Sunday, February 28, 2016

Ceramah agama Buddha

Yang menakutkan aku bukan orang yang tidak seagamaku, tapi orang-orang seagamaku yang menghukum neraca aku.
Pernah tonton PK ? Yang dia dok buat tu, bisnes ketakutan (Fear business) dalam agama,
mencantas kita membuka minda untuk mendengar lagi sahutan alam Tuhan.


Dengarkan isinya.. Abaikan pakaiannya..
Posted by Frans Pekasa on Tuesday, February 2, 2016
https://www.facebook.com/pekasa/videos/10206405580914649/


Benzz' ZeriZawa Saya berbuat baik bukan karna saya mngharapkan surga, tapi sya sadar memang begitulah seharusnya, bgitu jg sebaliknya.. Saya tidak mau berbuat jahat bukan karena takut neraka, tapi saya sadar itu tidak baik untuk dilakukan.. 

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (review singkat)

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (TKVW) bukanlah sekadar kisah cinta sejati tapi tentang kebangkitan sejati.
Pernah tengok satu review TKVW, katanya perempuan itu 'lemah'.
Now, jangan nak demonstrasi hak wanita pulak kat sini ya. Walaupun aku bukan wanita tapi aku gadis. Lol.
Setelah menonton TKVW beberapa kali, fahamlah ambo apo yang dikatokan 'lemah' bagi kebanyakan wanita di era zaman dulu.
Dulu-dulu mana ada demonstrasi hak wanita, acara-acara menuntut hak sama rata jantina.
Cantik, rendah hati, baik... kan calon isteri yang baik. *tangan dibahu mata keatas bibir senget*
Entahlah berapa ramai orang moden sekarang ini kalau tonton TKVW gamaknya menggengam buku lima atas tindakan Hayati yang tak reti say "No!"
Tak reti say "No, sebenarnya saya datang ke Padang untuk ketemu Zainudin, bukan tonton pacuan kuda bersama kamu semua. Saya tak nak pakai baju seksi ni."
Tak reti say "No, sebenarnya saya nak kahwin dengan Zainuddin bukan Aziz."
Dah kahwin dah diseksa Aziz baru berani bertegak "Jangan dihinakan ungku Zainuddin." Baru lepas westernised jadi orang belanda gamaknya. Lepastu terduduk nangis memang kena lah.
Dan perempuan sekarang? Oh well, tengoklah perempuan pun boleh 'cerai'kan lelaki sendiri hokey. Ok, tu over sikit.
Berdasarkan review itu lagi, dilihatkannya perempuan tak boleh kuat tanpa material. Tapi kita mampu hancurkan jiwa raga bakul hati lelaki. Woo
See, lelaki pun ada lemah dia. tongue emoticon
Kita, kita harus kuat, namun sekuat mana pun kita, seberani manapun kita, tetap perlukan antara satu sama lain lah.
Berani terus terang.
"Kau tak perlu menjadi perempuan untuk memahami perempuan. Cukuplah engkau menjadi seorang MANUSIA."
-Hamka-
----------------------------------------------------------------
Cerita ni dalam. Very deep. Kena ada lesen skuba.
Biasanya cerita ni orang baik2 tak faham. Dia cuma nampak orang bukan mahram bersentuh kulit. Terus tak faham kenapa Hamka buat cerita macam ni -_- damn

Wacana Ekstrimisme

"Pertembungan antara golongan agama kadang-kadang bukan bersifat agama, tapi bersifat pertarungan pengaruh.
Kerana wajah agama sama seperti politik"
"Dalam agama, kita tidak disuruh untuk mewujudkan Islam yang seragam."
"Khilaf bukan masalah, tapi masalahnya adalah kegagalan dalam mengurus perbezaan pendapat."
Raikan, kerana perbezaan ini lah Islam telah mempunyai khazanah yang banyak.
One word: Indah.
Inilah program cakna minda yang tidak mensia-siakan masa dua jam.



Walaupun ada yang kata akhlak depa tak baguih, dan aku pun memang tak ada lah suka sangat sikap Amin Idris perli-perli lagu tu, tapi bukan kerja aku lah nak sebok sangat pasal benda tu. Manusia tak sempurna en, lantak lah depa dengan Tuhan le.
Sebab kerja aku tengok pengisian video ni ja , sangat power. Lagi banyak aku dapat daripada nak tengok keburukan depa.

Pengalihan Tanggungjawab

THE DIFFUSION OF RESPONSIBILITY
"The world has become a dangerous place to live; not because of the evil people, but because of the people who are ignorant (don't do anything about it)"
-Albert Einstein-
"Nothing in the world is more dangerous than sincere ignorance and conscientious stupidity"
-Martin Luther King, Jr. -

Berfikir dalam sampai mana

Tempoh hari menonton "Through the wormhole with Morgan Freeman" bersama keluarga.
Ia memaparkan teori-teori yang diperdebatkan oleh para saintis tentang alam semesta, infinit atau tidak? Ada yang mengibaratkan alam semesta seperti bola sepak, atau kotak (alam semesta ada penghujungnya).
Kadang-kadang aku rasa macam merepek apa yang mereka teorikan sedalam itu, tapi disebabkan mereka Doktor, Phd pakar dalam bidangnya, maka aku terus kagum dengan kedalaman orang kafir ni berfikir.
Tiba-tiba ayahanda berkata:
"Allah dah suruh kita berfikir sampai situ, sampai situ saja lah. Tak perlu dalam-dalam sampai macam ni. Ada banyak benda lain yang kita perlu lakukan. Sembah Allah etc."
Aku agak terkejut, bunyi cliche pulak ayahanda tiba-tiba macam suruh aku berfikiran cetek dan jangan jadi macam orang kafir. tapi tidak...
"Itulah Abu Nawas kata, akal manusia adalah terhad, alam semesta tiada hadnya. Dan yang tiada had tidak boleh dicapai oleh yang terhad."
Lama-lama hadam apa yang kakak aku cakap tu sambil menonton siaran televisyen itu,
Baru aku faham.
Berfikir dalam itu baik, tapi tak perlu sedalam yang membuat kita takjub dengan alam, dan mengabaikan perkara yang lebih penting. Begitu banyak yang perlu dilakukan diatas muka bumi ini selain sembah Allah, tapi menegakkan keadilan yang huru-hara di muka bumi ini. Lebih-lebih lagi yang datang dari orang-orang berpelajaran patut lebih banyak membantu masyarakat, malah kini lebih teruk lagi boleh pula masyarakat dikencingkan oleh orang berpelajaran yang merupakan harapan masyarakat.
Dan kita sebagai muslim?
Walaupun kita dah dibekalkan ilmu dari ayat Allah tentang alam dsb, bersyukur juga kita adanya orang kafir yang terus menerus menggali ilmu (itu juga aku yakin kerana Allah yang menggerakkan mereka, mengilhamkan mereka), kalau tak terbukti oleh sains, mungkin kita hanya sekadar mempercayai dari Quran dan berusaha untuk yakin bumi itu sfera tanpa melihat gambar satelitnya.
Jadilah kita yang berfungsi untuk masyarakat!
Memanfaatkan ilmu untuk masyarakat.

Sunday, February 21, 2016

Perancangan selepas tamat pengajian

Dalam kelaziman orang tanya kita,

"Sekarang buat apa?"

"Study lagi, final year"

"Ha, apa plan lepas grad?"

Itulah soalan deme.

Jadi, anda sudah bersedia menjawab soalan itu?!

Chill, masa aku baru nak masuk semester akhir pun orang dah tanya, dan masa tu pun aku tak ada jawapan. 
Dalam kepala ada macam-macam, tapi tak tahu nak jawab macam mana and I don't know what people expecting.

Now, ok, I don't care what you're gonna say,
but for sure,
I am NO going to do Master right after I graduated.

After tons of readings regarding what to do upon graduating, I am sure enough I want to find working experience. at least a year or more is better.

Besides that,
I want to go for cooking class - implementing my nutrition knowledge on cooking
I want to learn cupping (bekam) - untuk kesihatan, best nih

Writing Reading etc...

Do what you want to do. Just Do It ! 

jadi konkrit.