Tuesday, November 3, 2015

Kahwin bukan misi

Kahwin bukan misi
Bukan tujuan hidup 
Jika hanya kahwin adalah tujuan hidup,
Itu tujuan haiwan yang hidup
Aku hidup untuk Tuhan
Bukan untuk manusia atau haiwan

Aku takkan bersedih lagi kerana secebis cinta manusia
Aku takkan mensyaratkan kegembiraanku terhadap cinta seorang laki-laki
Aku boleh gembira tanpanya
Laki-laki bukan syurga aku bukan bahagia aku
Takkan aku termakan simpati lagi dengan kata-kata manis dan sedih dari kaum mereka

Korbanlah akan dia apa saja walau apa pun untuk ku
Namun demi Tuhan aku tak endah kerana realitinya aku bersama Tuhan
Kau mungkin perlukan aku untuk bahagiamu
Namun aku akan derita dengan cintamu

Aku tidak tahu apakah aku akan berkahwin
Tidak akan ada laki-laki yang mengerti aku
Fikiran aku pula rumit sekali
Dan aku akan tetap dengannya

Biarpun tidak menikah, itu bukan kepentinganku
Bahagia atau derita aku bersama Tuhan aku panggil Tuhan
Aku takkan panggil orang laki

Kini aku bahagia
Aku bebas daripada dibelenggu angau kahwin muda
Aku bebas memikirkan hal yang lebih penting
Hal yang tidak mementingkan diri sendiri
Adapun hal yang akan bermasalah
Aku pasti ianya boleh dilangsaikan tanpa perkahwinan
Nafsu aku bukan lagi kahwin semata
Nafsu aku adalah menonton kebahagiaan orang lain

Sahaja aku menutup aurat bukan untuk "suami masa depan"ku
Kebersihan dan menjaga kemaluan bukan untuk "suami masa depan"ku
Bukan untuk kesempurnaan kepuasan "suami masa depan"ku
Namun demi Tuhan yang punya zat yang lebih agung
Sebab itu cintaNya, agung.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah