Sunday, July 6, 2014

Kem Jun

Alhamdulillah, my summer holiday begins holistically amazing with these motivational camps. :D

Kem 1 : Rohani Hebat, Study Mantop.
Tempat : Surau somewhere in Bukit Beruntung
Tarikh : 7-8 Jun 2014
Motivator : Muallim Fadzli Rani

Alhamdulillah, yang paling berkesan dalam kem kali ni time Muhasabah Diri. 
Muallim sangat terkenal dengan slot Muhasabah Diri. Mood si motivator memainkan peranan yang amat penting. 
Ditambah pula, kehadiran Macik Pacik memberikan kesan yang sangat mendalam. bukan setakat kesat air mata, ni kesat pipi sampai dagu. memang umph !

Lihatkan gambar ni...


Berebut-rebut air mata aku nak keluar bila lihat wajah 'Ayah' . 
Bila kita tengok kan, macam-macam dalam kaca mata beliau, yang paling utama, HARAPAN dia kepada anak-anaknya. 

Dengan Muallim suruh saling minta maaf, dush...
Bayangkan mak ayah kita pula, kalau kita dan mamayah berada di situ, suasana itu. haruu....
Mulut tak terkata, hanya hati yang menjerit, nak beritahu apa yang terpendam selama ni, walaupun tinggal sebumbung.


Nampak tidak ada budak kecil lelaki yang tengah rukuk itu, memakai baju kuning belang hitam.
Dari pertama kali dia jejak surau, dia asyik tengok kami berprogram. Dia nak join. Aku tahu dia nak join. So, aku ajak ler. Dia tak nak tak nak, rasa tak layak sebab tak bayar seperti mereka. :(

Duit hanyalah untuk melancarkan program dik, namun... ilmu, ukhwah, itu semua tak perlukan duit untuk bersama kita. Kalau orang ajak, join je ;)


Ini anak kepada 'Ayah' atas tadi tu. Aku duduk depan, dia asyik pandang aku je. :O Aku pun tanya la kenapa? Dia terus senyum, kawaii (comelnya) ! hha
Dia ni nampak macam sekema sikit. Tak tahu kenapa pada aku orang nampak sekema ni comel/hensem pulak. hha. Abang dia pun join sekali, tapi nakal sikit. Biasa la remaja dengan perasaan rebel (menentang).
Kita doakan semoga dia istiqamah dalam kebaikan hendakNya. Walaupun adik beradik kita ok ke tidak ok ke, sentiasa ada hikmah dan sesuatu untuk kita ambil ibrah. :)
























Tak ada gambar saya. mwehehe xD
_________________________________________________________________________________

Kem 2 : UPSR Celcom Axiata
Tempat : Excel Training Camp, Broga
Tarikh : 13-15 Jun 2014
Motivator : DMFK


Setiap kali kem kat Broga ni best sikit, sebab banyak aktiviti boleh buat, aktif, and its so FRESH GREEN around you! 
Budak
Budak
Budak
Budak
Budak
Budak memang best !

Dan, best nya menjadi budak.
When I look you guys in the eyes, suddenly I miss my childhood :3 meh meh meh


Dewan yang sangat selesa.

Juga motivator yang kelakar jugak hhe



Uh, malam tu lawa gila bulannnnnnnnnnnnn

Selepas Riadah (Main Netball la sangat) bola buat bolat2 guna kertas :[]
Masa abg Fasi Alif kongsikan tazkirah subuh pun lawok menggila, tentang Kawan.
Ok, tak dapat nak ceritakan lawaknya sebab kurang jelas kalau nak diterangkan, tapi ilmunya:

Carilah kawan yang mempunyai 4 ciri:

Garang macam ayah,
Baik macam ibu,
_________________________ [hui, tak ingat :x ]
Sayang lebih daripada kekasih.

Kalau duduk situ memang kelako senanye. :3

Hai, Ini Aliah. :)
She made me this. :D
 I were so proud, then suddenly when she turns the blue paper:

 GAJAH -_-" . ade ke Kak Jah disamakan dengan Gajah. hahahaha
Nasib baik la hang ni budak-budak comel.

Seterusnya sesi ... menyelesaikan masalah. Peserta diarah tulis masalah atau halangan yang dihadapi, sama ada masalah dengan ibu, bapa, kawan, sekolah dan diri sendiri. Kemudian, tulis pula penyelesaian terhadap permasalahan tersebut. kelakar.


Lazimnya, dengan ibubapa
Kurang meluangkan masa, sibuk, selalu keluar malam, and the best part is...
SELALU MAIN HENFON . [ uh... DARNG !!]

Ye la, aku selalu tengok makayah sekarang sibuk post-post gambar betapa bahagianya rumah tangga (?), setiap latah anak2 dipostnya, tengah ada kes cerai dengan lima orang anak, kata sibuk, sibuk dengan pesbuk? 

Apa yang kita pamerkan secara zahir ni kan, biarlah secara lahiriah juga bahagia dalam diri anak-anak. Tak perlu susahkan diri nak tunjuk kat orang aku bahagia pun takpe, asalkan ikatan kekeluargaan yang ini sangat penting daripada orang luor tu.

Penyelesaian mereka :  Ambil phone ibu masuk dalam tong sampah atau bakar. HAHA
memang dasar budak-budak zimbabwe -_-
Dik, cuba Slow Talk, Luahkan perasaan dengan cara sopan. Eh, tengok kan citer Spiderman? Orang jahat tu kata, "We attack his heart first!". ye! tapi idokler tembak hati pulak, cukup lah sekadar sentuh hati malu-malu sinis :3 . Bila sentuh hati ni kan, ... pergh feeling tu boleh turun laut naik langit. 

Masalah dengan kawan pula : 
suka curi barang, berlagak, menyampah, pilih kasih, ... Betrayal ! hahahah kecik-kecik pun da ada backstabber ape la kome ni. haha or is it just jealousy ? hee
Tapi masa kecik aku pun ada juga kes curi barang especially stationary lah kan, hahaha beli ler pemadam ke ruler ke yang nampak rare, hari ni show off, esok terus hilang. hha same ler :p

Penyelesaian : Tukar Kawan ! 
Hahaha . ok. mmm... in my point of view, pada pendapat akak Jah lah, kita berkawan lah dengan semua orang. Bukan kita tak perlukan kawan baik, tapi pada akak kita ni manusia sesama manusia, jangan terlalu meletakkan kepercayaan yang sangat tinggi pada manusia, manusia ini hatinya berubah-ubah, bila runtuh saja kepercayaan tu, macam-macam kita nak buat jahat kat dia balik, balas dendam, sakitkan hati balik, takpun menangis sorang-sorang dalam bilik belakang pintu dengan labah-labah dan cicak ... Anggap biasa-biasa sudah. Ok, dia ada buat masalah, cakap elok-elok sudah.
mudahnya : 
[Credit]

Masalah dengan sekolah
Cikgu garang, tandas busuk, takde air, pintu tercabut, dan ada yang kata Tak ada Kawan Baik. hahahaha 

Penyelesaian : 
Tukar sekolah kerana tandas busuk !
Guru kerja dengan cleaner bersihkan sekolah !
Suruh cikgu upgrade kan diri untuk jadi pelawak supaya tak bosan.

hahahah. hamboi kome. Sebenarnyakan, kalau adik-adik ada masalah dengan sekolah dari segi prasarana atau prestasi guru, adik boleh buat komplen dengan cara yang baik, contohnya tulis surat dekat guru besar. hang tulis pakai tangan pun takpa. hha. takpun jumpa kaunselor. tahu tak kaunselor tu ape? Yang ada Pembimbing Rakan Sebaya la bagai tu. gunakan sepenuh hati ya.

Masalah dengan diri sendiri :
MALAS.

Malas adalah sesuatu yang tak dapat den atau sesiapun boleh tolong melainkan hang berdiri di atas kaki kamu sendiri. Doa lah dengan bersungguh-sungguh setiap kali di atas tikar sejadah mu.

People don't extend courtesy and compassion to those not standing up firmly on their own feet.
People are not so nice to lend a hand to those running away all the time.
Even when something bad happens, you gotta pick yourself up and keep going. face the challenge. Its Life.




OK. Semoga kita bertemu lagi ! :D

KAK JAH
Budak-budak sangat jujur, mengapa makin tua kita makin sukar untuk berlaku jujur...

No comments:

Post a Comment

karya kak jah