Saturday, April 2, 2016

Misi Kahwin

Kahwin

Bukan misi aku, bukan isu besar aku
Let's get complicated now before we get married

1. Aku tak nak lelaki yang sanggup buat apa2 demi aku.
Aku nak dia sanggup buat apa2 demi Allah. Bukan aku.
Contoh maksud aku,
Aku tak nak lelaki yang:
Bila dapat tahu aku jenis hok gini2,
Dia pun pergi sedaya upaya nak jadi jenis gini2 demi aku.
Tok sah. Hang pi balik.
Belajar menjadi diri sendiri, jujur untuk mengizinkan aku mengenali diri kau yang sebenar. Jadilah diri kerana Allah.

2. I know people ada flaws, tak sempurna.
Tapi jujur cakap, aku susah nak terima flaws yang aku tak boleh terima.
Contoh: tak matang.
Sebab.. Come on la, umur dah 20.
Kebarangkalian aku argue ini sangatlah tinggi.
Ada flaws kau yang buruk bagi orang lain, tapi ok bagi aku, sesuatu yang aku tak consider it as flaws tapi unik, because that is you.

3. Banyak lelaki tak paham ayat aku. People said I am too deep, tak ramai boleh berenang tenggalam sedalam ayat aku. Double triple meaning.
Kalau kau tak faham aku, instead salah sangka terhadap aku dan kau menghalang aku berfikiran begitu,
You are rejected at the first place.

4. Jangan bagi aku ayat minta simpati
"Kenapa kau buat aku macam ni?"
"Kau pergilah, biarkanlah aku seorang di sini, nanti aku sedia aku akan lamar kalau kau belum kahwin. Kalau orang lain dapat kau, aku redho."

Benda2 tu kau patut cakap pada diri kau sendiri je. Benda belum pasti, aku tak perlu tahu. Yang aku tahu, bila kau cakap macam ni, memang minta simpati nak suruh aku tunggu kau. Pigida. Bukan drama puitis, drama puih!


5. aku tak nak lelaki yang cintakan aku pada pandangan pertama.

6. Hadiahi aku sesuatu yang bermanfaat. Jangan beri aku bunga lawa2, jangan belikan aku jam mahal2, usah hadiahkan aku rantai cincin atau gelang.
Bagi aku buku! Aku mencintai mu!

😂😂😂

You know what, yeah, i experienced many loves but acted like never had one before kan? This is my world my love.

You dont want me its okay,
I'd rather be alone than be with a wrong person.





No comments:

Post a Comment

karya kak jah