Friday, June 26, 2015

Identiti popularito

Dalam niat untuk menyebarkan kebaikan yang terbaik, atau kreativiti dakwah yang terbaik,
secara tak langsung kita membawa diri kita disebalik kebaikan itu.
Sekiranya dakwah yang dibawa menjadi viral, secara tak langsung diri kita menjadi viral, identiti menjadi terkenal.

popular

Ini telah menjadi salah satu asbab mengapa aku mengasingkan diri aku yang sebenar daripada alam maya dengan menggunakan nama pena sebagai 'Kak Jah'.

Pernah rasanya terpesong niat aku yang asalnya untuk berdakwah yang terbaik, namun dalam masa yang sama niat itu seakannya tercemar kerana punya rasa ingin dikenali siapakah yang membawa dakwah yang terbaik itu.
Niat berdakwah itu tidak lagi menjadi murni.

Pencemaran niat menjejaskan perbuatan yang ingin dilakukan; lama kelamaan aku melakukannya kerana populariti, untuk mendapatkan sambutan hangat dengan menggunakan agama.
Celakanyalah aku.

Ini telah menjadi salah satu asbab mengapa aku mengasingkan diri aku yang sebenar daripada alam maya dengan menggunakan nama pena sebagai 'Kak Jah'.


No comments:

Post a Comment

karya kak jah