Sunday, September 18, 2016

Kem 'Motivasi'

Sebenarnya selama ini apa yang kita ajar kepada anak-anak adik-adik kita... adakah itu yang kita mahukan? Atau adakah itu yang mereka perlukan?


Aku dah jadi fasilitator part-time selama 3-4 tahun skip skip pergi bila ada masa sahaja
Paling dabom nak sebut consultancy company yang pernah aku berkhidmat adalah FKA, Fadzilah Kamsah Academy. 
Sudah dekat 3-4 kali join, Anak-anak orang kaya je pergi. Systemised sudah wei. 
Shoutul Shabab company, ok sikit. Yet, still need a lot of improvements I just realised. 


Pastilah berbeza sekali dengan kem 'motivasi' yang baru-baru ni aku ikut secara percuma untuk anak-anak Rohingya/Myanmar bersama anak-anak Orang Asli Gombak. Khusus kem ini untuk mereka mengenali diri mereka, menerima dan berjuang untuk diri sendiri agar tidak terus disisih masyarakat. Mereka belajar untuk berjaya berjalan diatas kaki sendiri. Aku kira anak-anak kita juga perlukan pelajaran seperti mereka ini. Belajar mengenali diri sendiri.


Kem ini dibawakan khas oleh SUKA Society.
Ya ini pertama kali aku join kem yang dikendalikan oleh orang bukan Islam. Kita patut ambil pengajaran di sini.

Masih bersolat k.

Kem ni, main cikebum cikebum tu bukan fokusnya, tapi

Belajar mengenali potensi diri, kelebihan, kelemahan dsb.
 

Bulatan orang yang boleh mereka percayai bila ada apa-apa masalah


Belajar tentang emosi, bagaimana nak kawal


Belajar mencapai cita-cita dan mengatasi apa jua halangan


Belajar ekspresikan diri melalui lukisan pokok keluarga...


dann... Drama time! or Talent time. Tapi aku terlepas ambik gambar pasal enjoy sangat.

You see? Those are the things yang takkan dapat dalam sekolah formal juga.
Jadi, bila kita ada kem tu, lebih baik kita ajar tentang mencari diri sendiri, mengenali diri sendiri sebelum nak betulkan akhlak mereka.
Kita main rock climbing, ok, ceritakan signifikannya rock climbing ni di dalam kehidupan.
Kita main flying fox, ok, kita belajar tentang mengatasi ketakutan dan ketinggian.
Main explorace or whatever, bukanla sekadar main, tapi di situlah untuk aplikasikan apa yang dah diajar atau dalam proses pembelajaran juga.

Aku dari dulu sebenarnya tak tahu dimana signifikannya memarahi budak-budak tanpa memberi kasih sayang terlebih dahulu. Cinta adalah memberi sebelum menerima kata Tuan Pahrol Juoi.
Dan kita pula orang dewasa yang mengungkit-ungkit "Aku dah buat baik dengan kau, kau buat tahi kat aku". Nak ajar tentang akhlak tapi akhlak kita pula entah ke mana. Buat budak menangis supaya rasa bersalah? hmm.. aku kira benda tu hanya sementara. Sebab aku pernah merasainya, dan sejurus selepas itu sebenarnya aku hidup di dalam ketakutan. Takut melanggar peraturan. Aku dah patuh pada sistem. Dapat jadi peserta terbaik. Itulah yang orang dewasa hendakkan. Dan aku kasihankan diri aku yang dulu. Terlalu baik dan comel. Terpaksa confinekan diri sendiri daripada melakukan apa-apa yang ditakuti dijatuhkan hukuman. Kesian sebenarnya. You know kids are not supposed to live in fear of orang dewasa? Jadi terlalu baik sampai rugi tidak kenal potensi diri sendiri. Umur dah 20 ni baru aku mula gali betul-betul. Berapa tahun dah aku rugi untuk kenal diri sendiri?

Dalam kem motivasi, tidaklah aku berkehendakkan fasi yang sama satu jenis. Fasi-fasi juga pastilah berperwatakan berbeza. Namun, walaubagaimanapun watak yang dibawa haruslah mereka itu hadir dengan sifat berkasih-sayang. Dimana, bila ada apa-apa masalah mereka tidak segan tidak malu tidak takut untuk minta pertolongan. Kalau ada peserta dalam masalah tapi tak bagitahu aku, aku terasa sangat macam aku tak bagi perhatian yang betul kepadanya.
Bila dah bagi kasih sayang yang betul, nak suruh pun diorang ikut ok langgar sikit-sikit takpelah, dan dah tak perlu marah-marah.

 

Ni gambar feveret aku, Anak Rohingya ku berjaya berasimilasi dengan Anak Orang Asli with love !

No comments:

Post a Comment

karya kak jah