Tuesday, July 26, 2016

Graduated


Pertama sekali,
Bersyukur ke hadrat ilahi aku tidak bernikah semasa belajar. Angan-angan dan hajat yang hangat teramat sewaktu tahun ke-2 dulu untuk bernikah dengan seseorang itu tidak tercapai, Alhamdulillah Allah tak makbulkan doa aku yang immature itu.
Di akhir-akhir pengajian ini, segulung ijazah ini membuka mata aku atas tanggungjawab yang sangat besar kepada permasalahan-permasalahan yang sangat besar. Tanggungjawab ini membawa aku fikir jauh daripada berimaginasi mahligai indah tu.
Ternyata, realiti hidup ini terlalu rumit. Hidup takkan selalu indah, takkan selalunya sengsara..
Ternyata, kita menghampiri ke akhir-akhir kehidupan kita kian kiamat yang hampir dekat.

Genggaman ijazah itu sebenarnya bukan sekadar tanda kejayaan, ianya merupakan genggaman tanggungjawab yang amat besar bagi mahasiswa kepada masyarakat.
Graduasi ini hanya permulaan bagi yang masih tak kenal dunia.

Dan bagi aku bukanlah tak bermakna, cuma menyambut tamatnya pengajian secara official (rasmi), sedangkan kita dah memang habis sejak jawab last payyper tu. Jadi, orang dah celebrate lama dah. Kegembiraan yang aku nampak adalah dapat jumpa kawan-kawan balik tapi, rupanya ada juga yang tak dapat jumpa  , mereka bergraduasi tahun depan sebab tak habis jawab kesemua paper. Stress belajar tu beb. Teguhlah.

Bila fikir balik tentang sepanjang pengajian ni, kalau kau ada rasa teruk, masa belajo tu lah ada orang nak bercinta dengan kita, masa tu lah ada kawan yang nak musuh dengan kita. Dan masa tu lah aku join usrah untuk tak hadam benda2 bodoh tu hahaha. Kadang-kadang rasa menyesal kenapalah aku hadap dengan benda2 ni, tapi kakak aku kata
"Biasalah, cuma benda tu datang sekarang, kalau tak sekarang nanti kau kena hadap juga benda-benda nih"

Bersyukur sepatutnya sebab tak berkahwin semasa belajar. Sebab masa masuk final year tu lah baru sedar banyak sangat benda kita kena buat untuk selesaikan masalah dunia ni walaupun sedikit demi sedikit sebelum kita mati digelar jenazah. Masyarakat memerlukan kita.
Lebih-lebih lagi buat kita si pemegang ijazah

Maka, Ijazah aku ini, Ijazah Sains Sarjana Muda dalam Pemakanan dengan Kepujian (BSc. in Nutrition with Honours) adalah untuk masyarakatku !
Maka, tahniah kepada semua yang menjayakan ini secara terang atau berdiam. Sebab tu mortar board ke bawah sikit sampai 'tertutup' muka bagi menghormati kalian semua.
Semoga Tuhan memberkati kita semua.

Keraian ini hanya sementara, dunia yang sebenar bermula.
Realitinya sangat rumit.

So what's next? Bagai kera lah aku kalau asal 'habis' belajar, "dah boleh kahwin dah ni".
Jika begitu saja kehidupan, kera di hutan juga hidup bah.
Dunia musnah bukan kerana orang jahat, tapi kerana ramai orang baik lagi bijaksana (graduan) berdiam diri selepas tamat graduasi.
Bangkit untuk mereka yang tak dapat langsung ke universiti.

It's payback time!
Dan belajar sampai mati

23 July 2016, Saturday
PICC

Wednesday, July 6, 2016

Kronologi Cinta Kak Jah

Tajuk tu memang tak boleh blah,
tapi aku rasa di sini tiba masanya aku kongsi serba sedikit personal life aku dalam blog yang tak berapa popular ni,
baguslah tak popular tak ramai baca, sebab kita tak tahu sejauh mana tulisan kita populariti itu dapat memberi manfaat bagi yang membaca. Populariti sebenarnya satu tanggungjawab, kerana kita mempengaruhi orang lain, jika kita memberi pengaruh buruk maka rasa... rasa bersalah lah kita. dosa.

Tulisan luahan perasaan lah ni. :'(

Pandangan aku terhadap cinta ni, Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang.

Mari mula masa zaman meningkat remaja.
Taylor Swift was my favourite. Jadi bila suka Taylor Swift tu tahu-tahu lah, kita suka berada dalam kayangan cinta, love story macam fairy-tale kan style lagu dia.
Bila ada orang suka kita, kita pun suka lah.
Tahu-tahulah gedik-gedik muslimah nak imam 'soleh' 'beragama' yang by definition pada masa itu pakai kopiah selalu, zuhud, tawadhuk, berilmu agama lah apa lah. Kita sebagai 'muslimah ayu tudung labuh' pun mestilah suka orang-orang ala-ala 'agama' macam tu.
Tapi jauh sudut hati aku, dia ni terlalu 'bagus' untuk jadi suami aku. Sesuatu yang tak kena tapi aku tak tahu apa. Masa tu aku terima pun atas desakan kawan dan mama, alasannya dia ni baik bagus ilmu agama bagai. Aku clueless masa tu, aku tak ada sebab untuk tolak dia, jadi aku terimalah.

Lama-lama tu, ok, no. Aku tak boleh go dengan orang macam ni. Dia memang bagus, tapi dia tak reti tolerate aku. Dia tak cuba faham aku tapi dia selalu minta aku faham dia. Bila kita ajak bincang pendapat kita yang berbeza dengan dia, dia fikir kita nak gaduh dengan dia. Aku tak dengar cakap, macam mana nak jadi isteri? oh shit, kau fikir perempuan ni apa.



Lepastu kan, bila dah Final Year Degree, aku tengok banyak kawan-kawan dalam facebook tu depa buat kerja-kerja kemasyarakatan dengan tulisan-tulisan radikal, yang membawa aku kepada tanggungjawab aku sebagai mahasiswa.
Inilah yang patut aku berpijak pada bumi yang nyata. Aku ialah mahasiswa. Mahasiswa adalah untuk masyarakat.
Jadi aku tinggalkan benda kahwin ni, sampai aku anggap benda ni benda bodoh untuk diseriuskan. Kalau aku serius aku selfish. Fikir diri sendiri sahaja sedangkan orang lain sedang berusaha untuk teruskan hidup sampai tak sempat pun untuk fikir benda-benda melalaikan ni. Sedangkan ramai anak-anak yang tak dapat pendidikan yang baik seperti kau, makan tak cukup, undernutrition malnutrition.
Aku tidak menafikan perkahwinan tapi aku tak suka memikirkannya terlalu, post-post zauj zaujah tu semua aku anggap benda-benda membodohkan.
Jadi, senang cerita jodoh tu kalau ada, ada lah. Kalau tak ada tak apa.
Bila cakap dengan lelaki aku fokus benda penting sahaja. Serius je.
Dan aku sangat serius dengan kerja jadi teacher sementara untuk budak-budak Rohingya tu.
Aku ingatkan aku dah cukup heaven...

Ramadhan kali ini 1437H / 2016M, mengajar aku betapa pentingnya ada suami.
Dalam kita nak buat baik, kita azam nak berterusan baik,
Bila lihat balik, dulu pun kita berazam nak berterusan baik, tapi asyik tersangkut. Istiqamah tu.. ya Allah.
Masa atas sejadah tu lah, aku rasa lah, Allah macam kata, itulah pentingnya ada suami.
Suami, pasangan yang kata orang sentiasa ada di sisi, bila ada di sisi tu macam-macam kita boleh luahkan, dan minta pandangan dia. Pasangan ni lah yang tolong seimbangkan kita dalam membuat sebarang pertimbangan dalam kehidupan. Dalam nak berterusan buat baik dialah yang tunjang mengukuhkan istiqamah kita. Aku percaya seorang suami seharusnya begitu.
Loving can heal. Loving can mend your soul.

Jadi, bila dah macam ni, kau ingat asal kau sebut sorang ni single umur 30 kerja doktor specialist dah bagai, aku teruja ke?

Having a spouse means more than that.
Yang boleh kawal aku.
Tahu untuk baiki aku.
Aku kira, Toleransi dan Kejujuran itu sangat penting.



Tak intelligent tu tak apa, sama-sama boleh belajar.
Yang berakhlak baik tu susah nak cari.
Yang baik dengan wanita walau macam manapun perangai wanita tu.

"Lelaki sebegini lebih diperlukan oleh wanita berbanding yang hanya 'alim agama.
Wanita lebih memerlukan lelaki yang faham mereka sebagai wanita dari lelaki yang hanya faham fiqh wanita."
-Ammar Sinaga-

From:
Ramai wanita yang silap faham.
Bila dia digalakkan untuk mencari lelaki yang beragama sebagai teman hidup, mereka terus terbayang golongan ustaz, agamawan atau pelajar pengajian agama yang bakal memegang jawatan tersebut. Semua disebabkan faktor luaran terutamanya pakaian dan sijil tertentu yang dianggap sebagai penentu besar kadar komited seseorang terhadap agamanya.
Anggapan ini keliru. Sebab ada beza antara orang yang BERAGAMA dan orang yang BELAJAR AGAMA. Orang yang beragama, mereka tak perlukan bertahun-tahun untuk praktikkan asas agama yang dia pelajari sejak kecil. Sebab mereka jadikan agama keutamaan dalam hidup. Namun bagi orang yang hanya belajar agama, hal ini sukar. Mereka hanya belajar. Apakah pasti mereka turut beragama? Belum tentu.
Tujuan mereka belajar agama pelbagai. Boleh jadi dia belajar ikhlas, kerana minat yang mendalam atau sekadar untuk sijil lalu pekerjaan. Atau lebih teruk lagi terpaksa mengambil pengkhususan bidang agama kerana ia pilihan terakhir selepas SPM dulu. Takkan ini golongan beragama yang patut dicari wanita?
Carilah lelaki yang beragama dalam erti kata agamanya hidup dalam setiap tindakannya. Biarlah tak baca berkilo-kilo kitab pun. Asalkan mereka faham agama, akhlaknya cukup baik, faham penghargaan Islam terhadap wanita, bijak berkomunikasi dengan anda dan berpotensi mengurus rumahtangga dengan baik kelak.
Lelaki sebegini lebih diperlukan para wanita berbanding lelaki yang hanya 'alim agama. Kita bukan seperti di era 70 an 80 an dulu yang pengetahuan suami dalam bab fardhu ain serba sedikit sangat diperlukan isteri. Sistem perhubungan sangat terhad berbeza dengan sekarang. Kini dari Majlis Fatwa Kebangsaan, fatwa Majlis Ulama' Indonesia, hingga Lajnah Daimah Arab Saudi, keputusan Majma' Al-Fiqh Al-Islami, fatwa ulama tu ulama ini, syeikh itu syeikh ini semuanya dapat diakses melalui internet.
Soal darah wanita, hukum-hakam talaq, dan ranting-ranting fiqh yang lain sudah bukan menjadi rahsia. Ia pun dah banyak dibincangkan. Akhirnya wanita lebih memerlukan lelaki yang faham mereka sebagai wanita dari lelaki yang hanya faham fiqh wanita.
-Ammar SInaga-


KAK JAH