Tuesday, December 2, 2014

Best Friend, perlu atau tidak?

Petunjuk:
Best Friend = BF = Bestie = Best Buddy 

Sebelum ini, aku tak nak ada Best Friend.

Sebabnya, disebabkan ada Best Friend la aku makin mementingkan kehendak dia daripada apa yang aku perlu pentingkan, yakni diri aku sendiri, dan keluarga. Semuanya disebabkan sayang betul dengan kawan aku tu. Menyayangi saudara lebih dari diri sendiri la katakan.. ceh... 

Ah, lagi pun masa tu aku tak reti berdiri teguh di atas kaki sendiri. Senanglah orang nak gunakan, bahkan dengan menanam tebu ditepi bibir je mudah buat aku tebas tebu tu terus minum manisnya kata-kata itu. 
Orangnya sangat kool, susah nak jumpa orang macam ni, sebab tu aku jaga elok2. Aku takut keluarkan apa yang aku fikir sebab aku tak nak lukakan hati dia,.. ya dia kool, tapi bila marah ya Allah marahnya.

haha . aku pulak tak reti marah orang. aku takut marah orang. aku tak reti pilih emoticon mana patut aku pakai. topeng apa yang patut aku sarungkan. maka, kalau aku betul2 marah aku diam. bukan tengah berlapang dada, tapi tahu kalau cakap apa2 mesti kene balik.

Kemudian, masuk kolej, aku banyak jalan sorang2, tak banyak cakap dengan student melayu (sebab kebanyakannya 'budakmara' pastu macam tak nak kawan aku sebab aku tak bermara kot. kfine) aku baru sedar ada Best Friend ni buat aku hilang diri sendiri dan meletakkan kebergantungan pada bestie.
Tak sangka, dengan being independent, berkawan dengan semua orang, tak memilih kawan2, tak meletakkan syarat berkawan, eh, aku boleh je la hidup. malah lebih jauh. macam ni la terbaik.. (kott)

Jadi, SAH. Pada aku waktu itu, aku berpendirian Kita tak perlu best friend, kita hanya perlu berkawan dengan semua orang ! wa ha ha ha ....
tapi Sekarang, dah lama di universiti. Eh, Ok la ada best friend. It's not that bad at all.

However, cuma macam mana terbinanya "BEST FRIEND" itu.

Ok. First, aku tak consider lah dia as BFF aku sebab takde apa-apa declaration (perlu ke declare? hha).
(ke aku yang jahat?) (maaf tak faham term bestie kome)
Ok. ok. kita perkemaskan.

1. Jangan tolak mentah-mentah yang kamu tak perlukan bestfriend, kamu kena tahu yang kamu tak boleh berjaya berseorangan. Kalau ada orang tiba-tiba datang, "Awak jadi bestfriend saya boleh?", menjawablah "InsyaAllah :)"

2. Perlu ke mencari-cari bestfriend? atau cukup sekadar mencari friends? Manusia-manusia ni ada yang rasa dia yakin dia boleh survive sorang-sorang, dicampak dalam hutan pun dia boleh survive dengan harimau. Ada juga manusia yang perlukan teman, kalau takde teman, tak boleh hidup tak reti nak survive. So, it depends. Can't say orang yang mencari-cari bestfriend ni loser, menyampah mengada-ngada tak reti hidup. Tapi mereka ini akur dan jujur bahawasanya mereka rapuh. Kamu yang rasa diri tough sangat benar ke tidak getar?
Aku kategorikan diri aku yang suka being independent, suka jalan sorang-sorang (sebab lagi laju). Tapi bukan bermakna tak nak kawan dengan sesiapa dan tak nak jalan dengan sesiapa. Cumanya kalau ada orang nak jalan sama, teman je lah. tak ada masalah. nampak orang jalan sorang-sorang, suasana pun macam bahaya, ajak lah jalan sama-sama kenal-kenal.
Oh, aku suka la kenal ramai-ramai orang. cerita banyak-banyak. Bukan jumpa satu tinggalkan yang dahulu tu.
Kita cuma suka besarkan lagi ukhwah tu. 

"Oh, bercakap pasal hal ni, saya ada sorang kawan yang tahu pasal ni jugak"

kan? :D

3. Tak salah cari friends, cuma jangan disekat ukhwah itu. 

Tapi kan, at the end nanti kita kahwin, pasangan kita lah bestpren kita. Best Friend Forever And Always Forever ever and ever...
Si dia lah prioriti utama kita, gosip semua dengan suami, jangan gosip dengan bestfren lama dah, hal-hal rumah tangga jangan cerita pulak pada best fren lama kita tu. Jangan cerita over mana2 saat indah ke teruk ke pada mana-mana kawan. kita settlekan sesama ahli keluarga.

4. Dah lama aku tinggal seorang diri ini.

Akhir sekali, ternyata manusia memang memerlukan manusia yang lainnya.
Tak dapat beri nasihat pada aku pun tak apa, yang penting sudi mendengar.
Beri kata-kata nasihat yang cliche yang hang selalu jumpa kat facebook tu pun tak apa. hha
Kawan yang aku maksudkan, kawan di realiti. walaupun whatssapp semua ada, ia tak sampai ke hati. whatsapp semua ni buat terasa-terasa hati memang sesuai. tapi dengan kata-kata semangat yang aku nampak aku dengar dari mulutnya sendiri, itulah yang sampai ke hati dan fikiran.
Rapuhnya manusia ini kan?

Yang ada kawan tu, jangan dikisah sangat Best ke tak kawan dengan dia tu, syukur atas persahabatan itu, jaga ukhwah, banyakkan bersabar, jadi jujur, saling tolong menolong dan berkasih sayang. hhe

Macam sel-sel dalam badan kita. Dia tak dapat teruskan hidup, survive, tanpa sel-sel yang lainnya.
Smiling cells!
[Credit]
KAK JAH


No comments:

Post a Comment

karya kak jah