Thursday, September 22, 2016

Lelaki Pendiam


Aku rasa, orang yang paling susah untuk aku deal dalam dunia ni adalah orang pendiam.
Lebih-lebih lagi orang lelaki. Orang yang nak jadi pemimpin kita.

Think about it.
All decisions is on him, cepat atau lambat is on him.
Aku jumpa pasangan yang perempuannya jadi gila dengan sifat lelakinya yang macam ni. Jadi kelam kabut perempuan tu kalau decision tu dia perlu dengar cepat-cepat sebab yang nak kena prepare ke apa semua dia juga.

Sebab tu lelaki pendiam ni lebih sesuai dapat perempuan yang lebih diam daripada dia atau jenis obey, isteri mithali lah katakan. Aku ni mungkin isteri miss-italy

Pentingnya mendapat pasangan yang berterus terang.
Kalau perlukan masa, ok cakap perlukan masa. Jangan lah diam je sampai dah habis pikir sendiri baru nak cakap. Yang perempuan pulak tergesa-gesa kena laksanakan perintah yang very last minute decision tu. Bila terlambat kata derhaka.

One thing to be clear here is, people can't assume. And don't assume.
Lelaki banyak berdiam untuk tak bercakap, takut atas sesuatu. Atau memberi jawapan yang tak jujur keatas sebarang persoalan.
Bila cakap dengan perempuan bukannya nak terus terang, terpinga-pinga perempuan nak teka apa kau nak sebenarnya.

Aku sedar lelaki generasi zaman aku sekarang paling sukar nak jumpa yang berterus terang.
Yang perempuan pulak tak segan-segan cakap pasal kahwin, nak soulmate, relationship goal bagai.
Abang ipar aku pun tak paham, "Apa masalah korang ni? Kalau suka cakap je lah suka."

No comments:

Post a Comment

karya kak jah