Tuesday, August 5, 2014

Sensitif Ikhtilat

Di lapangan terbang KLIA2,
eeeeee barunya... seronok adik-beradik masuk self-check in yang lenggang.
Salah seorang ahli keluarga aku tersekat, tak lepas, bukan sebab masalah saiz badan, tapi masalah paspot barangkali... maka masuk secara manual mcm biasa lalu cop-cop.
Aku tunggu.

Abang self-check in yang bantu tadi saje nak berborak singkat dengan aku, Senyum dia sekuat hati betul sampai berbaris gigi-gigi putihnya, dia panjangkan kepala dari penghadang tu

"Adik dari mana flight?"

"Dari Bandung."

"Oh, Ke mana?"


"Balik rumah ler...hha"

"Oh, rumah kat mana?"

"Kat.. Kuala Lumpur."

"Kuala Lumpur tu kat mana?"

"haaaaa.... (senyum-senyum tanda ngorat detected) ahahaha.. (dia pun gelak ekekekek, aku tetibe blank).. haa... Sentul lah Sentul ..."

"ooo..... (lama jap). Beraya kat Bandung?"

"A'ah. since 2 Syawal. Hari ni baru balik.... (tak cerita banyak tujuan asal)
ok lah, pergi dulu ye bang. Terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum :)"

Sepanjang conversation tu senyum biasa-biasa aje.

[Credit]

Sesudah itu membuatkan aku terfikir aku yang dulu...


Waw... sensitipnya aku yang dulu dengan lelaki.
"Menjaga" yang teramat. Bercakap dengan lelaki pun tersipu-sipu malu. muka bajet garang. mahal sangat.
Rasa nak pakai purdah lah ape lah.
poyo nye la hai. 
Macam lah orang yang nak cakap dengan kau tu nak ngorat kau, berminat kat kau, bukannya nak terus kawen pun, peghasan. hha
Ada pulak tu, tak nak cakap langsung dengan lelaki. kenapa? sebab aurat suara?

Sebenarnyakan,
Hang buat merdu-merdu comey-comey baru ler aurat suara. 
Ni setakat cakap biasa ya sudah. senyum biasa tanda ok cukup sudah. senyum tu pun bertempat juga.

Tergamam lelaki tu tak dilayan. Terus cop hang sombong.

"Oh tak kesah pon kena cop sombong. Asalkan diri terpelihara" 
*fespam

Menyambut baik tak salah rasanya, senyum pun tak perlu senyum-senyum tersipu,
senyuman biasa suda... 
Orang tu tengah kot tetibe bercerita.. "Oh ye ke..." "Oh..." respon lah baik-baik.

Ada orang selesa bercakap dengan kita bukan sebab nak ngorat ke apa, sebab dia tengok personaliti kita, mungkin berpotensi untuk tolong selesaikan masalah dia ke apa, kita pun bantu lah beri pendapat yang kita rasa baik,
minta maaf kalau tak dapat tolong.

Ni tak, terus mencantas orang tu. Siapa tak marah?

Perempuan Muslimah sekarang mungkin takut tu trick lelaki tu ke nak ngorat, 
hha, dah la bajet perasan satu, keduanya su'udzhon dengan lelaki tu.
kesian pada kedua-duanya.

Aku pernah cantas orang lelaki macam tu, marah betul dia.
"Aku harapkan respon yang baik daripada kau sebab aku fikir kau boleh tolong aku. 
Aku dah takde siapa nak cakap pasal masalah aku ni, orang sekeliling aku semua tak de sorang macam kau."

Berulang kali dia cakap kat aku macam tu. Even tho banyak kali aku tanya kenapa pilih aku, namun wallahualam mungkin ada sesuatu dalam diri kita yang kita tak nampak, orang lain nampak.

Fine. Aku tolong kau. 

So, just keep the pace, focus apa yang perlu dibantu, buang sangka buruk.

Tak yah over sangat. tu je.

Sayang la adik aku, masa dia kecik dulu ceria sangat, peramah, banyak cakap, comel gila,

Ni masuk sekolah agama je terus senyap.
Nooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

[Credit]

Satu yang kita kena bersifat terbukak sikit, terima, lelaki memang macam tu.
Itu memang satu-satunya nafsu mereka. Ustaz tak ustaz, imam muda tak imam muda semua sama ja naluri mereka sebagai lelaki. jadi, tak perlu terkejut sangat kalau ada lelaki nampak baik alim2 tegur hang. ok. hha

Dia cuma rasa nak tegur cakap-cakap, itu aje, tak ada apa pun.

Nanti dah kahwin, kongsikan semua dengan suami.
Ada lelaki nak cakap dengan hang, bagi tahu hang dah ada suami awal-awal. Diorang ni tahu-tahu la limit.
"kau dah kahwin kan. aku tak tahu la kenapa aku cerita masalah aku tetibe kat kau. thanks mendengar."
dah settle.

Tak payah over thinking, uhhh nanti dia suka aku pulak camnewww. -_-

Kita pun tegas-tegas sikit bila bercakap. 
"Oh, Aku rasa kau tak patut buat macam tu lah." 
"Aku cadangkan en kau buat camni.." 
kasar-kasar sikit.
lagi lembut-lembut lagi caiyor laki tu....

rasa-rasa wanita muslimah dulu2, Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Hajar etc... gemalai camtu ke?
I bet they were tough.

[Credit]

KAK JAH
keep calm and relax.
over protective, memilih, camne nak kawen.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah