Tuesday, December 1, 2015

Gol Hidup

Matlamat Hidup.
Matlamat hidup sebagai manusia, aku mengerti,
kita berkehendakkan sesuatu yang sangat tepat,
Yang sangat tepat dengan apa yang kita impikan.
Seorang sahabat aku dan seorang teman dalam usrah aku juga,
tentang mendapatkan apa yang kita impikan,
jangan putus doa kepada Tuhan,
Terus doa dan teruskan asa,
sehinggalah mendapat apa yang kita hendak sesuatu itu.
Sesuatu contoh yang diberikan adalah kereta.
Jenama apa, warna apa, target bila, dsb.
Itulah meskipun aku dengar mereka berjaya mendapatkan apa yang mereka impikan,
itu bukan satu kejutan buat aku walaupun aku tahu aku patut terkejut seperti orang lain atas 'keajaiban' itu.
Aku tak tahu mengapa tapi terdetik rasa sedih bila dengar itu,
Aku sedih kalau aku dalam situasi itu atau aku sedih dengan ideologi itu.
Situasi yang terlalu menginginkan sesuatu yang tepat dengan apa yang kita impikan.
Bukanlah aku kata mereka itu salah,
cuma mungkin karakter aku adalah "go with the flow",
no matter what my situation is right now,
I'm OK with it, I will adapt with it, it improves me, so I like it.
Being rich, or have a car, being known or have good husband
are not my goals in life.
Because, I think,
I was been taught that the ultimate goal of us as a 'servant' (talking in Islamic context) is Redha Allah,
melalui dengan meredhai keadaan, dengan apa yang ada dan apa yang Dia kurniakan kepada aku, untuk aku.
Bukanlah dengan tidak berbuat apa.
Seperti ayahanda, dalam usaha mencari rezeki halal dan menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kerana menyedari keberadaannya sebagai hamba Tuhan,
Dengan tidak semena-mena Tuhan kurniakan ayahanda rezeki yang mencukupi untuk seluruh anak-anaknya malah anak-anak angkatnya.
Ayahanda menjadi hebat dimata manusia lain bukanlah sahaja kerana ayahanda yang pintar,
tetapi niat atau matlamat ayahanda, adalah serba redha Allah taala.
Ayahanda memang tak sibuk dunia, ayah sibuk akhirat,
selalu ke masjid setiap solat lima waktu, awal waktu, mendengar ceramah,
Kalau orang tak kenal ayahanda pasti dilihat hanya seorang lelaki jalanan berbaju pagoda bercucuk tanam itu sumber pendapatan.
Mungkin kerana bukan dunia yang dia pinta Allah beri juga.
Kini, aku menangis atas niat suci ayah.
Contoh terbaik paling dekat dengan aku.
Mama kata mana nak cari lelaki macam ni dah. oh, lagi menangis.
So, my 'dunia' goal?
I feel my responsibility as a nutritionist.
To serve those yang underprivileged.
Getting paid or not is not the issue,
All humans deserve our health service.
Tuhan seru.
Forever, a traveler.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah