Monday, March 27, 2017

Kenapa aku tak Indah

Bukan mempersoalkan pun kejadian Tuhan kepada aku,
Tapi aku yang memilih untuk jadi tidak begitu indah

Aku pernah jadi indah lah
Aku pernah kontrol ayu ok

Itulah
UNREALISTIC, PLASTIC
FAKE

Keindahan itu hanya sementara, kenapa nak pretend macam ianya kekal selamanya?
Kau tengah mimpi tu Jah
Lepastu tunggu lelaki-lelaki terpegun dengan kau dan datang kepada kau bukan?

Wanita Solehah itu sememangnya Indah. Tapi dia tidak lembik.
Bila nak kena strong keatas ujian sedikit dah menangis cari orang tolong strongkan dia.
Yang ni pula apa cerita:
Bila bab wanita indah, mesti nak portray gambar-gambar kau acah lembut sopan santun bunga sakura hahaha
Realitinya kau sedang memerangi diri sendiri setiap masa kan? Jadi kenapa tak being real?

Kau rasa Siti Khadijah andaikata masuk 2017 ni dia buat macam tu ke? kahkah

Jadi kenapa aku tak indah?
Bukan sebab aku tak nak jadi Indah, Tapi aku cuba menjadi realistik, dan jujur.
Dunia dah terlalu dicacatkan dengan penipuan indah, yang kau pun tertipu.
Dan perkara jujur selalunya pahit tak indah, dan kau enggan menjadi sejelek itu.

Biar dunia lihat aku kotor? aku kasar? aku ganas? aku ekstrim?
Ah, biarlah, bukankah kita harus abaikan apa kata orang dunia ni?
kahkah
Bukanlah patut diabaikan, tapi ambillah diperantara dipertengahan antara dua ekstrim itu.
Sehingga orang kebanyakan tak mampu faham kau ni apa. atau diantara dua.
Akhirnya kau kesah apa kan?
Sampai mereka dah tak mampu nak kesah pasal kau
Yang pasti, aku tiada kepastian keatas kesangsian kau itu. kahkah babai

Wednesday, March 8, 2017

Apa kamu nak daripada Perkahwinan

Perkahwinan tak boleh kekal tanpa pembaharuan dalam hari-hari hidupnya

Kamu tak boleh hanya kahwin dengan dia, dan hanya kekal berharap dia tak main kayu tigaempatlima
Kamu takkan boleh "Kalau dia main kayu duatigaempat ke, siap lah dia ni"
Sebab kamu sendiri tidak tahu apa tujuan kamu berkahwin.
Yang kamu tahu ianya kena kekal, kena setia till jannah.

No, It's more than that.

Aku?

Tujuan kahwin: Membangunkan seorang khalifah yang dididik sejak rahim apa aku makan semua sampailah dia dah besar.
Didikan bermula daripada rumah. Kenapa seorang anak boleh jadi nakal sangat ke sekolah adalah kerana apa yang dia perlukan di rumah, dia tak dapat. Yakni, didikan yang baik.
Jadi, sebelum aku cakap dekat mak-mak ni tentang mendidik anak, nanti dia kata "kau tak ada anak senanglah cakap." Aku tahu ianya susah.... memang susahpun kalau tak reti. Unless kau willing dan bersedia untuk beranak sepertimana kau bersedia untuk menikah dulu. kalau tak bersedia kenapa kau kahwin?

Tujuan kahwin 2: Upgrade diri. Sepanjang membujang ni selalulah upgrade-upgradekan diri sampai tak nampak kenapa perlu aku kahwin sebab banyak benda aku dah berubah lebih baik so aku tak perlukan lelaki hahahaha. But the thing is, change never stops. Change is always happening. Apa yang kekal dalam dunia ni adalah perubahan. Perubahan adalah suatu perkara yang kekal. fullstop. Bila dah rasa sehabis baik mampu menanggung diri dari segi sifat dan perangai, akan tiba juga satu masa sedar, yang aku perlukan pasangan. bila jumpa tu, i know it will be like a new open door. I know I'm gonna have someone that I can talk about everything with what's going on in my mind without doubt of he's gonna away from me duhhh, and then he shares what he thinks about the idea that I had. Then the discussion grows bigger and bigger to the point where we always love each other. That is why women and men need to be different ! and collide each other !

Apa lagi


Thursday, March 2, 2017

Song: James Arthur - Say You Won't Let Go

Sepertimana lagu John Legend - All of Me
Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh lelaki-lelaki ini boleh dikatakan sangat romantis
Romantis yang benar-benar dia menyayangi isteri nya sendiri
Kenapa?
Sebab dia mampu memikirkan bait-bait kata yang indah, yang berbeza-beza perkataannya dan perbuatannya untuk menyatakan perasaannya terhadap isterinya,
beserta tempo lagu dan ton suara yang tidak lah terlalu merdu, tapi ikhlas dia tu boleh terasa dalam lagu.

Meminta-minta pada Allah

Aku tahu Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Allah suka hambaNya yang meminta-minta padaNya.
Tapi, entah kenapa
Bila aku berhajat, aku tak tahu apa yang aku ingin hajati,
Aku tak pandai nak meminta-minta daripada Allah SWT secara terperinci

Aku hanya minta redhaNya, syurga, bahagia dunia akhirat
Kesihatan ibubapa, berkati hidup mereka dsb yang amat general

Begini, aku fikir,
aku tak mahu aku mendapat apa yang aku inginkan
tapi aku mahu mendapatkan apa yang aku perlukan
Dan aku kira hanya Allah sahaja yang tahu apa aku perlukan
Ke aku dah terlalu bersyukur dan merasa cukup dengan apa ada sekarang?

Mama pesan, hajatlah untuk Jodoh.
Hal ni aku sangat tak pasti.
Aku sendiri tak ada paksa diri untuk berjodoh,
Tiada terlalu berharap.
Maka tiada terlalu meminta.

Walaupun aku pernah nampak ada kawan sentiasa solat hajat kan jodoh, belum-belum datang, dia jadi stress dan depress sebab sudah semakin tua
Itu bukan asbabnya aku tak mahu berhajat jodoh
Kerana aku sendiri tak tahu ada ke jodoh aku di dunia ni.
Kita semua tak tahu.

Dan buat masa ni, aku ikut saja cakap mama,
Buat hajat untuk jodoh...
Maka aku hanya berdoa dipertemukan jodoh yang terbaik.
Itu sahaja. Yang bagaimana, siapa, macam mana, terserah lah pada Allah

Betul-betul aku serahkan pada Allah SWT

Bukan aku tak tahu kepentingan bersuami,
Tapi di dunia kah?
Sedangkan mati tu terlalu dekat dengan uratku

Wednesday, March 1, 2017

Hari Kebangkitan sebelum dibangkitkan

Hari ni Hari Kebangkitan aku
Awal pula tu aku bangkit, 3 pagi
Seusai pukul 11 malam tadi bertangiskan kepemergian adik sahabat
Seawal itu juga terus tegas proaktif dalam pengurusan segalanya
Sekarang pula tak boleh rehat sudah jam 5.20 pagi
Memikirkan pengurusan esok hari

Shifting,
Daripada Pengurusan Masa kepada Pengurusan Tenaga.

Semua orang memiliki masa yang sama, tapi tenaga yang berbeza. Jangan ikut cara orang lain bekerja.
Ya, malam sebenarnya waktu beristirehat
Tapi dah kalau lewat malam kepala ini tidak mampu lena,
maka pada waktu malam lah segala keindahan dalam berfikiran aku buraikan.
Nak menulis, tulis,
Nak membaca, baca terus.
Jangan dipaksa berehat atas nasihat orang lain
Dan pagi adalah waktu mencari rezeki untuk anak-anak ini
maka buatlah sehabis baik.

Aku percaya tenaga aku power
Tak boleh ikut cara atau nasihat orang lain.
Nanti diri sendiri tak terurus, nanti diri sendiri tak kenal diri sendiri

"Sejauh-jauh kita buat kebajikan menolong hak orang lain, Jangan kita lupa hak kita pada Allah SWT"
-Ustaz Rafik Shah-

Dan hari ni, jam 2 tahun aku dah putus talinya

Baru tukar nyawa bateri, teruskan berkhidmat

"Semoga terus merindui,
Dua lokasi hati satu frekuensi"
-Kirana, Rindu-