Tuesday, August 2, 2016

She belongs to the society

I think I had enough of this marriage issue.
Last time I had a serious relationship with someone, the whole family tahu.
Berpusu-pusu semua nak ajar aku jadi perempuan, jadi isteri.
Aku nampak niat aku buat semua tu for the sake of a man to ensure he keeps on loving me. Memang bukan kerana Allah lah. Jadi stress lah maknanya.

"Kalau tak pandai masak, lari le lelaki kamu kang." 
(Bukannya tak suka masak, masak bila perlu je lah. Dan masak boleh jadi macam2, I'm cooking not based on your rules of cooking. Unlike you, I cook healthily.)
"Cakap tu kena lah lemah lembut." 
(Aku tak tahu nak lembut jauh mana lagi, bukannya kahwin lagi. Aku borak dengan dia pun biasa-biasa je. Sekali dah sweet tu sweet diabetes kot aku. Lepastu kena control lah balik dah bukan suami. Struggle hidup sorang2 pulak tu duduk negara orang.)
"... macam mana nak jadi isteri orang nih"
Ya Allah, what is it with this kind of struggle? Semua ni keep on questioning myself, will I be able to go through all these? It feels like I'll go through this all alone, because of the title as 'isteri'. In a family tree, who else the queen unless there is 2, 3 or 4th. Kena berusaha sangat nak kena tunjuk aku wife material. Aku ingatkan cinta itu seharusnya menenangkan, tapi ini mendatangkan lebih banyak kerisauan.
Next time sebelum kahwin aku nak terangkan benda apa yang aku bodoh. Dan bodoh aku tak biar macam tu je. Belajar berusaha haruslah diteruskan. Kalau family tu boleh accept, memang luar biasa dan terbaiklah maknanya.
I hate following the society's rules. I don't call it my definition of happiness by being able to follow the rules.
"Engkau kahwin kena ni ni ni ni"
Aku hanya jawab, "Lol baik tak payah kahwin" di mulut, tapi hati tak menafikan sunnah perkahwinan pun lah.
Ada jodoh ada lah yang terbaik tu.
Ya Allah, bersyukur sangat perkahwinan atau doa anak soleh bukan itu sahaja amalan yang takkan putus, tapi dua perkara lain iaitu memberi ilmu bermanfaat dan sedekah. Kadang-kadang rasa baik aku didik anak angkat jadi soleh daripada menambah bilangan populasi dunia (lol).
Aku suka mendidik mereka untuk tidak menjadi seperti orang lain, yang jiwa mereka pada dunia, yang kepalanya pada harta, yang hatinya pada mencari cinta setia satu orang, yang suka berharap kepada manusiawi demi kebahagiaan yang mereka sendiri tak mengerti. Nanti kamu akan kecewa, maka hiduplah untuk memberi, membantu orang lain, buat baik sebanyak yang boleh meskipun kita dipijak manusia-manusia itu.
Menjadi aktivis kemanusiaan sudah sebahagian daripada jiwa aku. Hendak dikatakan inilah cinta yang melengkapkan separuh agama ku, agama yang beri rasa tanggungjawab untuk membantu saudara sesama sendiri.
Dengan ini aku dapat mengisi kekosongan orang lain yang lebih memerlukan aku, yang mana lebih bermakna bagi aku untuk luangkan hidup bersama.
Aku nak bersama mereka untuk selama-lamanya. Aku dah janji aku takkan tinggalkan mereka, itulah akad ku.
Mereka kongsi keluhan mereka, aku kongsi luahan perasaan aku.
Kami saling memerlukan satu sama lain.
Ini lah cinta yang aku fahami dan aku inginkan.
She belongs to the society.
She will be loved.

Btw, don't stress.
Take control of your life. Just go with the flow of the society merrily.
Be happy.
Everything based on your interpretation about the reality.

"A tragedy is a comedy, misunderstood" -Shakespear-

KAK JAH

No comments:

Post a Comment

karya kak jah