Thursday, December 24, 2015

Movie Terbaik Indonesia

"Tenggelamnya Kapal Van Der Widjck"
-Cari di Pencurimovie-

"Di Bawah Lindungan Kaabah" 

-dah tak jumpa link-

"Sang Kiai" - Sejarah + Ketuhanan

https://www.youtube.com/watch?v=G4uDWQkbdhc

"Sang Pencerah" 
https://www.youtube.com/watch?v=mmhpBPt6yTE

Sang Murabbi

https://www.youtube.com/watch?v=olOfolz8TiI

"Alangkah Lucunya Negeri Ini"
https://www.youtube.com/watch?v=Ci0SV5IxN5U
 smile
"Surga yang Tak Dirindukan" 
http://youtu.be/2KXXYjEGiCM

"Tanah Surga Katanya"
https://www.youtube.com/watch?v=CJTbXVMpDBI

"Laskar Pelangi"
https://www.youtube.com/watch?v=wAWBaWYE0E0

Ma'rifat Cinta -
https://www.youtube.com/watch?v=_BjGKDVzOiY

Dalam Mihrab Cinta
https://www.youtube.com/watch?v=T6tW7ai_--E

Cinta Suci Zahrana
https://www.youtube.com/watch?v=bCpdlX2-wtc

Penjuru 5 Santri (2015)
https://www.youtube.com/watch?v=KICawRnfEG0

Ayah Mengapa Aku Berbeda
https://www.youtube.com/watch?v=wTJeE1IuvVg

Tanda Tanya (?)
https://www.youtube.com/watch?v=GNEHSOuCZgA

Tanah Air Beta
https://www.youtube.com/watch?v=v_vQt0drRfM

Berbagi Suami
https://www.youtube.com/watch?v=1qqntyNKMKM

Ketika Tuhan Jatuh Cinta
https://www.youtube.com/watch?v=ckPFStyaAbA

Sampai Ujung Dunia
https://www.youtube.com/watch?v=K72qsJ4iTWk

Sebelum Pagi Terulang Kembali
https://www.youtube.com/watch?v=pSIaS12jVuI

Ruma Maida
https://www.youtube.com/watch?v=WETvhvEikKU

Friday, December 11, 2015

Aktivis kah kau?


"Aktivis di UK tak macam Aktivis di Malaysia.
Di sini muslim ke non-muslim, sangat aktif, sangat care tentang apa yang diorang perjuangkan. Mereka SEDAR.
Ada satu event tu akak join tentang donate untuk Palestine,
Akak tak angkat tangan pun masa tu.
Orang tu datang kat kitorang, suruh kitorang donate jugak.
Kalau tengok tu memang macam dia paksa, pada kita tak eloklah paksa donate kan?
Tapi memang faham lah tengok diorang sangat serius, kesedaran diorang sangat tinggi."

Kata kakak itu.

Orang kita kak, sibuk nak tengok orang tu sombong ke tak, ada ciri-ciri riak ke tak.
Itulah, "Risaukan perkara temeh kita takkan maju."


"Terrorists!" Londoners weeping and shouting at Parliament over #SyriaVote
Posted by RT UK on Thursday, December 3, 2015
or

https://www.facebook.com/video.php?v=1551150825174795 

Abai Politik

Buta Politik , tak kesah politik bagus ke?


"Kalau tak suka aku sila keluar dari hidupku"


I used to stick to this kind of... 'Quote' like years ago.

"Kalau kau tak suka, kau boleh unfriend, unfollow."

When I looked back,
Hm, sombongnya aku.
Kau pikir kau menteri ke ? "Siapa tak suka sila keluar Malaysia" hha
...
...
Maksud aku, kita tak cukup matang untuk menerima orang-orang yang Allah hantarkan.
Allah hantar mereka bersebab, untuk "memetik sabar kita hingga kontang" (tiru ayat kak Fynn Jamal)
Baik buruk mereka adalah ujian bagi kita,
Mereka puji atau kutuk kita juga ujian bagi kita.
Aku percaya kehadiran mereka adalah  mengimbangkan keadaan yang aku perlu hidup.
Aku perlu tahu, ada orang yang begitu ada orang yang begini.
Ada yang suka ada yang tidak suka.
Sebab mereka begitu lain-lain, dapatan mereka lain-lain.
Cara hidup dan fikir mereka lain-lain.
Sungguh kan manusia itu lain setiap daripadanya?
Adanya mereka aku lebih mengerti hidup biar bagaimanapun mereka.
Hidup ini tidak hitam tidak putih.

"Tuhan, jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada,
Pasakkan hatiku pada kaki,
Paksakanku tunduk sehingga mati"
(Fynn Jamal, Terbang Tunduk)

Saban kini, bila didatangi si pemetik sabar,
Dua perkara ingin aku kongsikan, sentiasalah berucap
"Saya minta maaf"
dan
"Terima kasih"
Meskipun kita salah atau benar.

Bahkan harus kita sedari tiada siapa yang benar-benar salah, tiada siapa yang benar-benar betul, itu semua perspektif.
Yang ada hanya Tuhan itu pasti.
Maka tundukkan saja hatimu itu,
Kau tak akan rugi apa-apa.
Bahkan bisa dijadikan pedoman.
Ingat, datangnya mereka bukan untuk dipersia-siakan.

Nampak suci, nampak good-good, is not our goal.
The only one that we have to please is Allah.

Monday, December 7, 2015

'Bible'

The Holy Quran Experiment

By Pranksters

Cheese Bread

Cheese Bread

Pao de QueijoHow To Make The Best Cheese Bread In A Blender & It's Gluten Free (via FlavCity )Full video here: http://taste.md/1Lg8ifN
Posted by Tastemade on Saturday, October 10, 2015

Tuesday, December 1, 2015

'Ritual' Bola Sepak

"Bagi kita bola sepak hanyalah sejenis sukan. Tapi di Eropah, kelab-kelab bolasepak adalah diasaskan dengan ideologi, visi, agama, sejarah atau identiti budaya masing-masing.
Di Scotland ada 2 kelab berseteru di Bandaraya Glasgow yang digelar 'Old Firm' iaitu Glasgow Celtic dan Glasgow Rangers yang masing-masing membawa ideologi Kristian Katolik dan Kristian Protestan.
Di England ada Liverpool dan Manchester United, kelab yang mewakili persaingan ekonomi 2 bandar (Liverpool bandar pelabuhan, Manchester terkenal dengan perindstrian).
Di Jerman ada St. Pauli, kelab far-leftist dengan ideologi punk.
Dan di Israel ada Beitar Jerusalem."
-Naim Mohd Yusuf-
We've been warned (5:82)


"Here we are, the most racist football team in the country"The full story of Beitar Jerusalem: http://gu.com/p/4eeev
Posted by Guardian football on Tuesday, November 24, 2015

Pelawak realiti


Orang yang pandai melawak ni biasanya lebih memahami realiti. Sebab tu orang gelak kepada lawak-lawak realiti. Perkara-perkara ironi.
Bila dia tahu ada perubahan yang harus dibuat tapi melebihi batasan kemampuannya, dia hanya mampu gelakkan saja


Charlie Chaplin's incredible speechWatch this timeless speech from Charlie Chaplin which couldn't be more relevant today. Taken from his 1940 movie The Great Dictator, Charlie delivers a hair raising speech that we should all take a moment to think about! The man famous for not speaking, comes up with one of the greatest speeches ever. Capable Men
Posted by Capable Men on Friday, September 4, 2015

Satu lagi tentang ENGLISH people. This is so funny and IRONI.

Love the Indian accent. That's how we all talk back home :-) enjoy
Posted by Vikas Rajput on Tuesday, 16 June 2015
 

Untuk Yang Patah Hati

Kepada manusia-manusia yang patah hati dengan manusia yang lainnya,
La Tahzan Tak payah bersedih,
Mereka pergi mereka tak perlukan kau
Dan kau tak perlukan mereka
Jadi siapa yang memerlukan engkau?
Anak yatim perlukan kau
Anak jalanan perlukan kau
Orang miskin perlukan kau
Orang pelarian perlukan kau
Jiran lapar perlukan kau
Masyarakat perlukan kau
Keluarga kau perlukan kau
Mak Bapak kau perlukan kau
Terpulanglah mau jadi hantu mau jadi buaya mau jadi manusia yang saling memerlukan manusia lainnya.

Korra: True freedom and Balance

Zaheer: "True freedom can only be achieved when the present governments are torn down."
Korra: "That wont bring balance! it will throw the world into chaos!"
Zaheer: "Exactly, the natural order is disorder.
New growth cannot exist without first the destruction of the old" ??
Just because chaos is the natural state does not mean chaos = balance. Balance, by definition, is somewhere in the middle between chaos and perfect order. The Avatar (Korra) is supposed to bring balance, not chaos, so Zaheer has no basis for criticizing Korra or any other Avatar for failing to bring the chaos he desires. By preventing the world from falling into chaos, the Avatars have indeed done their job and kept balance (as long as they also do not let it fall into perfect order either, e.g. the tyranny of Fire Lord Ozai or the monarchy of pinched-face Earth Queen).
Since chaos is the natural state, it is the best state for the world to be in. Here Zaheer makes a leap in logic and moral philosophy that is indefensible. Just because something is natural does not mean it is best. Chaos is just chaos. It doesn't promote "the flourishing of all things" or whatever your personal definition of "best" is.

-Adapted from: https://www.reddit.com/r/TheLastAirbender/comments/2cm0ok/why_zaheer_is_wrong/ -

Gol Hidup

Matlamat Hidup.
Matlamat hidup sebagai manusia, aku mengerti,
kita berkehendakkan sesuatu yang sangat tepat,
Yang sangat tepat dengan apa yang kita impikan.
Seorang sahabat aku dan seorang teman dalam usrah aku juga,
tentang mendapatkan apa yang kita impikan,
jangan putus doa kepada Tuhan,
Terus doa dan teruskan asa,
sehinggalah mendapat apa yang kita hendak sesuatu itu.
Sesuatu contoh yang diberikan adalah kereta.
Jenama apa, warna apa, target bila, dsb.
Itulah meskipun aku dengar mereka berjaya mendapatkan apa yang mereka impikan,
itu bukan satu kejutan buat aku walaupun aku tahu aku patut terkejut seperti orang lain atas 'keajaiban' itu.
Aku tak tahu mengapa tapi terdetik rasa sedih bila dengar itu,
Aku sedih kalau aku dalam situasi itu atau aku sedih dengan ideologi itu.
Situasi yang terlalu menginginkan sesuatu yang tepat dengan apa yang kita impikan.
Bukanlah aku kata mereka itu salah,
cuma mungkin karakter aku adalah "go with the flow",
no matter what my situation is right now,
I'm OK with it, I will adapt with it, it improves me, so I like it.
Being rich, or have a car, being known or have good husband
are not my goals in life.
Because, I think,
I was been taught that the ultimate goal of us as a 'servant' (talking in Islamic context) is Redha Allah,
melalui dengan meredhai keadaan, dengan apa yang ada dan apa yang Dia kurniakan kepada aku, untuk aku.
Bukanlah dengan tidak berbuat apa.
Seperti ayahanda, dalam usaha mencari rezeki halal dan menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kerana menyedari keberadaannya sebagai hamba Tuhan,
Dengan tidak semena-mena Tuhan kurniakan ayahanda rezeki yang mencukupi untuk seluruh anak-anaknya malah anak-anak angkatnya.
Ayahanda menjadi hebat dimata manusia lain bukanlah sahaja kerana ayahanda yang pintar,
tetapi niat atau matlamat ayahanda, adalah serba redha Allah taala.
Ayahanda memang tak sibuk dunia, ayah sibuk akhirat,
selalu ke masjid setiap solat lima waktu, awal waktu, mendengar ceramah,
Kalau orang tak kenal ayahanda pasti dilihat hanya seorang lelaki jalanan berbaju pagoda bercucuk tanam itu sumber pendapatan.
Mungkin kerana bukan dunia yang dia pinta Allah beri juga.
Kini, aku menangis atas niat suci ayah.
Contoh terbaik paling dekat dengan aku.
Mama kata mana nak cari lelaki macam ni dah. oh, lagi menangis.
So, my 'dunia' goal?
I feel my responsibility as a nutritionist.
To serve those yang underprivileged.
Getting paid or not is not the issue,
All humans deserve our health service.
Tuhan seru.
Forever, a traveler.

Thursday, November 26, 2015

Mencari pasangan

Dalam mencari jodoh/pasangan, aku sangat selektif.
Bentangkanlah aku seribu lelaki kacak tampan bergaya, bermentaliti orang kaya tak kena dan aku pilih dia, itu bukan jodoh, itu bodohlah aku.
Berikan aku seribu lelaki pintar bijak pandai ala-ala alim ulamak, tapi tak mengerti tak memahami fikiran aku, semestinya bukan pilihan.

Jadi, disebabkan tiada/belum/sukar dalam mencari lelaki yang sempurna di mata aku,
maka aku berhenti mencari jodoh. hahaha

Biaq pi lah

Kalau ada, adalah.
Macam mana ia datang, aku tidak tahu, maka bukan urusan aku untuk pertengahkan isu ranting macam ni, aku bergantung kepada Tuhan Allah taala.

Tuesday, November 3, 2015

Kahwin bukan misi

Kahwin bukan misi
Bukan tujuan hidup 
Jika hanya kahwin adalah tujuan hidup,
Itu tujuan haiwan yang hidup
Aku hidup untuk Tuhan
Bukan untuk manusia atau haiwan

Aku takkan bersedih lagi kerana secebis cinta manusia
Aku takkan mensyaratkan kegembiraanku terhadap cinta seorang laki-laki
Aku boleh gembira tanpanya
Laki-laki bukan syurga aku bukan bahagia aku
Takkan aku termakan simpati lagi dengan kata-kata manis dan sedih dari kaum mereka

Korbanlah akan dia apa saja walau apa pun untuk ku
Namun demi Tuhan aku tak endah kerana realitinya aku bersama Tuhan
Kau mungkin perlukan aku untuk bahagiamu
Namun aku akan derita dengan cintamu

Aku tidak tahu apakah aku akan berkahwin
Tidak akan ada laki-laki yang mengerti aku
Fikiran aku pula rumit sekali
Dan aku akan tetap dengannya

Biarpun tidak menikah, itu bukan kepentinganku
Bahagia atau derita aku bersama Tuhan aku panggil Tuhan
Aku takkan panggil orang laki

Kini aku bahagia
Aku bebas daripada dibelenggu angau kahwin muda
Aku bebas memikirkan hal yang lebih penting
Hal yang tidak mementingkan diri sendiri
Adapun hal yang akan bermasalah
Aku pasti ianya boleh dilangsaikan tanpa perkahwinan
Nafsu aku bukan lagi kahwin semata
Nafsu aku adalah menonton kebahagiaan orang lain

Sahaja aku menutup aurat bukan untuk "suami masa depan"ku
Kebersihan dan menjaga kemaluan bukan untuk "suami masa depan"ku
Bukan untuk kesempurnaan kepuasan "suami masa depan"ku
Namun demi Tuhan yang punya zat yang lebih agung
Sebab itu cintaNya, agung.

Tuesday, September 15, 2015

Best Friend?

Selama ni baru aku sedar,
aku tak boleh/tak perlu ada best friend?

Sebab bagi aku aku mudah terpengaruh, good or bad influence,
however, sukar bagi aku untuk stick to only a person and regard her as my best friend senang2 macam tu je

Selepas peristiwa pertama aku bergaduh dengan 'best friend' sekolah menengah,...

Gaduhnya gaduh jealous je pasal dia ada best friend baru. lol. ya tak matang. sekarang dah abaikan dah.

So, selepas gaduh jealous best friend tu aku decided not to have any best friend.
Sejak daripada tu aku tak pernah anggap mana2 kawan2 masa universiti as my best friend.
Best friends aku hanya masa Hillcrest.

Elok pulak masa first week masuk universiti, terang2 orang cakap kat aku
"boleh tak you jadi best friend I?"

Aku macam tak sampai hati pulak kata tak boleh macam tu terus je kan semata2 nak tegak pendirian (la sangat), I replied "Actually I just decided to not have any best friends after high school. But in the future, welll why not? who knows right? :) "

But till now, I just jalan je dengan siapa2 until not realise I jalan banyak kali dengan dia je until orang ingat we best friends.
Dan bila dia tiba-tiba kata "...I'm just saying as your best friend lah..." or ".. am saying this because I'm your true friend..."
I was like.. ."Eh ye ke? Bila masa?!"
But tak cakap kat depa lah, I just react that to my self because just noticed that.
Aku tak tahu nak reply apa, maybe they need me too much, so I just said "Ok" lah,

Aku nak buat baik dengan depa okay selagi mampu, tapi kalau tak mampu, aku cakap jelah aku tak mampu.
Kalau depa nak bring up "you're my best friend! I'm really counting on you!". Well, aku bukan hamba kau nak suruh semua2 nih. Mintalah tolong orang lain, macamlah orang lain takde and you can make friends with anyone else juga kan.
Takde gilanya aku nak drive jauh2 semata nak jumpa kau seorang while there's ada orang lain boleh tolong, you just have to ask shamelessly, rendah diri sikit.
Menyesal aku buat pengorbanan bodoh2 hanya demi 'ukhwah' ikatan bestpren.. like what pengorbanan bodoh2 tu? - sanggup drive habis minyak semata pergi mama just nak lepas tension kau. dah la kereta mama aku, bukan kereta aku. Kalau bukan pasal minyak pun pasal pengorbanan masa aku kena luangkan dengan kau untuk perkara bodoh.
But, Kalau aku boleh tolong untuk perkara penting of kos lah aku tolong, not as a best friend, tapi as a human to human lah.

[Credit]
So, Why...
Why I think I don't need any one solely true/best friend yang closely attached like gam gajah together2 everywhere.
I'm more prefer to have best friendS. ramai2 yang best, like a team, different2 personalities.

With different personalities, experiences, we will give out our opinion sama2 betul salah sama2 betulkan.
Kalau cakap dengan 'best friend' ni, bila dia cakap dengan kita seorang tanpa ada orang lain yang dengar, they won't care dia cakap rudely ke tak and easily claim everything yang aku buat salah dan pulak tu siap ngarah2 aku kena jadi camni camtu.
They thought they know best kot. i don't know.
Dah cakap rudely macam tu then claim that "I'm your true friend" I don't see mana yang true nye.

Aku tak selesa. That's it, I need to be away from this kind of girl.
I hate that kind of act, but not the person.
Senyum dan salam tetap teruskanlah walaupun cuba berjauhan sedikit. Jangan putuskan ukhwah. tu tak matang, ego, lebih2 lagi Allah murka.
Next time kena kurangkan hang out dengan orang macam tu or hangout to only one person.
I'd rather be myself, or be alone, than hanging out many times with a wrong person.

[Credit]

So, macam mana aku sebenarnya ni?
Aku prefer kawan dengan semua orang, baik dengan semua orang, tolong semua orang.
Bukan pilih2 nak tolong sesiapa, takkanlah kita nak jadi manusia yang "eh, kau bukan bestfriend aku, kau mintalah tolong bestfriend kau." Or, kau tolong tapi kau treat dia differently than your 'best friend'.

[Credit]

Ok lah, aku tahu orang best friend2 ni, gurau kasarlah sampai macam mana pun takkan putus gitu kan? Takkan sakit hati or whatsoever. Go ahead kalau kamu jumpa dan kamu selesa.
Aku pernah jumpa dan aku pernah selesa, tapi aku sedar aku makin jadi teruk dengan gurauan kasar.

My mom, my dad, my sisters and brothers, i realized they don't have 'best friend', maybe they found out they don't need to give too much attention to this kind of 'stupid' thing because ada benda lagi penting untuk dijaga...

FAMILY

[Credit]
KAK JAH
macam marah kan? tahan sabar sena tu. dia cuma nak jalan dengan family dia and attach with family, than just with A friend.
And yes, I should be grateful that I am blessed to have so many family members.
Time spent with family is worth every second

Sunday, July 5, 2015

Self-Claim

Reading has never been my hobby
History, Politics and Economy has never be one of my favorite topics

But then, lately ni,
I interested to find out more about history of the places that I been to, the politics that shape the culture and mindset of the people.

Because of these in-depth of interests, all those knowledge I can get from books, internet surfing, which eventually trigger myself to read. To read, to know.
I read, not because reading is good nor it's a good hobby.
But because that's the only way to get many information.

Therefore, I never claim myself as a diligent person nor a person who loves to read books. 
No. I ain't that good. 

Ain't this is something we need to look up?

Let's take this case as an example.
Reading. (other example: activist, nature lover, blogger, etc.)

We are naturally think that setting a reading activity as a hobby is a very good thing.
Or being an activist is a good thing.
Being a nature lover is a good thing.
Being a blogger is a 'good thing'.

And we always want to do a good thing.

Then, we set ourselves to be a an activist, to be a nature lover, to be a blogger,
because its good.

However, you will end up doing these things just because it is a good thing to do,
not because you passionate about it.
The result or the outcome will not nice. 
It is not placed in your heart.
Then you will started to look for other things that your heart desire.

We need to re-judge ourselves again, what are the things that we really passionate about?
Kan?
And start over again.

You have to do what you love to do, and you have tons of reasons of whys behind it.
When you find out how beneficial it is to people or to yourself, you will love what you're doing.
And you sincerely doing it because you love it.
How to know you really love what you're doing?
You will do whatever it takes to do it.
You will always do it without having to ensure or to force yourself to do it.

By starting from loving of what you're doing, you will never realize that you had actually read 3 books in a week, or you are actually a nature lover or a blogger. 
________________________________________________________________

One damn good example,
You wanted to be a good person, atau alim (religious/pious).
Don't do things just because you wanted to be alim or a good person.
But do those things because it is for yourself, and you have reasons for it.

Ultimately, you do things because of ALLAH

You will find out Who you are. 

InsyaAllah

Last but not least, 
I think, never try to find out who you are, just do things whatever you love or worth of doing it.
You know it. You don't have to realize it and claim yourself as a good person just because you do good things.
But we have to realize the bad things that we did.

Even, you don't have to realize or claim yourself as a humble person just because its a good thing,
You just have to... 
Just do all good things lah without having to say "I am a humble person"

Please get what I mean >.<

KAK JAH

Professionalism

Throughout your academic years, you will find out professionalism is 'very important'.

In interviews, in lecture classes, in lab, in everywhere related to your future life when you're meeting professionals,
you will find out that getting that look of a professional is important for your career. It's a life.

[Credit]

As for me?
Being a professional is not important, but the important thing is being matured.

I have friends who always think that being professional is very important.
"I don't want to be a housewife, I want to be a professional, I want to be a professor, or CEO of a company..." bla bla bla...
But when it comes in meeting people who are un-professional, they tend to look down upon them.
They think that these unprofessional people don't have any pro skills, are not matured, no planning of life or lack of life management.

It is hard for them to accept people who don't have plans.
They would say those homeless or poor people who are unfortunate become like that because the poor people don't want to put any effort, they lazy.

Professionals also tend to put too much expectations when they see people.
Because of the confidence that they have, they confident enough with what they see and what they believe.

Why I say no to professionalism, but be matured?
Because when there is awkward moment, they will not settle it down or try to relax the 'unprofessional's, just smile/smirk and flashing eyes.. kelip kelip kelip
and the awkward moment keep moving on... at the end, you feel the relationship is awkward and hoping not to see the same person again in the future.

that. is. so. lame. and unprofessional act.

You can't expect a student to have complete ethics, you are a teacher, you, teach.

I'm not ordering teachers/lecturers, but this is your responsibility isn't?

Bagi aku, term 'professional' itu hanya pada luaran, just an appearance.

[Credit]
Menjadi matang (matured) makes you to become a versatile person, universal.
You can speak with anyone, and anyone feels comfortable talking to you.
You don't judge.

KAK JAH

Tuesday, June 30, 2015

Drama: Dia... Isteri Luar Biasa

Pada awalnya aku pandang remeh akan drama TV3 ini,
Dia... Isteri Luar Biasa.
Namun, agak luar biasa juga jalan ceritanya, kerana jalan ceritanya pelbagai. Tambahan pula, nasihat-nasihat yang dikongsikan oleh pelakon juga terbaik juga.
Luas perkara untuk diperbincangkan sekiranya berpeluang untuk membincangkannya dengan mana-mana rakan yang berminat.

1. Hak Wanita
Dewi Yusra (watak utama) seorang perempuan yang amat memperjuangkan atau membela nasib wanita-wanita dan menganggap semua lelaki tak guna kerana hanya tahu melampiaskan nafsu keatas wanita. Feminist.
Tapi dia ni tak adalah bersikap feminism sangat, because the overall idea was because she was traumatized by her past events yang her dad acted violently to her mother.
But she still have that feminism punya stands yang rasa mampu hidup tanpa lelaki dan 'hungga2' nak tunjuk perempuan ni bukan kaum yang lemah.

Ironinya kan, bukan ke, kalau kita lagi nak beritahu pada dunia yang perempuan ni bukan kaum yang lemah lah,"kami kuat weh!" lagi menunjukkan kita ni memang asalnya lemah?
I mean, yeah, we are. I don't say lemah in the sense of strength. no. we are strong. but emotionally, we need them. And they need us. We need both of us.

Same as LGBT people, you don't need to ask for people's love sampai nak pergi court. You look very desperate and really need love.

Lame. Sebab tu, bertindaklah dengan penuh kesabaran dan kebaikan.
Bukan menuntut-nuntut hak itu ini. Ada hak yang kita tak perlu minta, tapi hak itu sudah ada dalam diri kita. Hak hidup, tanggungjawab yang Allah beri.

2. Kayu Tiga / Madu
Kakak kepada Raden Amzar (suami Dewi Yusra), Kak Long Zahra yang telah meletakkan kepercayaan yang terlalu tinggi terhadap suaminya dan sering memuji-muji suaminya, Shariman sebagai 'sebaik-baik umat' akhirnya malu kerana menjadi mangsa dalam 'permainan kayu tiga' Shariman. Namun, dalam drama itu, saya tidak menganggap tindakan Shariman sebagai lelaki yang sengaja bermain kayu tiga. 
Perkahwinan selama 10 tahun tanpa teriakan seorang anak, ditambah pula dengan perangai Kak Long Zahra yang kuat membebel, degil, dan egonya yang tinggi, siapalah tahan. Saya percaya, bukanlah ianya semata-mata dijadikan alasan Shariman untuk berkahwin Nurul Fatiha, tapi itulah hakikat kehendak manusia.

Bagi kita ni wanita, kita sering memikirkan hak wanita ini sentiasa harus diperjuangkan, dan kita harus tunjukkan kita bukan kaum yang lemah lah apa lah. Walhal, perkara itu tidak perlu terlalu digembar-gemburkan sangat sekiranya benar kita bukan kaum yang lemah. Bahkan, kalau di'perjuang-juang'kan lagi, memang terbuktilah kita ini lemah.

Saya lebih suka untuk menyarankan kaum wanita untuk contohi telunjuk adab Isteri-isteri Nabi ataupun wanita-wanita Islam terdahulu yang kita pernah dengar seperti contoh Siti Khadijah, Siti Hajar, Sumayyah dan ramai lagi.

Mereka bukan saja bertindak kuat dan tabah, tapi, BIJAK. dengan sabarnya.
MasyaAllah.

It's okay to trust your husband fully, but do not give too much expectation.

Cadangan tindakan daripada saya:
Saya sarankan kalau kita dalam situasi suami nak berpoligami, lebih baik kita bertindak dengan kesabaran dan cuba terima dahulu keadaan itu dan kita fikirkan tindakan yang terbaik untuk seterusnya.
Kalau kita meroyan melenting terus, dia lagi benci kita.
Kalau kita ambil perkara itu dengan hati yang cuba redho, wajah yang cuba bertenang, titiskan sedikit air mata wanita kita (eceh), dan berkatalah dengan penuh kesabaran dan kebaikan. Mesti dia tak sampai hati nak tengok. serius. hhe. betul lah kan?

What is 'husband' stands for?
-> He Understands Situations Better And Never Disappears

:) Sweet chilli

P/S: Click on the caption under the picture above for the full episodes of this drama.

Cheers

KAK JAH

Friday, June 26, 2015

Identiti popularito

Dalam niat untuk menyebarkan kebaikan yang terbaik, atau kreativiti dakwah yang terbaik,
secara tak langsung kita membawa diri kita disebalik kebaikan itu.
Sekiranya dakwah yang dibawa menjadi viral, secara tak langsung diri kita menjadi viral, identiti menjadi terkenal.

popular

Ini telah menjadi salah satu asbab mengapa aku mengasingkan diri aku yang sebenar daripada alam maya dengan menggunakan nama pena sebagai 'Kak Jah'.

Pernah rasanya terpesong niat aku yang asalnya untuk berdakwah yang terbaik, namun dalam masa yang sama niat itu seakannya tercemar kerana punya rasa ingin dikenali siapakah yang membawa dakwah yang terbaik itu.
Niat berdakwah itu tidak lagi menjadi murni.

Pencemaran niat menjejaskan perbuatan yang ingin dilakukan; lama kelamaan aku melakukannya kerana populariti, untuk mendapatkan sambutan hangat dengan menggunakan agama.
Celakanyalah aku.

Ini telah menjadi salah satu asbab mengapa aku mengasingkan diri aku yang sebenar daripada alam maya dengan menggunakan nama pena sebagai 'Kak Jah'.


Tuesday, February 24, 2015

Berlumba 'belajar'

Dapat tugasan coursework.
Kena buat esei. Beberapa orang akan mendapat tajuk yang sama.
Namun, isi esei yang akan membezakan markah kami. kalau bagus tinggilah markahnya. Tinggi rendah markah itulah yang kami lumbakan.

Tajuk yang aku dapat: Do birds have leptin? Dalam burung ada leptin (hormon) tak?

Interest aku lebih kepada hal manusia. Bukan apa isi burung.
Aku rasa kurang semangat.
Lebih kurang semangat pabila mulakan pencarian di internet banyak terlalu kepada sains haiwan segala artikelnya. Tiada yang berjaya trigger aku untuk jadikan mereka sebagai bahan rujukan. tak menarik.
Malam ini, aku cari lagi. Sekali tekan, I betul-betul "feel so lucky."
Terang ada artikel hangat tentang hormon leptin itu baru dijumpai oleh para pengkaji.
Mula trigger aku kenapa saintis sekarang baru jumpa, kenapa susah sangat jumpa leptin dalam burung?

Tiba-tiba dalam masa yang sama dalam hati,
"Aku harap orang lain yang buat tajuk sama dengan aku tak jumpa artikel macam ni."

Teruknya.
Allah dah suluhkan jalan, kita doakan Allah tutupkan jalan orang lain.
Sebab apa? Sebab aku nak jadi NOMBOR SATU 1. Markah paling tinggi, nombor satu.

Allah hai,
kerana markah, kerana No.1,
sanggup aku nak tutup jalan orang lain. haiwannya aku.
Kalau tak kerana mencari leptin dalam burung, pasti aku masih manusia. :p
Kerana dunia, hilang perikemanusiaan.

Ini baru tentang markah sistem pendidikan dari barat,
ape entah lagi bila Dajjalnya hadir yang menjanjikan harta, kemewahan dan kemegahan dunia.

Allahu Akbar.

Adab Adab ! Didik hati beradab !

[Credit]
[Credit]
[Credit]
KAK JAH
Tuhan... jaga dia (hati) untuk ku... :3

Monday, February 23, 2015

Ibrah 'Tenggelamnya Kapal Van Der Widjck'

Bismillah

Aku baru paham cinta.

Apa yang aku tahu tentang cinta sebelum ini? Adalah lebih kepada logik akal.
Hadir seorang sahabat kepadaku, dia mohon tolong 'keneng'kan dia dengan rakan ku.
Aku lihat lelaki ini seorang yang cerdik banyak berfikir membaca berfalsafah bermanfaat berguna. Dan aku pelik dengan pilihan hati(?)nya. Kaki selfie, gemar ramai peminat lelaki, pencari perhatian, Kenapa itu yang kau pilih? Kau pasti kah? Kau.. kau biar betol?!
Ya, bagi aku cinta itu harus bersebab.
Jawabnya, "Cinta tak memerlukan sebab."
Aku rasa mereka tak cocok maka aku tidak membantu, bahkan tidak tahu cara yang betul untuk membantu tanpa pengetahuan ibubapa mereka, aku tak tahu, aku serahkan pada rakanku yang lain.
Akhirnya?
ha ha ha . aku benar. pertunangan mereka putus kerana perempuan itu tidak bersedia, masih rasa muda, bukan tiba masanya. bukan tiba masanya untuk berhenti dari menjadi pencari perhatian, belum masa untuk retired dari 'muda'nya.
Sedih benar lelaki itu. sungguh. mungkin.
Aku dah kata dah, cinta harus bersebab.

Namun begitu, aku masih tak kukuh dengan pendirian itu sebab teruk benar dia sedih. kenapa begitu.
Jika cinta memerlukan sebab, sekiranya asbab itu hilang, tidak kah terhapus juga cinta itu?
Jika lelaki mencintakan seorang wanita kerana cantiknya, atau pandainya, sekiranya asbab itu hilang, adakah lelaki itu masih tetap cintakannya? atau itu hanya suka pada rupa dan idenya?
Lebih parah lagi, aku fikir lelaki kahwin hanya ingin melampiaskan nafsunya.boleh kahwin 4 ape, keliling pinggang.

Rupanya bukan.

[Aku bicara tentang lelaki yang baik-baik dalam soal cintanya. bukan playboy selalu selfie di facebook itu]
Yang "Jika datang kepadamu seorang lelaki yang baik agamanya dan bertanggungjawab, maka kahwinilah dia."

Dipertemukan lagi oleh Tuhan aku dengan seorang lelaki yang aku tidak tahu sejauh mana cintanya.
Berkali lelaki bertanya, "Mengapa perempuan suka tengok harta, rupa paras? Aku tahu aku masih belum mampu, tapi kenapa dia harus pilih lelaki lain?"
Bagaimana bisa aku menjawab persoalan kamu sekiranya aku sendiri tidak mengerti cinta, perempuan yang tidak mengerti erti cinta lelaki, dan lelaki tidak mengerti cinta wanita?
Siapa yang tidak mengerti siapakah sebenarnya?
Tak faham aku tentang tindakannya yang bagi aku tidak ada logika.
Mengapa harus teruk sangat mencintai seorang wanita sehinggakan rasa luntur rebah 2-3 bulan.
Biasa-biasa sudah lah. Pergilah puasa kalau tak tahan tu.
Penelitian demi penilitian, aku sangkakan lelaki paling mudah curang kerana tidak tahan melihat perempuan cantik yang ramai di sekelilingnya, rupanya perempuan yang barangkali tidak mengerti cinta.


Aku tonton filem Indonesia karya Buya Hamka "Tenggelamnya Kapal Van Der Widjck".

Walaupun bengapnya (buduhnya) perempuan tu pergi terima pinangan yang dia tahu tak nak, lelaki tu tetap cintakan perempuan tu.
Kenapa kau nak jugak perempuan macam tu? pergilah cari yang lain yang ada otak sikit.
Tapi tidak, dia tak buat seperti yang aku suruh, bukan sebab aku hanyalah seorang penonton, tetapi itulah rupanya cinta.

Seorang lelaki boleh dibunuh batinnya oleh seorang wanita. kerana cinta.

Dahsyat.

Tapi benar. Benarlah sebesar itu cinta seorang lelaki terhadap perempuan yang dicintainya.

Bila dia serius cinta, maka benarlah serius cintanya itu. Diinginkannya membina mahligai yang dipermaisurikan oleh pilihan hatinya. satu-satunya.

Patutlah ayah, sudah jauh berjaya, mana pernah terlintas di fikiran sekeluarga untuk ayah cari yang lain. tak pernah berbau-bau akan ada tambahan seorang lagi tiba2, sebaliknya ayah banyak berbakti untuk keluarga dan masyarakat. Dia sudah ada permaisuri (mama) untuk mahligai yang dah dibinanya.

Sebenarnya, perempuan je yang banyak berfikir, banyak berfikir sehingga yang bukan-bukan jauh ke laut difikirnya. Dah prepare bagai kalau ada madu disebelah, dia bersedia menjadi beruang atau winnie the pooh.

Meski perempuan kecewa kerna kadang ada satu ketika lelaki yang dicintainya tidak mengenali dirinya siapa atau apa. Siapa tak kecewa, orang yang kita cinta tidak kenal kita? Dan kita mempersoalkan kembali, "kau cinta aku kerana apa sebenarnya? rupa paras kah? bukan siapa atau apa aku ini?"
Sukar untuk perempuan percaya kembali kalau benar lelaki itu cintakan dia.
Hati-hati hai lelaki, lidahmu tajam, terlalu tajam tak sedar toreh hati mereka yang lembut itu sungguhpun kau benar cintakan dia walau sejauhmana bengapnya perempuan itu pada kau. -_-"

Patutlah perempuan tak berhak memegang talak.
Banyaknya fikir, hingga ambil jalan 'mudah' baginya (yang tak berapa nak mudah sebenarnya tapi memang lagi mudah) untuk putus sajalah hubungan ini kalau rasa susah sangat. Pergilah cari perempuan lain yang suit your taste or your cup of tea.

Cinta lelaki itu, sudah tua kerepot pun masih dicintainya. Selalu cintanya. Cinta yang bukan kerana harta, rupa paras atau apa pun. Tetapi benarlah cintanya.
Cinta mereka bukan hendak buat apa pun, walau tidak boleh memandang, tidak boleh menyentuh, hanya ingin berada di sisi itu sudah memadai baginya.
Cuma jangan kecewakannya, kerana kaulah harapannya.
Bagaimana nak tahu?
Setiap ayatnya, pertuturannya, yang hadir dari hatinya, sungguh luar biasa pernyataannya.

Kalau jumpa lelaki begini, berpegang teguhlah, tunggulah, sabarlah. Doalah.

"Jangan sekali-kali bersedih,
jangan berputus asa
cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa tangis,
bukan membuat putus asa,
tapi cinta itu menguatkan hati
menghidupkan pengharapan."

KAK JAH
cakap pasal cinte hewwww

Monday, January 26, 2015

Belajar Kultur British

Aku fikir mudah untuk cipta tali persahabatan dengan penduduk tempatan di sini
tak pelajar pun tak apa,
kadang mereka pun bukan reti bukan tahu bukan terbuka dengan dunia luar
apa perlu?
mereka sudah ada hampir semua mahu
malah tahu mereka dikagumi dunia luar
makanya
kita yang luar ini harus ada keinginan
daya tahan diskriminasi yang kuat
aku bercakap terutama bagi yang bertudung

bukan semua pendiskriminasi di sini,
tak semua tahu apa terjadi dunia luar ini,
tak semua ingin,
macam kita kadang sudah selesa dengan kotak buatan tempatan sendiri.
fikir mereka lebih bagus?
tidak semuanya.

aku tak mengeneralkan segala british sini
mereka sebenarnya semua mesra dan ramah.
tapi kadang tak dengan semua orang.
sepanjang bertudung di sini,
tak semua.
aku tak tahu nak menjelaskan bagaimana,
tiada yang jelas mengenai isu agama di sini.

Bahasa British.
Kritikal juga bagi aku untuk memahami maksud apa yang cuba mereka sampaikan
sungguh bahasa inggeris,
tapi mereka kadang macam kita bagi ayat deep, yang punya makna lain.
British sangat deep berbanding Amarika yang lebih berterus-terang dan jelas apa mereka sampaikan

sedang tak ada kawan ini,
aku belajar lalu sini pun susah



ada satu yang tentang Insulting gaya British.
Cekak pinggang amboi gaya Malaysia saja lah aku melihatnya.
Namun, melalui gaya mereka ini yang sangat deep, banyak benda boleh belajar kerana mereka punya sebab mengapa ayat mereka dilazimkan begitu. 

Belajar. Adapt.
dengan tempatan.

Teruskan senyum pada mereka walau dibalas dengan masam
Ramah pagi petang dan malam setiap bertemu bahu jalan
Teruskan akhlak yang diajar Islam
Teruskan pelajar, aku pelajar sampai mati, maka terbang tunduklah bermati-matian
sampai mati




Permulaan Sem 4

[Tak perlu baca. Takda manfaat. Hanya post untuk lepaskan rasa semangat semester ini.]

Hari ni hari pertama bermulanya Semester keempat.
kami, sesudah Autumn semester, adalah Spring semester.
Masuk semester ni aku benar-benar rasa seakan spring.
ya.
spring
[Credit]


Kalau tak paham
maksudnya teruja.

tengok draft blog ni balik,
la hai, banyaknya tak habiskan betul-betul.
banyak cerita, tapi tak tahu sejauh mana manfaatnya dan seteruk mana keburukannya.
ambil tindakan berjalan tengah lagi.

itulah aku. suka pilih jalan tengah untuk rasa selamat.
rasa selamat dengan tidak berbuat apa.
sedangkan di akhirat nanti berjalan tali berukuran lebar sehelai rambut pun bisakah aku terpisah antara negara dan syurga

Beberapa hari lalu Alhamdulillah aku tertengok video Zon Kuliah
ceramah Ustaz Jafri Abu Bakar.
Terpanah dengan penghayatannya mengenai hari akhirat

"Janganlah ada sedikit sekelumit pun rasa celup masuk neraka walaupun sikit!
Azab yang paling ringan pun adalah letak batu di kaki sampai menggelegak otak.
Itu paling ringan.
Seorang hamba yang ada banyak nikmat di dunia ini pun, secelup saja di neraka sudah lupa segala nikmatnya."

Aku tak retilah bawak dalam ayat di sini. memang kena tengok kalau nak feel.
Aku bukan siapa-siapa.

kali ini benar kalilah.
Lepas tengok video tu dan angkat barang,

Semoga terus kekal lah semangat ni.

Sem ni , aku tengok struktur kesemua modul,
sangat sibuk dengan courseworks yang aku dah boleh bayangkan.
beserta lagi dengan Nutrition Project.
Uish. ni kene share nih.
Project Nutrition ni sangat best aku nampak.
esok baru mula jumpa client..

yang tak bestnya, aku tak dapat nak tolong orang Islam yang dalam kesusahan sepertimana mereka dalam kesusahan.
tak paham kan apa aku tulis?
insyaAllah kalau ada kesempatan aku nak share projek tu.

Ameen

Istiqamah.
Mangat

Orang yang betul-betul sibuk patutnya tak sempatpun untuk beritahu orang ramai bahwa "aku sibuk".
maka, sebelum sibuk, aku nyatakan kesibukan yang aku terbayang ni terdahulu. kah
ya, tak sabar nak sibuk.
sibukkan masa dengan perkara bermanfaat.

yargh!



Angkat Barang

Setiap kali beli groceries, barang-barang keperluan harian untuk tempat berteduh,
aku akan ke Beeston.
Perjalanan pergi dan balik Sutton Bonington ke Beeston, memakan masa hampir setengah hari.
Ini hal pasal berkira dengan tambang bas RM5.50 tu (ikut currency Msia), aku putus untuk berjalan kaki.

Ikut google map katenye perjalanan 1.4 batu nautaktauka (bukan 1.4 batu nautika)