang diberikanMu ini tidak patut aku luangkan 100% untuk satu suatu.
sekurangnya 30% masa dalam sehari adalah untuk mama ayah, dan hendaklah ia paling berkualiti.
Misi peribadi ku sendiri juga aku tak boleh diabaikan, yakni membaca buku berseorangan. Tanpa ini aku tak boleh teruskan hidup yang baik. Sekurangnya 10% sahaja.

Dalam apa pun perjuangan, jangan lupa mama ayah.







No comments:

Post a Comment

karya kak jah