Thursday, March 2, 2017

Meminta-minta pada Allah

Aku tahu Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Allah suka hambaNya yang meminta-minta padaNya.
Tapi, entah kenapa
Bila aku berhajat, aku tak tahu apa yang aku ingin hajati,
Aku tak pandai nak meminta-minta daripada Allah SWT secara terperinci

Aku hanya minta redhaNya, syurga, bahagia dunia akhirat
Kesihatan ibubapa, berkati hidup mereka dsb yang amat general

Begini, aku fikir,
aku tak mahu aku mendapat apa yang aku inginkan
tapi aku mahu mendapatkan apa yang aku perlukan
Dan aku kira hanya Allah sahaja yang tahu apa aku perlukan
Ke aku dah terlalu bersyukur dan merasa cukup dengan apa ada sekarang?

Mama pesan, hajatlah untuk Jodoh.
Hal ni aku sangat tak pasti.
Aku sendiri tak ada paksa diri untuk berjodoh,
Tiada terlalu berharap.
Maka tiada terlalu meminta.

Walaupun aku pernah nampak ada kawan sentiasa solat hajat kan jodoh, belum-belum datang, dia jadi stress dan depress sebab sudah semakin tua
Itu bukan asbabnya aku tak mahu berhajat jodoh
Kerana aku sendiri tak tahu ada ke jodoh aku di dunia ni.
Kita semua tak tahu.

Dan buat masa ni, aku ikut saja cakap mama,
Buat hajat untuk jodoh...
Maka aku hanya berdoa dipertemukan jodoh yang terbaik.
Itu sahaja. Yang bagaimana, siapa, macam mana, terserah lah pada Allah

Betul-betul aku serahkan pada Allah SWT

Bukan aku tak tahu kepentingan bersuami,
Tapi di dunia kah?
Sedangkan mati tu terlalu dekat dengan uratku

No comments:

Post a Comment

karya kak jah