Saturday, October 11, 2014

Nak jadi wanita solehah

Masa sekolah menengah aku mula terdedah dengan ciri--ciri 
budak muslimah, wanita soleHAH. hhe

Masa tu rasa: ok. Aku kena jadi baik dah ni. aku dah besar dah ni. tak boleh perangai lelaki-lelaki dah. tak boleh letak kaki atas meja dah. tak boleh kasar-kasar dah dengan orang. tak boleh selamba batak batak badak dah.
lepas kena sound "Kau ni Hajar, elok-elok la sikit perangai, kang tak kawen nyesal lak" "camne nak kawen kalau camni" sebab perangai aku teruk sangat, mula aku timbulkan persoalan (bukanlah sebab tak dapat kawen, tapi sebab apa masalah korang nih? hahaha) ;

ok, camne nak jadi muslimah sebenarnye nih?
Aku observe orang,
aku tengok orang yang paling satu sekolah tabik sebagai seorang muslimah sejati wanita solehah gitu.
apa2 berkaitan agama baca doa imamah ke mende dia je paling terbaik layak lead kami. (which is good sebab based on her reading, not appearance.)

Aku observe.
Bukan dia je, ada beberapa yang lain, yang ramai orang tabik. ramai gile.
bukan setakat ramai like, tapi ramai komen positif menandakan Ha! inilah dia wanita solehah muslimah sejati! ho! aku da jumpe! sebab ramai kata dialah antara wanita solehah tu, kan?

Sampai... 
o... camni a ek muslimah sejati?

Selain pesbuk, aku tengok juga realiti hidupnya.
Hmm... camni ke orang kata "Muslimah sejati"?

Aku pening dowh.
Tak tahu ini suudzhon ke husnuzhon ke mende,
tapi apehal cam... gedik?

Aku tak puas hati, camni ke Muslimah yang it supposed to be?

Aku tak kata aku dah cukup solehahhhhhh untuk ngate orang,
tapi aku gile pikior la apa definisi Muslimah Sejati atau Wanita Solehah tu pada masyarakat kita?

Sebaik perhiasan dunia memang wanita solehah, tapi apa yang dimaknakan 'Perhiasan' itu,
macam hias hias rumah untuk mencantikkan pemandangan agar sedap mata memandang oleh orang lain ?
Tanya aku; indahkan tengok wanita solehah? indah memang indah dengan sopan santunnya bagai memang tak dinafikan tampak indah

Alah, sekarang trend bukan tudung labuh je, warna sekarang pun dah kena block kot.. (colour blocking :p), siap bunga atas kepala tu yang tak tahan tu.
Tak kesah pun macam mana pakaian tu yang penting tutup aurat kan... 

... ...

lepas tu citer makna 'Aurat' pulak.. menutup perhiasan.
ha. pusing pusing pusing

Aku tak pernah rasa solehah untuk cakap semua ni malah 
aku tak tahu mana level aku ni.

Yang aku tahu yang aku rasa definisi 'solehah' tu tah kemana sekarang ni.
Yang penting ikut apa yang sepatutnya lah Solehah itu mengikut Islam, 
bukan ikut orang lain, bukan ikut dia, ikut dia tu, mahupun ikut aku. kahkahkah

Orang Islam tak betul, jangan ikut,
Tapi ikut Islam, baru betul.


KAK JAH
konpiusnisme solehah

No comments:

Post a Comment

karya kak jah