Monday, January 26, 2015

Belajar Kultur British

Aku fikir mudah untuk cipta tali persahabatan dengan penduduk tempatan di sini
tak pelajar pun tak apa,
kadang mereka pun bukan reti bukan tahu bukan terbuka dengan dunia luar
apa perlu?
mereka sudah ada hampir semua mahu
malah tahu mereka dikagumi dunia luar
makanya
kita yang luar ini harus ada keinginan
daya tahan diskriminasi yang kuat
aku bercakap terutama bagi yang bertudung

bukan semua pendiskriminasi di sini,
tak semua tahu apa terjadi dunia luar ini,
tak semua ingin,
macam kita kadang sudah selesa dengan kotak buatan tempatan sendiri.
fikir mereka lebih bagus?
tidak semuanya.

aku tak mengeneralkan segala british sini
mereka sebenarnya semua mesra dan ramah.
tapi kadang tak dengan semua orang.
sepanjang bertudung di sini,
tak semua.
aku tak tahu nak menjelaskan bagaimana,
tiada yang jelas mengenai isu agama di sini.

Bahasa British.
Kritikal juga bagi aku untuk memahami maksud apa yang cuba mereka sampaikan
sungguh bahasa inggeris,
tapi mereka kadang macam kita bagi ayat deep, yang punya makna lain.
British sangat deep berbanding Amarika yang lebih berterus-terang dan jelas apa mereka sampaikan

sedang tak ada kawan ini,
aku belajar lalu sini pun susah



ada satu yang tentang Insulting gaya British.
Cekak pinggang amboi gaya Malaysia saja lah aku melihatnya.
Namun, melalui gaya mereka ini yang sangat deep, banyak benda boleh belajar kerana mereka punya sebab mengapa ayat mereka dilazimkan begitu. 

Belajar. Adapt.
dengan tempatan.

Teruskan senyum pada mereka walau dibalas dengan masam
Ramah pagi petang dan malam setiap bertemu bahu jalan
Teruskan akhlak yang diajar Islam
Teruskan pelajar, aku pelajar sampai mati, maka terbang tunduklah bermati-matian
sampai mati




Permulaan Sem 4

[Tak perlu baca. Takda manfaat. Hanya post untuk lepaskan rasa semangat semester ini.]

Hari ni hari pertama bermulanya Semester keempat.
kami, sesudah Autumn semester, adalah Spring semester.
Masuk semester ni aku benar-benar rasa seakan spring.
ya.
spring
[Credit]


Kalau tak paham
maksudnya teruja.

tengok draft blog ni balik,
la hai, banyaknya tak habiskan betul-betul.
banyak cerita, tapi tak tahu sejauh mana manfaatnya dan seteruk mana keburukannya.
ambil tindakan berjalan tengah lagi.

itulah aku. suka pilih jalan tengah untuk rasa selamat.
rasa selamat dengan tidak berbuat apa.
sedangkan di akhirat nanti berjalan tali berukuran lebar sehelai rambut pun bisakah aku terpisah antara negara dan syurga

Beberapa hari lalu Alhamdulillah aku tertengok video Zon Kuliah
ceramah Ustaz Jafri Abu Bakar.
Terpanah dengan penghayatannya mengenai hari akhirat

"Janganlah ada sedikit sekelumit pun rasa celup masuk neraka walaupun sikit!
Azab yang paling ringan pun adalah letak batu di kaki sampai menggelegak otak.
Itu paling ringan.
Seorang hamba yang ada banyak nikmat di dunia ini pun, secelup saja di neraka sudah lupa segala nikmatnya."

Aku tak retilah bawak dalam ayat di sini. memang kena tengok kalau nak feel.
Aku bukan siapa-siapa.

kali ini benar kalilah.
Lepas tengok video tu dan angkat barang,

Semoga terus kekal lah semangat ni.

Sem ni , aku tengok struktur kesemua modul,
sangat sibuk dengan courseworks yang aku dah boleh bayangkan.
beserta lagi dengan Nutrition Project.
Uish. ni kene share nih.
Project Nutrition ni sangat best aku nampak.
esok baru mula jumpa client..

yang tak bestnya, aku tak dapat nak tolong orang Islam yang dalam kesusahan sepertimana mereka dalam kesusahan.
tak paham kan apa aku tulis?
insyaAllah kalau ada kesempatan aku nak share projek tu.

Ameen

Istiqamah.
Mangat

Orang yang betul-betul sibuk patutnya tak sempatpun untuk beritahu orang ramai bahwa "aku sibuk".
maka, sebelum sibuk, aku nyatakan kesibukan yang aku terbayang ni terdahulu. kah
ya, tak sabar nak sibuk.
sibukkan masa dengan perkara bermanfaat.

yargh!



Angkat Barang

Setiap kali beli groceries, barang-barang keperluan harian untuk tempat berteduh,
aku akan ke Beeston.
Perjalanan pergi dan balik Sutton Bonington ke Beeston, memakan masa hampir setengah hari.
Ini hal pasal berkira dengan tambang bas RM5.50 tu (ikut currency Msia), aku putus untuk berjalan kaki.

Ikut google map katenye perjalanan 1.4 batu nautaktauka (bukan 1.4 batu nautika)