Monday, February 27, 2017

Tudung

Tudung bukan sekadar kain
Tudung bukan sekadar lambang maruah

Maruah aku tidak terletak pada tudung.
Tidak aku memakainya hanya kerana sebahagian daripada agamaku
Tidak aku memakainya hanya kerana sebahagian daripada hukum

Jadi, kenapa aku memakainya?

Kerana tudung adalah diriku
Tudung membawa kesederhanaan dalam diri ku
Tudung itu menyederhanakan aku
Tudung memberi kehidupan yang jimat dan minimal

Ya, sejak kecil bermula umur 11 tahun aku minta dikerudungkan
Sejujurnya bukan sebab nak jadi macam kakak-kakak aku yang lain
Tapi masa kecil tu hanya ingin tahu apa perasaan memakai tudung ini

Entah untuk kata ajaib atau tidak ajaib,
Tapi aku suka rambut aku tidak dilihat
Ya, rambut adalah asetku, tiara ku
Memakai tudung bukan untuk menutup tiara itu dan hanya membenarkan yang 'berhak' tu sahaja melihatnya
Tidak
Tapi tiara itu yang berbentuk sekian sekian berwarna sekian sekian
itu menandakan ciri-ciri aku
Dan aku tak mahu orang mengagak aku dari jauh melalui rambut
Tapi terus hadir ke aku dan kenal aku
Apa aku di dalam bukan di luar

Tudung tu best
Tudung itu aku

Tudung yang macam mana?
Aku tidak berbunga, hanya bertaman hijau kebiruan
Tudung aku tidak reti pula melilit-lilit
Bukan tidak reti, malah tidak minat nak belajar sama sekali,
Tudung itu sederhana
Tudung itu mudah dan memudahkan
Maka, hanya tudung bawal tiada corak gempak yang kau suka
Kita tak sama
Kenapa kau bertudung juga aku tidak tahu
Maaf aku hanya tahu apa aku bertudung
___________________________________
Terima kasih yang menghadiahkan tudung shawl yang aku tak tahu bila aku akan pakai

No comments:

Post a Comment

karya kak jah