Monday, August 1, 2016

Perempuan yang bersalah

Ini kisah seorang perempan yang bersalah.
Perempuan ini bersalah kerana dia pernah merasakan dia paling benar.
Dia ingat tindakan dia betul.

Setelah setahun berlalu, dan terlihat wajah ibu kepada lelaki itu,
dia teringat akan tindakannya yang lalu,
"Pasti aku dibenci ibunya."

Aku ingin kita berjumpa, untuk jelas kesemuanya. Bukan tujuan untuk kembali seperti dulu.

"Salam puan. Puan Ummi Hakim ya? Saya Hafizah, kalau puan masih ingat, saya pernah datang beraya rumah puan dengan kakak dan adik saya dua tahun lepas.
Semalam di PICC kalau tak silap saya ada ternampak puan dengan adiknya Hakim.
Maaf kita tak sempat bersua muka. Nampak puan macam tengah rushing dan saya tak sempat nak kejar. Hakim pun saya tak ada nampak, tapi kakak saya sahaja yang nampak.

Apa-apa pun saya nak ucapkan tahniah atas kejayaan anak puan sepanjang pengajian dan juga tahniah kepada puan sebagai ibu penyokong utama dia.
Semoga dikurniakan kejayaan berterusan sehingga ke syurga.
Ameen insyaAllah.

Dan diatas kesempatan ini juga saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada puan sekeluarga, maaf zahir dan batin atas segala salah silap sepanjang pengenalan ini.
Semoga ukhwah terus damai berpanjangan.
Ameen insyaAllah

🙂"

Blue tick setelah 30 minit, namun selepas hampir sebulan berlalu, tiada balasan pun dari umminya.
Aku fikir ini bermakna dia pun tahu masih ada perkara tak selesai antara kita.
Sekali lagi, aku hanya mahu perjelaskan, cukup lah itu sahaja. Apa yang terjadi selepas itu aku berserah pada Allah.
Aku janji.

Dengan nombor dia yang sedia ada, yang sudah sekian lama tak aku sentuh, aku hantar:

"Assalamualaikum, ni Hakim ke?
Ni aku ni Hafizah.

Pertama sekali aku benar-benar minta maaf masa our last conversation dulu yang aku ingat kau wish birthday aku, lepas tu aku block kau. Aku tahu aku kejam waktu tu. Aku mengaku aku tak cukup matang untuk handle perhubungan macam ni. Masa tu aku fikir untuk baiki akademik aku saja. Sekarang ni, Alhamdulillah kita semua dah habis graduasi.

Di atas adalah tujuan mesej ni, aku nak dan dah jelaskan semuanya bagi pihak aku. Dan kalau kau rasa ada apa-apa lagi tak settle, aku nak settlekan secepatnya supaya aku boleh move on dengan kehidupan aku dengan hati dan minda yang lebih tenang.

Akhir kata, aku berharap jika ada sebarang ketidakpuasan hati kau pada aku, tolong bagi tahu. Kalau tiada apa-apa respond daripada kau selepas ini, aku anggap aku dah tiada salah dan hutang apa-apa lagi pada kau. Dan tiada apa-apa lagi antara kau dan aku.

Niat aku untuk settlekan semuanya secara baik. Harap maklum.

Salam."

Aku mohon, cukuplah blue tick sahaja, yang penting dia dah maklum.
Tak, masih satu tick, tak read, tak delivered pun.
Ke dia dah tukar nombor? Ah.

Aku fikir aku harus ke rumah kau nampaknya dan selesaikan secara berdepan, face-to-face.
Sebelum datang jejaka lain kepada aku tetapi aku masih teringatkan kisah kita yang tergantung tu, tak bergunalah. Pasti begitu juga dengan kau.
Aku cuma tak mahu, bila kita bertemu lagi di masa akan datang, nostalgia lama berputar kembali dalam kepala.
Biarlah perkara ni selesai secepat mungkin, supaya bila kau berkahwin nanti atau aku berkahwin dengan orang lain nanti, masing-masing dapat menjalani kehidupan dengan berlapang dada.
Aku tak ada niat untuk inginkan kau kembali. Jujur.

"Assalamualaikum... !", aku sahut di pagar rumah kau. Tolonglah keluar. Kita selesaikan sekarang.

Dia nampak di tingkap tapi tak mahu menyahut aku.

"Puan, tolong lah. Izinkan saya. Saya tahu puan benci saya. Sayalah perempuan yang sakitkan hati anak kesayangan puan, anak sulung puan. Saya mohon dengar dulu penjelasan saya."

Kalau dia tetap tak benarkan aku, sekurangnya aku tahu benarlah dia memang tak mahu jumpa aku dan akhirnya aku tak perlu berusaha lagi.

"Masuk lah... kita selesaikan di dalam."

Aku gembira, tak sabar untuk selesaikan ini seorang diri.

"Puan. Saya benar-benar minta maaf. Saya tahu saya bersalah. Saya yang biarkan perkara ni tergantung setahun dulu. Saya mengaku saya tidak matang waktu itu. Apa yang saya fikir waktu itu hanya nak baiki akademik saya yang dah merundum masa tahun kedua. Waktu itu tahun terakhir, saya ingat dengan tidak bercakap langsung dengan Hakim, saya dapat kembalikan akademik saya untuk ibubapa saya. Saya benar-benar tertekan waktu itu. Saya minta maaf sangat kerana terpaksa lakukan itu tanpa sebarang penjelasan. Saya ingat saya boleh move on dengan membiarkannya sahaja. Tapi tidak, saya harap dengan penjelasan saya sekarang ini hati dan fikiran saya akan tenang. Saya harap puan dapat maafkan saya, dan keluarga kita dapat berkawan seperti biasa seperti keluarga-keluarga sahabat yang lain. Harap tiada sebarang rasa ketidakpuasan hati antara keluarga kita meskipun kita tidak diikat (dikahwinkan) selepas ini.
Puan, saya betul-betul minta maaf bagi pihak saya dan keluarga saya."

"Mak cik bukan apa, mak cik rasa bersalah nak beritahu yang kami dah rancang untuk Hakim."

"Tak apa puan, yang penting antara keluarga kita dah selesai. Dan saya akan gembira kalau Hakim dapat berkahwin dengan hati yang tenang."

"Nak jumpa dia?"

"Boleh juga kalau dia nak. Kalau dia tak nak tak apa juga, yang penting saya dah cakap dengan mak cik."

"Mak cik cuba panggil dia."

...

"Hafizah, aku dengar semua."

"Jadi, betul kita ok? kosong-kosong?"

"Ya. Aku cuba terima dengan berlapang dada."

"Terima kasih Hakim. InsyaAllah kita jumpa lagi ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aku keluar rumahnya dengan hati yang tenang dengan senyuman seperti mencapai kebebasan.
Sekarang aku bebas untuk melakukan apa sahaja yang aku inginkan.
Realiti hidup ini terlalu rumit. Aku nak belajar untuk menyeimbangkan segala keadaan yang aku hadapi. Aku tak mahu jadi ekstrimis yang dulu sampai tak sedar itu egois. Ah, terlalu banyak perkara untuk dipelajari. Aku hendak fokus dalam perkara yang harus aku lakukan sebelum mati. Belajar sampai mati dan berkhidmat untuk masyarakat. Itu lah petunjuk Tuhan untuk aku selepas graduasi.

Hanya dua perkara bila kita jumpa manusia, sama ada menjadi seseorang dalam hidup kita atau pengajaran untuk hidup kita.
Dan aku kira kisah ini adalah pengajaran untuk aku, untuk menghadapi apa-apa cabaran di masa hadapan.
Sebagai seorang perempuan yang bersalah atau hamba yang berdosa, aku harus tampil, akui dan meminta maaf juga berterima kasih kepada manusia dan Tuhanku, Allah SWT. Aku bertaubat daripada ego aku yang lalu. Akhirnya aku boleh move on.

"Hafizah, kalau aku kembali, kau akan terima aku?"

"Kalau betul takdir kita berjodoh, aku pasti terima."

Cerpen oleh Kak Jah

No comments:

Post a Comment

karya kak jah