Thursday, August 14, 2014

Harga diri

Sekarang ni, zaman manusia obses nak tunjuk yang dia ada VALUE.
Cuma kayu ukur value itu berbeza.

VALUE Ada yang terletak pada kemewahan hidup,
kaya tak kaya... "Dia ada iPhone8 siot !" . Ada yang dah tahu tak mampu tu nak ngekor juga.

VALUE Ada yang terletak pada kecantikan,
sel otak tak berhubung pun takpe, orang suka.

VALUE Ada yang terletak pada tulisan cam bagus,
takde adab etika ilmu pun takpe, asalkan apa yang dia cakap tu betul ! (?)

VALUE Ada yang terletak pada kebaikan sesama manusia.

[Credit]
Shortry (Short Story) sikit,
Pada suatu hari, kakakku, Kak Ila balik rumah dari UniRazak, di meja makan beritahu ayah,
"Ayah, tadi Lecturer Dila puji-puji Dila, dia kata Dila boleh pergi jauh, boleh pergi jauh..."

Lama-lama baru ayah respon, tahu apa responnya?
"Kamu suruh profesor kamu tu duduk rumah ni dua tiga hari tengok kamu kat sini, baru dia tahu kamu ni macam mana."

Pujian. Nampak cam bagos. memang bukan benda ayah.
Result kau cemerlang mana pun tapi akhlak cam hagham pun memang kau muka Audi enjin Kelisa

Dan apa yang ayah maksudkan, bukan lah setakat adab kau terhadap manusia, tapi adab kau terhadap Tuhan, ALLAH.
alah, macam; sopan depan mak mertua mengalahkan mak sendiri.
Depan mak mertua macam-macam kau cover kasi tak nampak kelemahan keburukan, depan mak sendiri macam kain buruk.

Masakan kau katakan kau sudah beradab dengan Tuhan sedang dengan ibubapamu dijadikan hamba sumber kewanganmu

Kak Ila pesan lagi:
Sebab tu kat Facebook kau post bagos manapun, dapat sejuta dua like ayah tak kisah langsung dik.
Maksudnya: Kau popular di FB, kesah apa. Tak mengagumkan langsung kalau populariti itu meningkat di atas ukuran kecantikan kau, kemewahan yang engkau tayangkan, tulisan yang kau pamerkan dengan kata-kata kesat dan nista cam bagus (lagi).
Sesiapa pun boleh bangga dan raih kita, namun harus kita lihat dari segi apa yang meningkatkan memperlihatkan tingginya harga diri kita dimata manusia-manusia ini.
Aku risau juga melihat 'ustak-ustak' FB ini post-post di fb itu.
Aku harap ilmu yang dicari adalah benar-benar untuk manfaat dirinya dan orang lain, bukan mencari ilmu untuk dipost di fb semata.
dan apa yang dimaksudkan manfaat bagi dirinya dan orang lain tak semestinya disalurkan ke fb saja baru dikatakan 'manfaat'.

Begitulah juga dengan kerisauan terhadap anak muda sekarang,
sanggup buat gila-gila, membuang masa, "Do it for the vine!", untuk raih like, kerana apa? kerana hanya itu harga yang available.
Kalau ada orang komen yang tidak menyokong perbuatan itu, dianggap sangat negatif dan memohon ayat-ayat yang baik-baik sahaja. (dah namanya komen -_-")
Ya, yg komen tu pun biorler berhikmah.

Beringat, semua manusia ada value. Jangan hina.

Jadi, apa kau cari yang sebetul-betulnya?
lama mana begini, bertelanjang jiwanya.

Apa kau nanti yang sesungguh-sungguhnya?
Malam siang berganti, jawabnya tetap sama.

Sayu, tak terjelas fikiran, rebah tak tersambutkan,
kau tahu, kau sayu, kau rindu,
sama Tuhan.
[Fynn Jama - Tahu]


[Credit]

KAK JAH
kembalilah matlamat

No comments:

Post a Comment

karya kak jah