Sunday, February 28, 2016

Berfikir dalam sampai mana

Tempoh hari menonton "Through the wormhole with Morgan Freeman" bersama keluarga.
Ia memaparkan teori-teori yang diperdebatkan oleh para saintis tentang alam semesta, infinit atau tidak? Ada yang mengibaratkan alam semesta seperti bola sepak, atau kotak (alam semesta ada penghujungnya).
Kadang-kadang aku rasa macam merepek apa yang mereka teorikan sedalam itu, tapi disebabkan mereka Doktor, Phd pakar dalam bidangnya, maka aku terus kagum dengan kedalaman orang kafir ni berfikir.
Tiba-tiba ayahanda berkata:
"Allah dah suruh kita berfikir sampai situ, sampai situ saja lah. Tak perlu dalam-dalam sampai macam ni. Ada banyak benda lain yang kita perlu lakukan. Sembah Allah etc."
Aku agak terkejut, bunyi cliche pulak ayahanda tiba-tiba macam suruh aku berfikiran cetek dan jangan jadi macam orang kafir. tapi tidak...
"Itulah Abu Nawas kata, akal manusia adalah terhad, alam semesta tiada hadnya. Dan yang tiada had tidak boleh dicapai oleh yang terhad."
Lama-lama hadam apa yang kakak aku cakap tu sambil menonton siaran televisyen itu,
Baru aku faham.
Berfikir dalam itu baik, tapi tak perlu sedalam yang membuat kita takjub dengan alam, dan mengabaikan perkara yang lebih penting. Begitu banyak yang perlu dilakukan diatas muka bumi ini selain sembah Allah, tapi menegakkan keadilan yang huru-hara di muka bumi ini. Lebih-lebih lagi yang datang dari orang-orang berpelajaran patut lebih banyak membantu masyarakat, malah kini lebih teruk lagi boleh pula masyarakat dikencingkan oleh orang berpelajaran yang merupakan harapan masyarakat.
Dan kita sebagai muslim?
Walaupun kita dah dibekalkan ilmu dari ayat Allah tentang alam dsb, bersyukur juga kita adanya orang kafir yang terus menerus menggali ilmu (itu juga aku yakin kerana Allah yang menggerakkan mereka, mengilhamkan mereka), kalau tak terbukti oleh sains, mungkin kita hanya sekadar mempercayai dari Quran dan berusaha untuk yakin bumi itu sfera tanpa melihat gambar satelitnya.
Jadilah kita yang berfungsi untuk masyarakat!
Memanfaatkan ilmu untuk masyarakat.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah