Wednesday, August 13, 2014

Hangout with buddies

"Ayah, [saya] nak keluar dengan kawan ye?"
"Pergi mana?"
"Pergi (shopping complex). sebab trenspot makan semua senang."
"Kenapa jauh sangat? pergi dekat-dekat je dah lah. Kat Gombak pun ada kedai makan, murah, transport pun lagi senang."

Sebenarnya nak kata: tak best. sebab dah biasa. jadi nak pergi tempat rare sikit baru best.
namun, ayah akan mempersoalkan balik...

"Apa tujuan nak jumpa tu?"

Jalan-jalan? Habiskan duit?

Bahagia apa yang kamu temui dengan begitu?
Hiburan yang dibayar dengan wang peluh mak ayah kamu sendiri.

Pergilah buat benda berfaedah sikit.
Pergi sungai ke, tasik, tempat-tempat rekreasi msia ni banyak. 
Sekarang ni, kamu keluar ke mana-mana ada shopping complex.

lepas tu, benda yang sama je. 
Ada kedai makan, ada kedai itu, kedai ni, ... dah la tu mahal pulak bayar tax lagi.


Aku sangat agree dengan ayahanda.
Sebelum ni banyak kali keluar jumpa kat shopping complex,
I can't feel the spirit, roh persahabatan dalam bond tu.
Hanya jalan-jalan, bersama orang ramai sekeliling, dengan bisingnya, org sini cakap sana cakap.
Tiada ketenangan pun dalam tu yang ku cari.
Kemudian, bila balik rumah, apa dapat? Gambar selpie sama-sama yang biasa. ada muka saya ada muka kome. Dapat gelak-gelak pun, yang boleh dibuat dalam chat watsepp.

Bayangkan kalau di sungai,
dengan kita bersama kelompok sendiri, borak dalam keadaan tenang, sama-sama bina tent, cari kayu api ke ape bakar udang, duduk di atas tikar yang sama, makan-makanan yang kita masak sendiri atau bawa dari rumah.
Usaha kukuhkan ukhwah tu nampak tau kat situ.
Masakkan untuk kawan-kawan. Bantu mudahkan keselesaan bersama.
Gambar selpie pun boleh buat best-best dengan landscape yang tenang kat belakang. (hang nak rare sangat kan. hha)
Kan syok.

[Credit]
Sungai atau apa-apa rekreasi mungkin sedap jumpa satu hari,
Kalau setakat jumpa sejam dua, tak nak susah-susah, lebih baik bertemu di tempat terdekat.
Tak mewah pun takpe, yang penting kita semua jumpa kan?

Maka, kalau tak mencapai kata sepakat atas cadangan yang dirasa lebih baik ini,
kebelakanglah baik-baik

"Oh. Kalau macam tu tak apalah. Saya ada benda lain kena buat ni."

Jangan lah pula kata;
"Oh. takpelah. aku tak suka buat benda tak berfaedah ni. HEHE"

-_-

[Credit]
KAK JAH
barulah "Ukhwah fillah abadan abada" yang bukan sekadar ucapan

No comments:

Post a Comment

karya kak jah