Monday, February 23, 2015

Ibrah 'Tenggelamnya Kapal Van Der Widjck'

Bismillah

Aku baru paham cinta.

Apa yang aku tahu tentang cinta sebelum ini? Adalah lebih kepada logik akal.
Hadir seorang sahabat kepadaku, dia mohon tolong 'keneng'kan dia dengan rakan ku.
Aku lihat lelaki ini seorang yang cerdik banyak berfikir membaca berfalsafah bermanfaat berguna. Dan aku pelik dengan pilihan hati(?)nya. Kaki selfie, gemar ramai peminat lelaki, pencari perhatian, Kenapa itu yang kau pilih? Kau pasti kah? Kau.. kau biar betol?!
Ya, bagi aku cinta itu harus bersebab.
Jawabnya, "Cinta tak memerlukan sebab."
Aku rasa mereka tak cocok maka aku tidak membantu, bahkan tidak tahu cara yang betul untuk membantu tanpa pengetahuan ibubapa mereka, aku tak tahu, aku serahkan pada rakanku yang lain.
Akhirnya?
ha ha ha . aku benar. pertunangan mereka putus kerana perempuan itu tidak bersedia, masih rasa muda, bukan tiba masanya. bukan tiba masanya untuk berhenti dari menjadi pencari perhatian, belum masa untuk retired dari 'muda'nya.
Sedih benar lelaki itu. sungguh. mungkin.
Aku dah kata dah, cinta harus bersebab.

Namun begitu, aku masih tak kukuh dengan pendirian itu sebab teruk benar dia sedih. kenapa begitu.
Jika cinta memerlukan sebab, sekiranya asbab itu hilang, tidak kah terhapus juga cinta itu?
Jika lelaki mencintakan seorang wanita kerana cantiknya, atau pandainya, sekiranya asbab itu hilang, adakah lelaki itu masih tetap cintakannya? atau itu hanya suka pada rupa dan idenya?
Lebih parah lagi, aku fikir lelaki kahwin hanya ingin melampiaskan nafsunya.boleh kahwin 4 ape, keliling pinggang.

Rupanya bukan.

[Aku bicara tentang lelaki yang baik-baik dalam soal cintanya. bukan playboy selalu selfie di facebook itu]
Yang "Jika datang kepadamu seorang lelaki yang baik agamanya dan bertanggungjawab, maka kahwinilah dia."

Dipertemukan lagi oleh Tuhan aku dengan seorang lelaki yang aku tidak tahu sejauh mana cintanya.
Berkali lelaki bertanya, "Mengapa perempuan suka tengok harta, rupa paras? Aku tahu aku masih belum mampu, tapi kenapa dia harus pilih lelaki lain?"
Bagaimana bisa aku menjawab persoalan kamu sekiranya aku sendiri tidak mengerti cinta, perempuan yang tidak mengerti erti cinta lelaki, dan lelaki tidak mengerti cinta wanita?
Siapa yang tidak mengerti siapakah sebenarnya?
Tak faham aku tentang tindakannya yang bagi aku tidak ada logika.
Mengapa harus teruk sangat mencintai seorang wanita sehinggakan rasa luntur rebah 2-3 bulan.
Biasa-biasa sudah lah. Pergilah puasa kalau tak tahan tu.
Penelitian demi penilitian, aku sangkakan lelaki paling mudah curang kerana tidak tahan melihat perempuan cantik yang ramai di sekelilingnya, rupanya perempuan yang barangkali tidak mengerti cinta.


Aku tonton filem Indonesia karya Buya Hamka "Tenggelamnya Kapal Van Der Widjck".

Walaupun bengapnya (buduhnya) perempuan tu pergi terima pinangan yang dia tahu tak nak, lelaki tu tetap cintakan perempuan tu.
Kenapa kau nak jugak perempuan macam tu? pergilah cari yang lain yang ada otak sikit.
Tapi tidak, dia tak buat seperti yang aku suruh, bukan sebab aku hanyalah seorang penonton, tetapi itulah rupanya cinta.

Seorang lelaki boleh dibunuh batinnya oleh seorang wanita. kerana cinta.

Dahsyat.

Tapi benar. Benarlah sebesar itu cinta seorang lelaki terhadap perempuan yang dicintainya.

Bila dia serius cinta, maka benarlah serius cintanya itu. Diinginkannya membina mahligai yang dipermaisurikan oleh pilihan hatinya. satu-satunya.

Patutlah ayah, sudah jauh berjaya, mana pernah terlintas di fikiran sekeluarga untuk ayah cari yang lain. tak pernah berbau-bau akan ada tambahan seorang lagi tiba2, sebaliknya ayah banyak berbakti untuk keluarga dan masyarakat. Dia sudah ada permaisuri (mama) untuk mahligai yang dah dibinanya.

Sebenarnya, perempuan je yang banyak berfikir, banyak berfikir sehingga yang bukan-bukan jauh ke laut difikirnya. Dah prepare bagai kalau ada madu disebelah, dia bersedia menjadi beruang atau winnie the pooh.

Meski perempuan kecewa kerna kadang ada satu ketika lelaki yang dicintainya tidak mengenali dirinya siapa atau apa. Siapa tak kecewa, orang yang kita cinta tidak kenal kita? Dan kita mempersoalkan kembali, "kau cinta aku kerana apa sebenarnya? rupa paras kah? bukan siapa atau apa aku ini?"
Sukar untuk perempuan percaya kembali kalau benar lelaki itu cintakan dia.
Hati-hati hai lelaki, lidahmu tajam, terlalu tajam tak sedar toreh hati mereka yang lembut itu sungguhpun kau benar cintakan dia walau sejauhmana bengapnya perempuan itu pada kau. -_-"

Patutlah perempuan tak berhak memegang talak.
Banyaknya fikir, hingga ambil jalan 'mudah' baginya (yang tak berapa nak mudah sebenarnya tapi memang lagi mudah) untuk putus sajalah hubungan ini kalau rasa susah sangat. Pergilah cari perempuan lain yang suit your taste or your cup of tea.

Cinta lelaki itu, sudah tua kerepot pun masih dicintainya. Selalu cintanya. Cinta yang bukan kerana harta, rupa paras atau apa pun. Tetapi benarlah cintanya.
Cinta mereka bukan hendak buat apa pun, walau tidak boleh memandang, tidak boleh menyentuh, hanya ingin berada di sisi itu sudah memadai baginya.
Cuma jangan kecewakannya, kerana kaulah harapannya.
Bagaimana nak tahu?
Setiap ayatnya, pertuturannya, yang hadir dari hatinya, sungguh luar biasa pernyataannya.

Kalau jumpa lelaki begini, berpegang teguhlah, tunggulah, sabarlah. Doalah.

"Jangan sekali-kali bersedih,
jangan berputus asa
cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa tangis,
bukan membuat putus asa,
tapi cinta itu menguatkan hati
menghidupkan pengharapan."

KAK JAH
cakap pasal cinte hewwww

No comments:

Post a Comment

karya kak jah