Tuesday, January 19, 2016

Kahwin Mahal Murah

Selama ni aku senyapkan saja, tapi isu ni makin membingit dan bikin menyampah.

Terlalu banyak kewujudan kahwin mahal,
aku rasa mungkin aku patut wujudkan sekali pendedahan kahwin murah yang paling dekat dengan aku. yakni...
Perkahwinan abang kakak aku lah. Aku belum lagi. Tapi aku boleh menyatakan apa yang aku rasa tentang 'kahwin murah' ni. Aku tahu risiko aku bagitahu ni nanti orang ingat senang nak kahwin dengan aku pasal murah? pfft

Ni bukan nak membangga, kalau nak membangga dah lama aku post benda ni dan aku kahwin. kalau ada emosi tu maksudnya marah ler dengan orang nak buat kahwin mahal ni.
k, tak apalah, lantokler apa orang nak fikir, tapi aku harap benda ni bermanfaat. chill, bukannya panjang sangat pun post ni la haii :p 

Cabaran untuk jelaskan betapa besarnya sebab patut kahwin murah adalah, aku dah lama hidup dan membesar dengan cara keluarga aku berfikir, maka ini membuatkan aku tak paham kenapa orang nak kahwin mahal2 ?!
Having a cheap wedding, you have nothing to lose.

Terus terang cakap, abang-abang ipar aku beritahu aku:
"Abang bersyukur sangat dapat masuk keluarga ni sebab semua benda mudah.
Abang rasa bertuah sangat.
Abang kahwin kak ila ayah bagi free kot
Tak ada hantaran. Kenduri ayah yang buat.
Sesiapa yang kahwin kamu ni memang bertuah."

But tak payah rasa diri murah kalau parents nak buat wedding murah.
Jangan letakkan maruah diri pada harga.
Perkahwinan ni memang murah, tapi harga kau adalah terletak pada diri kau sendiri. cara kau jaga diri.
Tak perlu takut.
Kalau kahwin dengan aku ni senang, dah lama dah aku pencen daripada membujang ni.
Ni susah nak kahwin ni pasaipa? Tu citer lain, post lain.

So, actually, buat je lah perkahwinan yang murah semampu kita.
Tak payah bebankan sesiapa.

Sekian


No comments:

Post a Comment

karya kak jah