Tuesday, August 2, 2016

Utusan perempuan itu untuk lelaki itu

Ini adalah utusan perempuan itu atas keputusannya untuk putus habis dengan lelaki itu.

 "Aku menghargai kesetiaan kau selama ini.
Namun tak bermakna aku harus bayar harganya dengan melabuhkan cinta aku kepada kau.

Jangan kau tanyakan aku, siapa antara kita yang kejam?
Sudah aku beritahu engkau yang ini takkan terjadi kalau tiada ikatan yang sah, tapi tidak, engkau teruskan juga. Kerana aku fikir engkau lelaki yang lebih akal daripada aku, maka aku hanya turuti tanpa fikir dalam lagi.
Ceteknya aku fikir, lelaki lebih sukakan wanita menurutinya, maka aku berhenti menyoal dan aku buka hati untuk kau waktu itu. Engkau lebih tahu hukum. Tidak aku. Sekadarnya aku tahu halal namun hati tetap tak tenang.
Sepanjang tempoh satu tahun itu, aku tahu kau tahu bahawasanya berseorang diri aku di sana terseksa dengan beban ini.
Engkau dengar gelak aku, engkau dengar tangisan aku, selalu.
Terlalu rumit perkara ini, aku kerap mengadu pada kau, dan pernah aku dengar kau lelah melayan karenah aku.
Benarlah kan aku ini yang terlalu rumit. Aku tidak benar memahami engkau dan kau sukar memahami aku.
Aku percaya ini bukan apa yang kau mahukan.

Aku berdosa.
Siang malam aku menangis pada Tuhan apa yang tak betul dan tiap kali aku singkap hati ini ianya adalah adanya engkau.
Benar kata pujangga, "sepenuh hati" aku cinta, sumpah sampai mati.
Jadi benap hatiku untuk Tuhan kerana tak pernah aku mencintai Tuhan sedalam itu.
Tidak kau lihat perempuan jenis apa aku ini?
Yang sudah memberikan rasa cinta sepenuhnya sebelum kahwin?
Bahkan mencintai seorang makhluk indah sempurna baik melebihi daripada penciptanya yang lebih agung?

Nampak mudah aku berkata sebegini bukan kerana ada 'orang ketiga'.
Sudah lama aku fikirkan, dan buat masa ini aku putus untuk tidak berikan cinta kepada sesiapa.
Soal kahwin bukan misi hidup aku, seratus peratus aku serah dan biar pada Tuhan.
Maka sekarang ini tiadalah ghairah kahwin muda seperti yang aku pernah impikan sebelum ini.
Darah muda kini mungkin ghairah kahwin awal, tapi aku bukan lagi.
Dunia ini lebih banyak perkara penting yang memerlukan buah fikiran serumit aku ini.
Logik aku, lebih baik aku memberi makan kepada 7 bilion manusia yang sedia kelaparan daripada aku menambah lagi bilangan manusia ini.
Aku mungkin bukan untuk sesiapa atau untuk seseorang. Tapi aku percaya aku adalah untuk masyarakat aku.
Aku minta maaf tak reti melayani engkau seorang.

Sudah aku terangkan segala isi hati,
keputusan seterusnya tentang hidup kau adalah terletak kepada engkau. Bukan keatas aku. Maka jangan kau sugul hanya kerana seorang perempuan ini. Cinta tak kejam, cuma harapan yang kau idamkan runtuh. Sedang Tuhan sudah janjikan harapan sentiasa ada selagi mana kau bergantung pada Dia. Cintailah Dia yang takkan pernah runtuhkan harapan cita dan cinta.
Aku mohon maaf atas perubahan hati ini kerana aku percaya dan yakin ini adalah lebih baik untuk aku dan untuk engkau.
Sekiranya pada saat aku terima kau adalah kerana ada pengaruh lain yang menggesa aku terima kau atas kesucian peribadi kau,
kali ini, tiada sesiapa pun mempengaruhi aku dalam membuat keputusan ini.
Ini adalah keputusan aku, dan harap maklum dihormati."

Kasihan, perempuan itu dituduh berpenyakit, gila, tidak ada 'common sense' seperti orang lain.
Orang kata perempuan tak patut bertindak macam ni. Nanti tak ada lelaki nak.
Ya, lelaki biasa takkan hendak perempuan macam ini, siapa sanggup?
Hanya lelaki yang sama gila macam dia sahaja berani nak bersama perempuan macam ni.
Lelaki mana yang berani jadi gila macam ni. Semua takutkan tak laku pada masyarakat.
Dahsyat perempuan itu menghadapi cabaran sebegini,
Dia hanya boleh tuliskan. Dengan Tuhan apentah lagi, dia jauh.

Bukannya perempuan itu tidak tahu apa kata orang.
Dia cuma tak tahu bagaimana untuk berasimilasi dengan undang-undang masyarakat begini.
Ya, dia terlalu rumit untuk dihadapi manusia lain.
Ayuh doakan dia mendapat apa yang dia mahukan, iaitu syurga Tuhan secepat mungkin.
Dunia terlalu kejam untuknya hidup. Dan dia hidup membantu manusia-manusia lainnya.


Sambungan Cerpen oleh Kak Jah

No comments:

Post a Comment

karya kak jah