Friday, February 3, 2017

Kahwin kerana Agama?

Kahwin kerana Agama tu maksud aku:
Kau kahwin sebab kau rasa kau memenuhi Syarat Wajib Kahwin
Kau kahwin sebab kau rasa dah termasuk hukum seorang yang wajib kahwin
Kau kahwin sebab agama lelaki/perempuan tu nampak bagus
Kau kahwin sebab kau rasa kau dah cukup ilmu agama (?)
Atau atas sebab-sebab suci seperti "Nak ikut Sunnah".

Apa yang kita nak ikut Sunnah, boleh jadi tak Sunnah dah, bilamana benda jadi menyusahkan orang lain, walaupun dia meminta-minta tolong orang lain permudahkan.

Aku tahu it's a noble act.
Tapi perkahwinan ni lebih daripada semata-mata kerana agama.
Mental. 
Melalui cara kita menguruskan sekecil-kecil perkara dalam rutin harian kita
Akhlak, Perangai...

Nak tahu kau ni dah boleh kahwin ke belum?
Kau hidup, tak menyusahkan orang lain untuk sekecil perkara.
Perkara yang kau sendiri patut boleh buat, tapi asyik minta tolong orang lain, itu menyusahkan tahu?

Pandai lahirkan zuriat, pandai beri agama semua, tapi pengurusan anak; orang lain kena buat, siapa lagi kalau bukan mak ayah sendiri pula tu. Sedih sebenarnya. Sayang seribu kali sayang.
Bagaimana entah khalifah yang ingin dibentuknya

Ya perkahwinan itu sunnah,
tapi perkahwinan tu bukan fikir
sekepala ke tak sekepala
sekutu ke tak sekutu
sekufu ke tak sekufu
Takdir Tuhan atau tak
Jodoh ke bukan

Bukan

Tapi Kau bersedia kah mengambil langkah kehidupan yang seterusnya?

No comments:

Post a Comment

karya kak jah