Thursday, August 18, 2016

Science to Sales & Marketing

Science grad to Sales and Marketing.



"Kalau kau pandai cakap, networking luas, kau mesti boleh pergi jauh punya lah, caye cakap abang" - Abg Dzul (Abang Ipar)

Bidang yang dianggap remeh dan dipandang rendah. Aku pun agak teragak-agak untuk keluar daripada zon selesa aku sendiri untuk mula buat sales di hadapan orang ramai. Direct selling, sekadar plan nak cuba-cuba experience sahaja. Ternyata, walaupun baru 3 hari, banyak betul pengalaman dan pelajaran aku dapat.

Dah lah muka dan cara pemakaian pun tak reti look presentable tak cantik-cantik macam orang lain, aku rasa sangat kekok, lebih-lebih lagi mengenakan tudung labuh atau terlebih kain, sampai kawan sales kata, "Are you like what kind of Hijabista?" lepastu dia buat gaya budak hipster tunduk tu (kalau kau masih ingat gambar viral dulu tu macam mana) hahaha macam offensive tapi tak, orang sales ni memang outspoken. Dengan muslims yang memang nampak muslim secara fizikalnya pun depa tak segan tanya "how many girlfriends / boyfriends do you have?" masa demo barang.

Walaupun aku memberi pendapat it is kind of offensive for the muslim customers because they changed their face and turned to me right after you said that, Tapi dia kata, "ok takpe, you taknak pakai ayat tu takpe, anywhere suits you lah". Since they are non-muslims I think it's okay and just hope the muslim customers understand lah. Jadi, macam mana mereka ni ada keyakinan yang sangat tinggi dalam presentation walaupun tak ada pengetahuan yang banyak pun pasal produk tu? Ini lah namanya KEMAHIRAN BERCAKAP / kemahiran mempengaruhi orang. Tak tahu pun pasal produk tu, tapi dia pandai cakap, pandai influence (mempengaruhi) orang sampai orang yang dengar tu boleh ikut cakap dia, beli barang dia tu. Hebat tau. Sebagai 'budak sains', aku sebenarnya sangat kagum lah dengan skills mereka ni. Gaya tu memang takleh blah, nak kata fake smiles ke apa tapi boleh jual 3-4 sets dalam satu hari. Memang dasar tak kesah apa orang kata tapi dapat buat RM300 dalam satu hari, kau rasa?

Sales and Marketing adalah kemahiran yang sangat membina macam mana kau nak promote diri kau kepada orang lain. Macam mana kau nak mempengaruhi orang untuk hire kau kerja during interview atau borak-borak dengan orang berprofil tinggi. Kau bukan tak tahu baik buruk kau, adapun buruk kau, macam mana kau nak alter ayat yang buatkan dia masih nak hire kau walaupun dia tahu kau bukannya bagus sangat pun, fresh grad kot. Kita ni fresh grad macam telur je tau di mata HR, zero. Semua orang tahu lah.

Jadi, sebenarnya kemahiran ni adalah extra. Kau ada degree, orang lain pun ada degree, tapi yang tak semua orang ada; sales and marketing skills. Bukan semua orang suka buat S&M ni. So, it will be good in your resume. Banyak company nak salesperson sebenarnya, sebab tu vacancy ad banyak wei kahkah

Kalau cuak nak mula, macam mana nak hilangkan cuak? Tak payah cuak lah. sebab semua company mesti bagi training dulu sebelum kau hit the field. hha
Tips permulaan kalau macam aku risau nak buat sales : Tanya diri sendiri, worst come to worst, apa perkara yang paling teruk akan berlaku kalau aku tersalah langkah? Awkward moment je. Itu yang kena keep on brushing up your skill-set because you will always have the opportunity to try again and again setiap kali orang lalu lalang. Jangan takut buat salah. Daripada salah lah belajar lah.

Aku ni tak ada lah pandai sangat buat sales, ini job sementara saja cari pengalaman kerja dengan orang bukan melayu. Aku di sini nak mempengaruhi kau lah buat marketing. hahaha

Jadi, selepas ada skills ni nanti tak ada lah takut-takut nak interview tempat lain atau jumpa sesiapa pun. Nanti hilang lah gemuruh tu. In the mean time buat S&M tu, apply-apply kerja yang kau nak, nanti dapat lah offer yang lebih related to bidang yang kita dah belajar selama di universiti tu.

All the best.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah