Thursday, May 11, 2017

Kita pilih

Bila dah besar ni makin lama makin banyak idea nak buat apa
Banyak benda kita nak buat
Masa ni lah macam-macam nak belajar

Daripada nak belajar bidang pemakanan sahaja, 
tiba-tiba rasa nak belajar serius tentang pendidikan,
tentang perkembangan kanak-kanak ke...
masuk pula tentang bidang pemasaran, 
oh, atau pun tentang pengurusan pentadbiran,
ke.. nak belajar undang-undang?
atau teruskan penulisan?
emm kemahiran menjahit, memasak, berniaga, pun nak nih
oh oh oh, mahir dalam bahasa isyarat dan bahasa asing pun impian aku juga.
T_T

Satu bentuk dahaga ilmu ke ni?

Kita percaya kita boleh buat semua. Kemahiran yang banyak macam-macam kita boleh buat.
(Mungkin bukan kita? Ke aku je?)

Malangnya, tanpa disedari, tempoh yang diberikan kepada kita/aku mungkin tidak mencukupi.
Beringatkan kematian tu sangat dekat kan?
Maka, yang mana satu kita patut seriuskan?
Yang mana patut aku cungkil dan asah kasi pakar habis-habisan? 

Dilema juga.

Daripada dulu aku yang tidak A lurus, terasa tidak ada banyak pilihan.
Bila keyakinan rasa kita boleh tu hadir, nah kau banyak sebenarnya pilihan.
Selagi kita tahu apa kita nak buat dengan pilihan tu.

Tulisan aku ni pun tidak lah bagus mana, bahkan cara penulisan aku kian berubah apa.

ok aku dilema

Ingatkan kembali diri kepada kematian bila dalam kebuntuan,
"Nanti aku nak mati sebagai apa?"

Apa perkhidmatan terakhir aku kepada manusiawi di dunia ni?
Perkhidmatan manakah yang dapat memanfaatkan manusia? sesungguh-sungguhnya.
Bukankah ini adalah amal yang cuba dicukupkan sebelum mati?

Timbulkan persoalan sendiri, dan cari gali jawapan sendiri, sampai puas hati !

Aku nak mati sebagai pemberi khidmat terbanyak untuk orang sekeliling aku,
mengingat siapa aku selepas kematian aku tu bukan kepentingan aku,
tapi memastikan mereka mandiri dan memanfaatkan sesuatu daripada aku.


No comments:

Post a Comment

karya kak jah