Wednesday, July 16, 2014

Siapa tak nak jadi perempuan?

SAYA!

"haha... main-main kannnnnnn (?)"

[Credit]
Emm Tak. :[

"Eh kau ! melanggar fitrah ! Eee tak bersyukur ! Berdosa ! Dush !"


Aang: I choose… you.Bumi: Wrong choice.

Avatar: The Last Airbender 1.05 | The King of Omashu
[Credit]
Tak, bukan aku tak bersyukur.
Aku tahu untungnya jadi perempuan sebab ada rahim la,
 the pride lahirkan pahlawan islamiyah (ameen), kebanggaan,
tapi... bukan itu yang aku nak.

Ingat aku suka-suka buat keputusan ni? hahaha macam la serius sangat nak tukar jantina -_- dok aih
Tapi aku serius betul-betul tak nak jadi perempuan .
Besar sebab nya.

1. Sayang keluarga.

Aku ni sayang keluarga over emotional sikit, tengok gambar mata ayah je dah kembang eye bag. Lepas tu ditambah pula gambar muka mama sebelah ayah, air mata Niagara fall terjun. Dalam family aku ler paling senang nangis. tak suka betul depa gelakkan aku, setiap kali tengok tv part sedih... aku sorang je tengok tv lepas tu... depa tengok aku. T_T 

Bukan apa. Sayang tu sangat sebab aku lihat dengan mata aku sendiri mama ayah membanting tulang untuk kami. Dah la tua kot... sepatutnya ayah dah boleh pencen duduk rumah je goyang kaki berehat atas kejayaan ayahanda selama ini, lama.. lama sangat dah...  tapi Allah tetap bagi kudrat lagi ayah kerja tenaga muda.



Sekarang, sebagai anak perempuan aku bantulah semana yang boleh, tapi tenaga tu tak kuat. maka, kerja aku tak jadi sempurna sepertimana yang aku inginkan dan ayah harapkan. "La, dah tak larat dah?"
tak sanggup dengar ayah cakap camtu, macam da putus asa dengan aku. but I know, ayahanda never give up on me. :3
Ada sehari dua je aku tolong ayah gila-gila tanpa request nak rehat, sebab ayah dah macam tak larat jugak kalau aku tak larat. Ibubapa ni kan, mereka mampu bertenaga sebab adanya kehadiran anak-anak yang mereka sayang. kadang sebenarnya kita lah the reason why they keep on living.

Sebab tu tetibe... "Kalaulah aku lelaki..." . Boleh aku tolong ayah. tak perlu berusaha kahwin awal carik lelaki yang macam ayah. haha. orang sekarang nak kahwin awal sebab lain, aku kahwin awal nak laki tu kiranya ganti tempat aku a. hha. takde ler rasa bersalah sangat. dah la tanggung universiti aku ni mahei. belajar pulak takde kene mengena dengan bisnes. walaupun tak ada seorang pun family aku kata macam tu, ini... aku sedar sendiri rasa patut bersalah. ... .entahlah patut ke tak.
_________________________________________________________________________________

yup. satu tu je yang paling utama.

kalau benda lain pun, ada la sikit2 disebabkan kita perempuan je kita tak boleh tumpang sekali dalam sesuatu perkara tu... macam sexist je tapi tak pun, its natural perempuan memang tak sesuai... lebih kurang gitu ler... aku ok je camtu.

ape ke patut member aku tag aku di status Dr.MAZA:
Wanita itu dikenali dan disayangi kerana kesantunan dan sifat lunak mereka. Sifat manja dan lembut mereka menjadi lelaki sejati sering luntur dan simpati. Apakah yang mengubah sifat lunak sesetengah wanita itu kepada keras dan ganas?! 
[berkenaan kes 'wanita steering lock' gamaknye] 
Maaflah aku bukan muslimah baik-baik seperti beberapa segelintir 'agamawan' sangka.

setiap kali terpikir nak jadi lelaki be like...

[Credit]
ok. moving on ! dah dah dah.

sekarang, setiap kali benda tu jadi, setiap kali tu juga aku kena kembali pada fitrah juga... apa boleh buat?
Jadi Anak Solehah, semoga doa untuk ibubapa aku dimakbulkan Tuhan SWT.
Kita takkan tahu kan bila kita dah soleh? its a continuing process... keep going on...jangan mengalah

Somehow, tak tahu jika ada yang benar-benar nak tukar jantina,
lemah lah kita sebenarnya kalau kita betul-betul tukar jantina, sebab tak reti guna apa yang dah diberi.
nak mudah aje.
Macam buat program, bagi budak kertas, suruh buat kapal tanpa guna mana2 stationary selain menggunakan otak. ada yang merungut. ada yang berusaha-berusaha.

Yang mana kah kita? dah cepat mengalah atas fitrah sendiri? macam mana kita nak hadapi jantina baru tu pulak.

Tuhan itu, Maha Mengetahui Kemampuan kita.
bisa jadi kita ditakdirkan jadi perempuan sebab kita takkan mampu pikul Tanggungjawab lelaki yang amat berat sampai bisa patah tulang belakang

kita tak tahu

[Credit]


KAKJAH
jangan buat-buat tahu dan jangan buat tahi keatas diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah