Tuesday, February 24, 2015

Berlumba 'belajar'

Dapat tugasan coursework.
Kena buat esei. Beberapa orang akan mendapat tajuk yang sama.
Namun, isi esei yang akan membezakan markah kami. kalau bagus tinggilah markahnya. Tinggi rendah markah itulah yang kami lumbakan.

Tajuk yang aku dapat: Do birds have leptin? Dalam burung ada leptin (hormon) tak?

Interest aku lebih kepada hal manusia. Bukan apa isi burung.
Aku rasa kurang semangat.
Lebih kurang semangat pabila mulakan pencarian di internet banyak terlalu kepada sains haiwan segala artikelnya. Tiada yang berjaya trigger aku untuk jadikan mereka sebagai bahan rujukan. tak menarik.
Malam ini, aku cari lagi. Sekali tekan, I betul-betul "feel so lucky."
Terang ada artikel hangat tentang hormon leptin itu baru dijumpai oleh para pengkaji.
Mula trigger aku kenapa saintis sekarang baru jumpa, kenapa susah sangat jumpa leptin dalam burung?

Tiba-tiba dalam masa yang sama dalam hati,
"Aku harap orang lain yang buat tajuk sama dengan aku tak jumpa artikel macam ni."

Teruknya.
Allah dah suluhkan jalan, kita doakan Allah tutupkan jalan orang lain.
Sebab apa? Sebab aku nak jadi NOMBOR SATU 1. Markah paling tinggi, nombor satu.

Allah hai,
kerana markah, kerana No.1,
sanggup aku nak tutup jalan orang lain. haiwannya aku.
Kalau tak kerana mencari leptin dalam burung, pasti aku masih manusia. :p
Kerana dunia, hilang perikemanusiaan.

Ini baru tentang markah sistem pendidikan dari barat,
ape entah lagi bila Dajjalnya hadir yang menjanjikan harta, kemewahan dan kemegahan dunia.

Allahu Akbar.

Adab Adab ! Didik hati beradab !

[Credit]
[Credit]
[Credit]
KAK JAH
Tuhan... jaga dia (hati) untuk ku... :3

No comments:

Post a Comment

karya kak jah