Saturday, April 9, 2016

Aku bagus

Facebook ni memang tempat kita control baik bagus kita, di sinilah kita persembahkan yang terbaik ada dalam diri kita. Intelek kita.
Tulisan panjang-panjang macam ni, macam bagus je kan.
Betul memang bagus untuk penerangan supaya orang faham, tapi tak ramai dalam bertulis tu boleh jujur dalam berkata-kata. Tak straightforward. Cakap bertapis-tapis. Marah geram pun boleh cakap bagus-bagus macam dia tak bersalah walaupun tengah cakap pasal salah orang lain tu. Yelah, dah bagus sangat. Datang satu rasa, "aku berbeza daripada masyarakat biasa-biasa", atau "aku bukan melayu tipikal" hha

Kadang tu, semua benda kita nak bahas, semua benda kita nak bincangkan, semua benda kita nak bagi pandangan kita walaupun kita tak ahli.
Benda ni sebenarnya bagus, dulu pun aku selalu buat benda ni sebab ingatkan bagus, tapi jelas ada kekosongan. Tak jujur. Kalau betul tak tahu, cakap tak tahu. Kalau tahu, sampaikan sekadar apa yang kamu tahu.
Kalau dah tahu tu, tak usahlah nak perli-perli orang yang lain tahunya daripada kamu, orang yang lain pandangannya daripada kamu tu. Perli-perli ini lah yang membuatkan masyarakat tengok seolah bagusnya kamu, seolah kamu tahu banyak benda.

Banyak fiqh dan teori 70% nya adalah sangka-sangka. Untuk menunjukkan sangkaan kita tepat, sebab tu lah kita tulis panjang-panjang untuk buktikan ianya benar.

Aku gemar dengan orang yang tulis sikit, tapi dalam. Dan tak perlu tulis panjang-panjang seolah isu sangat besar. Bacaan ringan tapi dalam, buat kita fikir berkali-kali.

Halnya, belajar ini jangan berhenti. non-stop.

Aku dah tak tahu nak cakap apa. Aku rasa seterusnya kamu boleh fikir sendiri kan?

No comments:

Post a Comment

karya kak jah