Tuesday, February 28, 2017

Gangguan Seksual Kanak-kanak

Why I take this seriously like tiba-tiba?

Gangguan seksual boleh terjadi oleh atau kepada sesiapa pun, tanpa kita sangka, seorang ustaz atau kawan-kawan yang sok-sok alim?

Pernah dengar atau terkejut macam tak percaya tak; seorang lelaki alim agama sentiasa menjadi imam lah apa lah, rupa-rupanya, sebenarnya dia seorang Gay?

Mesti kita ada rasa macam marah kan? "Ee belajar agama tapi Gay" marahnya macam tak boleh terima 'kebodohan' apakah ini?

Barangkali mereka-mereka ini pernah menjadi mangsa gangguan seksual semasa mereka berusia kanak-kanak lagi. Boleh percaya?

Ini lah betapa besarnya realiti kes gangguan seksual kanak-kanak yang telah lama berlaku sebenarnya. Sehinggalah sekarang. Apa yang terjadi sekarang adalah berikutan apa yang telah berlaku kepada mereka yang lalu. Dan kitarannya terus beterusan...

Kenapa macam sekarang baru benda ni kita tahu?

Sebab adat dan syarat dalam masyarakat kita dulu yang sangat taboo. Bercakap tentang seks atau sentuhan-sentuhan yang tak dibenarkan adalah diharamkan dan memalukan sama sekali. Jangan bincang! Jangan bercakap tentang nya! Senyap! Shush! Sebab tu budak-budak pun takut dan tak tahu nak ceritakan masalah seksual yang dihadapinya.
Dan sekarang, kita berada di generasi yang sangat infomatif dan berteknologi tinggi, anak muda kita mula tak segan nak bercerita kepada masyarakat melalui sosial media apa yang dia buat di hari-harinya, info-info yang kita dapat pantas dikongsikan dan dimaklumi sesama sendiri. Makanya baru lah sekarang kita nampak kempen ini sedang berjalan dan diwar-warkan oleh badan-badan bukan kerajaan (bukan kerajaan k, jangan berharap sangat pada kerajaan).

Ketahuilah perkara ini boleh berlaku dimana-mana sahaja, khususnya di institusi-institusi pendidikan kita hantar anak-anak kita belajar dan juga rumah kita sendiri. Harus ingat, kebanyakan kes yang berlaku adalah dalam kalangan keluarga sendiri. Minta tok jaga, minta pakcik jagakan, tu yang bahaya tu.

____________________________________________________

Bila ada benda macam ni mesti kita cepat suspicious (mengagak-agak) bila nampak seorang dewasa dengan kanak-kanak.
Kadang-kadang orang yang dah bila jadi sensitif dengan perkara ni, ibubapa bersama anak pun mereka boleh jadi sangsi.
Sama lah bila bab lelaki dan perempuan berduaan, mesti dah fikir macam-macam, rupa-rupanya mereka adik-beradik.

Aku pun macam tu juga. Jadi sangat risau bila seorang ustaz rapat sangat dengan budak kecil.
Pegang-pegang pipi tudung dia cium dia sayang dia.
Bila dah tahap macam ni (bukan confirm lagi) kena datang dekat dengan budak tu.
Tanya-tanya soalan yang bukan gaya detektif tapi soalan mesra.
Aku cukup risau betul.

Benda ni dah lama dah, bukan baru lagi.
Tapi dah tiba masanya kita jadi sensitif dengan perkara-perkara seksual macam ni.
Perkara sensitif lagi disenyapkan lagi orang boleh ambil kesempatan.
Perkara sensitif harus dibicarakan bersama.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah