Sunday, May 29, 2016

kononnya inspirasi huh

Ramai budak-budak baya aku (20an) sekarang ni sibuk nak jadikan diri sebagai inspirasi kepada orang lain.
KONONnya lah... *rolling eyes
kenapa aku rolling eyes?

Kalau nak jadi yang berfungsi untuk masyarakat, betul-betul untuk masyarakat, patut dah boleh je terus turun padang tengok apa yang masyarakat perlukan. Itulah inspirasi yang sebenar!
Linger dengan masyarakat kat bawah tu, bukan dalam fesbuk. Yang selalu boleh layan fesbuk ni biasanya budak-budak kaya dah takde keperluan nak buat apa. Kalau kau pandai nasihat masyarakat jenis ni bagus juga, tapi kalau dah masalahnya kau pun same, acane?

Macam mana kau nak nasihat masyarakat kalau kau sendiri tak tahu apa yang masyarakat perlukan?

So, budak-budak 'inspirasi' sekarang, bagi nasihat yang semua orang dah dengar, apa yang dah dekat dengan halwa telinga masyarakat. "Janganlah kita...""Kita kena...""No more stereotype/diskriminasi.." paling cliche "don't judge a book by its kulit", entah apa-apa punya description.

Nak rare sikit buat video yang dah obvious atau statement2 yang obvious.
"Pernah tak korang tengok sorang yang korang suka, lepastu orang tu tengok kau balik, kau pura-pura pandang tempat lain?"
"Siapa yang main COC je paham ni" (perlu ke?)
"Siapa lagi pernah buat benda ni masa kecik2 dulu?"

Kau rasa perlu ke semua ni untuk masyrakat tahu? Semua ni ada lah apa yang masyarakat NAK dengar. Benda lalai benda bodoh ni siapa yang TAK NAK?
Kes perang Syria Palestin tu, gambar je dorang tahu, kat sana tengah seksa. Ok lepas tu boleh buat apa je selain doa?
Mereka tak rasa benda ni mereka perlu dengar. Pasal OKU, apa dorang faham selain simpati?

Yang paling aku menyampah stok2 tunjuk tudung labuh dan kopiah kat fesbuk tu,
Benda baik tu memang bagus post, tapi post tu jadi USELESS bila benda baik hanya sekadar sedap didengar dibaca sahaja. Tapi tak trigger otak.
Camnilah, benda baik yang simple, tak payah nak buat post panjang-panjang macam benda tu holy gilaaaaaa
padahal kalau buat rumusan berapa point je aku dapat bila baca tu.
post bagus memang indah indah sebab tu apa masyarakat nak dengar, tapi tak berfungsi untuk masyarakat.
Tak mengubah mentaliti. Sebab tu post2 macam tu, budak-budak yang dah baik je rajin baca benda macam tu.

Rugilah, tenaga korang dibazirkan untuk macam tu. padahal boleh buat lebih besar kepada masyarakat.

Ingatlah, benda kecik tak payah nak besar-besarkan. tapi besar-besarkan lah benda yang penting, yang masyarakat PERLU tahu, bukan apa yang masyarakat nak dengar.
Kalau tak, bullshit semua yang kau post tu, walaupun ramai crowd kau dapat.

__________________________________________________________________

Aku agak2 nanti ada jugak yang ngate aku jeles post aku takde crowd.
Let me tell you, QUALITY over QUANTITY.

Tu je dahh

"Kalah dalam menang hatimu takkan senang,
Aku bukan hipnotis, bukan juga ISIS,
jauh sekali ekstrimis, aku hanya optimis.
Hidup sarat Pro-Twist, sama macam sarkis,
Dengan Tuhanmu jangan prejudis.

Dalam era penuh depresi
Sebenarnya apa yang kau cari,
Kononnya nak inspirasi, huh inspirasi?
Tak perlu kau tercari-cari
Bangun malam tanya Ilahi
Beribu kali kau diingati Hidayah itu milik Ilahi" (Bukan milik kau)

-Kalah Dalam Menang, Mawi & Syamsul Yusof-

KAKJAH

No comments:

Post a Comment

karya kak jah