Tuesday, June 30, 2015

Drama: Dia... Isteri Luar Biasa

Pada awalnya aku pandang remeh akan drama TV3 ini,
Dia... Isteri Luar Biasa.
Namun, agak luar biasa juga jalan ceritanya, kerana jalan ceritanya pelbagai. Tambahan pula, nasihat-nasihat yang dikongsikan oleh pelakon juga terbaik juga.
Luas perkara untuk diperbincangkan sekiranya berpeluang untuk membincangkannya dengan mana-mana rakan yang berminat.

1. Hak Wanita
Dewi Yusra (watak utama) seorang perempuan yang amat memperjuangkan atau membela nasib wanita-wanita dan menganggap semua lelaki tak guna kerana hanya tahu melampiaskan nafsu keatas wanita. Feminist.
Tapi dia ni tak adalah bersikap feminism sangat, because the overall idea was because she was traumatized by her past events yang her dad acted violently to her mother.
But she still have that feminism punya stands yang rasa mampu hidup tanpa lelaki dan 'hungga2' nak tunjuk perempuan ni bukan kaum yang lemah.

Ironinya kan, bukan ke, kalau kita lagi nak beritahu pada dunia yang perempuan ni bukan kaum yang lemah lah,"kami kuat weh!" lagi menunjukkan kita ni memang asalnya lemah?
I mean, yeah, we are. I don't say lemah in the sense of strength. no. we are strong. but emotionally, we need them. And they need us. We need both of us.

Same as LGBT people, you don't need to ask for people's love sampai nak pergi court. You look very desperate and really need love.

Lame. Sebab tu, bertindaklah dengan penuh kesabaran dan kebaikan.
Bukan menuntut-nuntut hak itu ini. Ada hak yang kita tak perlu minta, tapi hak itu sudah ada dalam diri kita. Hak hidup, tanggungjawab yang Allah beri.

2. Kayu Tiga / Madu
Kakak kepada Raden Amzar (suami Dewi Yusra), Kak Long Zahra yang telah meletakkan kepercayaan yang terlalu tinggi terhadap suaminya dan sering memuji-muji suaminya, Shariman sebagai 'sebaik-baik umat' akhirnya malu kerana menjadi mangsa dalam 'permainan kayu tiga' Shariman. Namun, dalam drama itu, saya tidak menganggap tindakan Shariman sebagai lelaki yang sengaja bermain kayu tiga. 
Perkahwinan selama 10 tahun tanpa teriakan seorang anak, ditambah pula dengan perangai Kak Long Zahra yang kuat membebel, degil, dan egonya yang tinggi, siapalah tahan. Saya percaya, bukanlah ianya semata-mata dijadikan alasan Shariman untuk berkahwin Nurul Fatiha, tapi itulah hakikat kehendak manusia.

Bagi kita ni wanita, kita sering memikirkan hak wanita ini sentiasa harus diperjuangkan, dan kita harus tunjukkan kita bukan kaum yang lemah lah apa lah. Walhal, perkara itu tidak perlu terlalu digembar-gemburkan sangat sekiranya benar kita bukan kaum yang lemah. Bahkan, kalau di'perjuang-juang'kan lagi, memang terbuktilah kita ini lemah.

Saya lebih suka untuk menyarankan kaum wanita untuk contohi telunjuk adab Isteri-isteri Nabi ataupun wanita-wanita Islam terdahulu yang kita pernah dengar seperti contoh Siti Khadijah, Siti Hajar, Sumayyah dan ramai lagi.

Mereka bukan saja bertindak kuat dan tabah, tapi, BIJAK. dengan sabarnya.
MasyaAllah.

It's okay to trust your husband fully, but do not give too much expectation.

Cadangan tindakan daripada saya:
Saya sarankan kalau kita dalam situasi suami nak berpoligami, lebih baik kita bertindak dengan kesabaran dan cuba terima dahulu keadaan itu dan kita fikirkan tindakan yang terbaik untuk seterusnya.
Kalau kita meroyan melenting terus, dia lagi benci kita.
Kalau kita ambil perkara itu dengan hati yang cuba redho, wajah yang cuba bertenang, titiskan sedikit air mata wanita kita (eceh), dan berkatalah dengan penuh kesabaran dan kebaikan. Mesti dia tak sampai hati nak tengok. serius. hhe. betul lah kan?

What is 'husband' stands for?
-> He Understands Situations Better And Never Disappears

:) Sweet chilli

P/S: Click on the caption under the picture above for the full episodes of this drama.

Cheers

KAK JAH

No comments:

Post a Comment

karya kak jah