Tuesday, August 5, 2014

Demi Anak

Post ni bukan nak meleret cerita sayangi mamayah sampei moral of the story hargai pengorbanan ibubapa.
Tak suruh tak hargai jugak, tapi benda tu memang cliche dah, kita kena selalu hargai mereka.

Nak cerita kat sini,

Waktu kecil aku disuruh patuh mama ayah, jangan bantah. ikut je.
Aku pelik kenapa kakak aku sorang ni suka gaduh dengan mama.
Mama bising. Ade aje nak gaduh.
"Kamu bila besar jangan jadi macam kakak kamu tu"

[Credit]

Makanya, dari kecil sampai sekolah menengah aku patuh betul dengan mama ayah. Naif.
Mama kata, inilah punca kamu berjaya cemerlang dalam akademik berbandik adik-beradik yang lain.
haha.
hm.
aku tak happy.

Aku pandang kakak aku macam musuh. Jangan ikut dia. dia parasit. akan membunuh kebanggaan mama ayah terhadap aku.
Walhal kakak aku tu banyak bagi nasihat dari segi kehidupan dan akademi. Tak paksa suruh aku ikut cakap dia (tapi harapan nak aku ikut cakap dia tu pun memang nampak jugak), tapi apa yang dia cakap makes sense.

Aku makin besar ni sifat rebel tu makin ada dah.
Sebab aku tengok apa yang mama dah buat selama ni sebenarnya tak semua mama betul.
Mama pun manusia jugak. itu yang aku tak sedar.
Kasih sayang ibu yang terlalu itu boleh memakan diri anaknya sendiri. Benda sampai tak jadi tak rasional.
tapi, DEMI ANAK, dia 'korban'kan diri dia sendiri.

Oh. Ini yang aku tak suka.
Aku tak suka, aku stress tengok mama stress kan diri sendiri.
Dia sanggup stresskan diri sendiri semata-mata keselesaan anak dia yang budak tu sepatutnya boleh buat sendiri.
Untuk tidak tunjuk dia susah, dia sanggup pura-pura berlakon tak stress. Dalam hati bikin panas je.
Memang pengorbanan ibu sangat lah besar.... tapi itu sangat stress!

[Credit]
Bila budak tu dah besar, manja-manjakan dia, she too much rely on her, mama can't handle it anymore.
sebab apa? Mama semakin tua. Mama tak larat dah.

Mama dan ayah adalah gabungan pasangan yang hebat.
Ayah marah juga mama terlalu manjakan budak.
Tapi hebatnyalah kasih sayang ibu tu kan, sampai ayah pun tak larat dah nak cakap. hahaha. hatoiyaii . hhe ------------------------------------------>

Now I see, kenapa kakak aku banyak gaduh dengan mama dulu.
Bukan sebab mama salah 100%, tapi anak perempuan dia tu nak bagi mama stabil, buat keputusan yang rasional, membetulkan apa yang tak betul.
Dan aku tak kata kakak aku tu 100% benar, aku dah tengok ada benda jugak yang tak betul dia tu. hha

Lihatkan sekarang ni, yang banyak gaduh tu jugak yang paling rapat dengan mama.
Yang manja ni makin kelaut malah menambahkan lagi beban larat di bahu mu mama.

Kami faham, memang DEMI ANAK bonda sanggup korbankan diri sendiri,
tapi kami sendiri tak mahu lihat bonda terkorban.
Izinkan sekarang giliran kami mengorbankan kasih sayang yang kau beri untuk ketenangan dirimu di masa depan.
Baik rasa susah sekarang kelak nanti kian terancang agar aman sentosa.

Cukup, Cukup berfikir yang terlalu demi kami,
"Tengok, kalau mama takde semua tunggang terbalik"
memang untuk masa ini benda menjadi tidak sempurna tanpa dibawah pegangan mu,
Sebab kami bukan mama, mohon bagi kami cuba cuba dan cuba lagi.
K'mon mama, gunakan semua anak-anak yang ramai ni. hhi

Benarlah kata orang;
Seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak,
Tapi sepuluh anak tak semua mampu menjaga seorang ibu.

MAMA. TOLONG JANGAN STRESS !

DAN bagi kita...

JANGAN SALAHKAN IBU YANG MENGANDUNG.

Belajar 'Gaduh' beradab.
Cakap elok-elok. Ayat lembut-lembut. Jangan stresskan mama sampai mama rasa bersalah. Tunjuk gaya memberi cadangan apa yang kau fikir lebih baik.
Last but not least, macam biasa... "Minta maaf" dan "Terima Kasih".

[Credit]
KAK JAH
Belajar bersederhana berpada-pada dalam tindakan untuk masa depan anak-anak ku.
Terima kasih mama. :)

No comments:

Post a Comment

karya kak jah