Tuesday, February 14, 2017

Integrasi Kaum dalam Masyarakat Malaysia


Dari kecil aku sekolah kebangsaan (atau sekolah melayu?) sehingga SPM,
Selepas SPM ayah membuka jalan untuk aku ke institusi pendidikan swasta, halnya bertujuan untuk belajar daripada kepelbagaian kaum.

Weh, aku tak rasis.
Baru-baru ini aku mendapati sukar untuk bekerjasama dengan berlainan kaum, khususnya kaum Cina.

Pada mula-mula lagi aku dah mendapati gaji pokok aku rendah berbanding rakan Cina yang lain, malah ada Melayu lain juga lebih rendah (sebenarnya tak boleh tengok perjanjian orang lain tapi semua gaya-gaya naif pun semua kasi tengok lol). Sebelum aku turunkan tanda tangan dokumen perjanjian bekerja tu, dengan gigih aku tanya
"Why others' salary is higher than mine?".
HR berkata: "The salary is allocate by experience and the interview."
"But they all seem... don't know what I'm talking about the nutrition issues."
"Actually you all are not allowed to see each others' document"
Tapi aku mengambil tindakan tak kesah sebab teringat ada kawan Cina dari Singapura kata kaum Cina di Malaysia tertindas.
Walaupun aku sebenarnya tak nampak dimana ketindasannya, aku hanya mengangguk waktu itu.
Bercakap soal kaum selalu dianggap topik yang sensitif, "Jangan sebut! Shhh!"
Hakikatnya masing-masing hanya nak percaya apa yang dia percaya
Katanya 'Takut' bergaduh, nampak macam solusi keamanan - walhal dalam diri masing-masing ingin diluahkan dan dibicarakan bersama
Apa kita ni sebenarnya?

Masing-masing sebenarnya sangsi sesama sendiri,
Di mulut katanya "Sorang cina/melayu buat tak bermakna semua cina/melayu macam tu juga" Di matanya pula Nila setitik tetap rosak susu sebelanga

Apakah ini berpunca dengan cara kita disekolahkan sejak kecil?
Sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan.
Dua-dua cina di sini nyata berbeza



No comments:

Post a Comment

karya kak jah