Wednesday, March 1, 2017

Hari Kebangkitan sebelum dibangkitkan

Hari ni Hari Kebangkitan aku
Awal pula tu aku bangkit, 3 pagi
Seusai pukul 11 malam tadi bertangiskan kepemergian adik sahabat
Seawal itu juga terus tegas proaktif dalam pengurusan segalanya
Sekarang pula tak boleh rehat sudah jam 5.20 pagi
Memikirkan pengurusan esok hari

Shifting,
Daripada Pengurusan Masa kepada Pengurusan Tenaga.

Semua orang memiliki masa yang sama, tapi tenaga yang berbeza. Jangan ikut cara orang lain bekerja.
Ya, malam sebenarnya waktu beristirehat
Tapi dah kalau lewat malam kepala ini tidak mampu lena,
maka pada waktu malam lah segala keindahan dalam berfikiran aku buraikan.
Nak menulis, tulis,
Nak membaca, baca terus.
Jangan dipaksa berehat atas nasihat orang lain
Dan pagi adalah waktu mencari rezeki untuk anak-anak ini
maka buatlah sehabis baik.

Aku percaya tenaga aku power
Tak boleh ikut cara atau nasihat orang lain.
Nanti diri sendiri tak terurus, nanti diri sendiri tak kenal diri sendiri

"Sejauh-jauh kita buat kebajikan menolong hak orang lain, Jangan kita lupa hak kita pada Allah SWT"
-Ustaz Rafik Shah-

Dan hari ni, jam 2 tahun aku dah putus talinya

Baru tukar nyawa bateri, teruskan berkhidmat

"Semoga terus merindui,
Dua lokasi hati satu frekuensi"
-Kirana, Rindu-

No comments:

Post a Comment

karya kak jah