Wednesday, July 16, 2014

Siapa tak nak jadi perempuan?

SAYA!

"haha... main-main kannnnnnn (?)"

[Credit]
Emm Tak. :[

"Eh kau ! melanggar fitrah ! Eee tak bersyukur ! Berdosa ! Dush !"


Aang: I choose… you.Bumi: Wrong choice.

Avatar: The Last Airbender 1.05 | The King of Omashu
[Credit]
Tak, bukan aku tak bersyukur.
Aku tahu untungnya jadi perempuan sebab ada rahim la,
 the pride lahirkan pahlawan islamiyah (ameen), kebanggaan,
tapi... bukan itu yang aku nak.

Ingat aku suka-suka buat keputusan ni? hahaha macam la serius sangat nak tukar jantina -_- dok aih
Tapi aku serius betul-betul tak nak jadi perempuan .
Besar sebab nya.

1. Sayang keluarga.

Aku ni sayang keluarga over emotional sikit, tengok gambar mata ayah je dah kembang eye bag. Lepas tu ditambah pula gambar muka mama sebelah ayah, air mata Niagara fall terjun. Dalam family aku ler paling senang nangis. tak suka betul depa gelakkan aku, setiap kali tengok tv part sedih... aku sorang je tengok tv lepas tu... depa tengok aku. T_T 

Bukan apa. Sayang tu sangat sebab aku lihat dengan mata aku sendiri mama ayah membanting tulang untuk kami. Dah la tua kot... sepatutnya ayah dah boleh pencen duduk rumah je goyang kaki berehat atas kejayaan ayahanda selama ini, lama.. lama sangat dah...  tapi Allah tetap bagi kudrat lagi ayah kerja tenaga muda.



Sekarang, sebagai anak perempuan aku bantulah semana yang boleh, tapi tenaga tu tak kuat. maka, kerja aku tak jadi sempurna sepertimana yang aku inginkan dan ayah harapkan. "La, dah tak larat dah?"
tak sanggup dengar ayah cakap camtu, macam da putus asa dengan aku. but I know, ayahanda never give up on me. :3
Ada sehari dua je aku tolong ayah gila-gila tanpa request nak rehat, sebab ayah dah macam tak larat jugak kalau aku tak larat. Ibubapa ni kan, mereka mampu bertenaga sebab adanya kehadiran anak-anak yang mereka sayang. kadang sebenarnya kita lah the reason why they keep on living.

Sebab tu tetibe... "Kalaulah aku lelaki..." . Boleh aku tolong ayah. tak perlu berusaha kahwin awal carik lelaki yang macam ayah. haha. orang sekarang nak kahwin awal sebab lain, aku kahwin awal nak laki tu kiranya ganti tempat aku a. hha. takde ler rasa bersalah sangat. dah la tanggung universiti aku ni mahei. belajar pulak takde kene mengena dengan bisnes. walaupun tak ada seorang pun family aku kata macam tu, ini... aku sedar sendiri rasa patut bersalah. ... .entahlah patut ke tak.
_________________________________________________________________________________

yup. satu tu je yang paling utama.

kalau benda lain pun, ada la sikit2 disebabkan kita perempuan je kita tak boleh tumpang sekali dalam sesuatu perkara tu... macam sexist je tapi tak pun, its natural perempuan memang tak sesuai... lebih kurang gitu ler... aku ok je camtu.

ape ke patut member aku tag aku di status Dr.MAZA:
Wanita itu dikenali dan disayangi kerana kesantunan dan sifat lunak mereka. Sifat manja dan lembut mereka menjadi lelaki sejati sering luntur dan simpati. Apakah yang mengubah sifat lunak sesetengah wanita itu kepada keras dan ganas?! 
[berkenaan kes 'wanita steering lock' gamaknye] 
Maaflah aku bukan muslimah baik-baik seperti beberapa segelintir 'agamawan' sangka.

setiap kali terpikir nak jadi lelaki be like...

[Credit]
ok. moving on ! dah dah dah.

sekarang, setiap kali benda tu jadi, setiap kali tu juga aku kena kembali pada fitrah juga... apa boleh buat?
Jadi Anak Solehah, semoga doa untuk ibubapa aku dimakbulkan Tuhan SWT.
Kita takkan tahu kan bila kita dah soleh? its a continuing process... keep going on...jangan mengalah

Somehow, tak tahu jika ada yang benar-benar nak tukar jantina,
lemah lah kita sebenarnya kalau kita betul-betul tukar jantina, sebab tak reti guna apa yang dah diberi.
nak mudah aje.
Macam buat program, bagi budak kertas, suruh buat kapal tanpa guna mana2 stationary selain menggunakan otak. ada yang merungut. ada yang berusaha-berusaha.

Yang mana kah kita? dah cepat mengalah atas fitrah sendiri? macam mana kita nak hadapi jantina baru tu pulak.

Tuhan itu, Maha Mengetahui Kemampuan kita.
bisa jadi kita ditakdirkan jadi perempuan sebab kita takkan mampu pikul Tanggungjawab lelaki yang amat berat sampai bisa patah tulang belakang

kita tak tahu

[Credit]


KAKJAH
jangan buat-buat tahu dan jangan buat tahi keatas diri sendiri.

Sunday, July 6, 2014

Orang tua Cemburu dengan kita

[Credit]

Mama pernah cakap :
"Mama cemburu dengan kamu. Mama cemburu dengan kudrat kamu, yang masih muda kuat bertenaga. Zaman muda mama tak macam kamu. Mama masa muda jahil, tak tahu apa-apa, tak ada ilmu, ikut ja orang, macam lalang. Mama tak tahu tarawih tu apa, solat ikut orang, baca al-Quran apa entah lagi. Mama tak ada peluang macam kamu.
Sebab tu mama banyak tanya kamu. Banyak benda mama tanya kamu boleh jawab. Mama bangga sangat. Sabar ye dek mama tanya banyak sangat. Mama minta maaf sangat kalau kamu tak senang hati atau malas nak jawab soalan mama yang banyak sangat ni.
[Credit] 
Dah tua-tua ni dek, lebih-lebih lagi sejak kahwin dengan ayah, mama rasa macam bayi baru lahir, baru nak merangkak belajar ilmu. Mama sekolahkan anak-anak mama, supaya mama pun dapat belajar agama macam kamu belajar dari sekolah agama.
Jangan jadi macam mama, dah tua-tua nak mati baru belajar agama. Sekarang peluang kamu sangat luas, gunakan tenaga kamu ni untuk benda-benda bermanfaat. Jangan sia-siakan. Nanti kamu akan menyesal. Percayalah."
Bukan mama je yang pernah cakap macam ni, tapi kalau kita jumpa mana-mana orang tua, duduk table sama-sama, we talk to each other, they kind of like wishing the same thing too. Especially when they suddenly smile to us... wishing they could turn back the time, or wish my future to be bright ahead.

[Credit]

Mama ayah, umur dah nak masuk 60 masih membanting tulang lagi. 
Aku sangat tabik lah dengan mama ayah. Sangat kental jiwa mereka.
Setiap bunyi-bunyi kerat tulang mereka bila solat, rukuk sujud tu, hati aku terpana. Aku tertanya jika di masa depan nanti, mampu ke aku sekuat itu. Terus beribadah hingga ke molekul oksigen terakhir.

Mama selalu ajak ikut kelas tajwid, kelas al-Quran sekali sama-sama dengan beliau. Solat terawih pun mama nesti ajak sekali. Kalau aku tak dapat pergi atas sebab tertentu, mama pun semacam tak nak pergi. 
Nampaknya kan, Ibu ini kekal kuat kerana adanya kita di sisi. Kerana anaknya, kerana kita.

Sesuatu yang aku sedar... walaupun ini sudah perkara lama pernah aku ketengahkan, makin lama makin ke tengah laut nampaknya, yakni remaja kita masih suka melakukan perkara sia-sia.

I mean it literally, memang betul-betul kritikal suka perkara sia-sia. Bukan sekali-sekala dah, benda tu dah dibuat selalu... dan bila ia selalu... ianya sudah menjadi sebahagian dari diri kita.

[Credit]
Sebagai contoh benda hangat sekarang remaja kita kejarkan adalah Vine. hhhhhhhheshtag RoyalSwek. [boleh search sendiri di YouTube :]
Ya, nampak sangat cool. and yes, NAMPAK sangat cool sahaja. I mean, it's not cooler than that, it's just cool. dah. tu je. It was nothing else. Tak ada yang istimewanya yang boleh mengubah sesiapa pun, malah lebih memburukkan lagi, kesannya lebih-lebih lagi terhadap budak tadika. 

Remaja kan, biasalah, buat sesuatu yang nampak sangat Rare adalah sangat cool. Lepastu ramai akan ikut. Hey, me too, masa dolu-dolu :3 . Yet, it was nothing. Dia macam... nampak kilat cantik diluar kita kata kita ok kita ni best, tapi sebenarnya dalam tu, atau dalam hati mahupun dalam diri kita sebenarnya tak ada apa-apa. 

Mencarut benda bukan-bukan, Cool kan? Yet, it was nothing.
Effectnya? : Tak sopan, tak beradab. 
Malah mencarut itu pemangkin menggelapkan hati.

Contoh salah satu Vine, video singkat 6 saat, Viner tersebut buat muka 'sarkistik' berkata :
"Yey! Family aku datang, makcik pakcik semua datang rumah aku...
Dalam hati ; Pergi berambus la bodoh !" 

*Clap
Yep, it's funny, yet it's nothing but severe damage to the society. 
Kita sangat berani mengemukakan apa yang terbuku, boleh, tapi adab tu. Adab, kita as orang dewasa, budak-budak tengok, bahana lah masyarakat hang ni.
Budak-budak pun suka tengok benda best, then depa dok ikut sebab best. #RoyalSwek ko gitu.

Wah, dari orang tua cemburu terhadap remaja, terus tentang remaja bersia-sia.
Hubungan antara dua subtopik ini masih wujud, tapi orang tua tidak cemburu dengan kalian yang seperti itu, mereka geram dengan kalian yang mensia-siakan diri.

You know what, you can turn your vine into more useful tool. As you now have gained your 10++K something followers, show your society that you are a very useful person.
Engkau bukan remaja yang sia-sia, masih ada masa depan untuk diubah. Think about your society.
I dare you to keep it up, like you always said "Do It For The Vine" ! 

It's not only about that Vine, our Fesbuk, Twitderr, Instageram... tak perlu ayat sekema pun, just.. 

[Credit]
Tak mampu mengeluarkan kata yang baik, jangan berkata buruk. Diam sejenak. Diam pun jangan diam-diam blur, tapi fikir fikir fikir... apa masalah kita atau di sekeliling kita sekarang.

Kita dah terlalu selesa, anak-anak melayu pun bila dah selesa, tak tahu nak buat apa, ini je ler koje kome. 
Sedangkan, kalau kita utilise apa yang kita ada sekarang ini sebaik-baiknya, kita tidak akan menyesal hingga ke tua nanti.

Dan kita tidak akan cemburu dengan orang muda generasi 00" akan datang. [budak 00" sekarang pun dah tingkatan 2 :O ]
Sebab kita dah betul-betul mengisi masa muda kita...

Be it : ARCHERY ! HORSE RIDING ! SWIMMING ! 

[Credit]
Now, this is cool and semangat !

Struggle 'till the END bebeh !
KAK JAH
Kalau kita berusaha sekarang, kita takkan menyesal !

Kem Jun

Alhamdulillah, my summer holiday begins holistically amazing with these motivational camps. :D

Kem 1 : Rohani Hebat, Study Mantop.
Tempat : Surau somewhere in Bukit Beruntung
Tarikh : 7-8 Jun 2014
Motivator : Muallim Fadzli Rani

Alhamdulillah, yang paling berkesan dalam kem kali ni time Muhasabah Diri. 
Muallim sangat terkenal dengan slot Muhasabah Diri. Mood si motivator memainkan peranan yang amat penting. 
Ditambah pula, kehadiran Macik Pacik memberikan kesan yang sangat mendalam. bukan setakat kesat air mata, ni kesat pipi sampai dagu. memang umph !

Lihatkan gambar ni...


Berebut-rebut air mata aku nak keluar bila lihat wajah 'Ayah' . 
Bila kita tengok kan, macam-macam dalam kaca mata beliau, yang paling utama, HARAPAN dia kepada anak-anaknya. 

Dengan Muallim suruh saling minta maaf, dush...
Bayangkan mak ayah kita pula, kalau kita dan mamayah berada di situ, suasana itu. haruu....
Mulut tak terkata, hanya hati yang menjerit, nak beritahu apa yang terpendam selama ni, walaupun tinggal sebumbung.


Nampak tidak ada budak kecil lelaki yang tengah rukuk itu, memakai baju kuning belang hitam.
Dari pertama kali dia jejak surau, dia asyik tengok kami berprogram. Dia nak join. Aku tahu dia nak join. So, aku ajak ler. Dia tak nak tak nak, rasa tak layak sebab tak bayar seperti mereka. :(

Duit hanyalah untuk melancarkan program dik, namun... ilmu, ukhwah, itu semua tak perlukan duit untuk bersama kita. Kalau orang ajak, join je ;)


Ini anak kepada 'Ayah' atas tadi tu. Aku duduk depan, dia asyik pandang aku je. :O Aku pun tanya la kenapa? Dia terus senyum, kawaii (comelnya) ! hha
Dia ni nampak macam sekema sikit. Tak tahu kenapa pada aku orang nampak sekema ni comel/hensem pulak. hha. Abang dia pun join sekali, tapi nakal sikit. Biasa la remaja dengan perasaan rebel (menentang).
Kita doakan semoga dia istiqamah dalam kebaikan hendakNya. Walaupun adik beradik kita ok ke tidak ok ke, sentiasa ada hikmah dan sesuatu untuk kita ambil ibrah. :)
























Tak ada gambar saya. mwehehe xD
_________________________________________________________________________________

Kem 2 : UPSR Celcom Axiata
Tempat : Excel Training Camp, Broga
Tarikh : 13-15 Jun 2014
Motivator : DMFK


Setiap kali kem kat Broga ni best sikit, sebab banyak aktiviti boleh buat, aktif, and its so FRESH GREEN around you! 
Budak
Budak
Budak
Budak
Budak
Budak memang best !

Dan, best nya menjadi budak.
When I look you guys in the eyes, suddenly I miss my childhood :3 meh meh meh


Dewan yang sangat selesa.

Juga motivator yang kelakar jugak hhe



Uh, malam tu lawa gila bulannnnnnnnnnnnn

Selepas Riadah (Main Netball la sangat) bola buat bolat2 guna kertas :[]
Masa abg Fasi Alif kongsikan tazkirah subuh pun lawok menggila, tentang Kawan.
Ok, tak dapat nak ceritakan lawaknya sebab kurang jelas kalau nak diterangkan, tapi ilmunya:

Carilah kawan yang mempunyai 4 ciri:

Garang macam ayah,
Baik macam ibu,
_________________________ [hui, tak ingat :x ]
Sayang lebih daripada kekasih.

Kalau duduk situ memang kelako senanye. :3

Hai, Ini Aliah. :)
She made me this. :D
 I were so proud, then suddenly when she turns the blue paper:

 GAJAH -_-" . ade ke Kak Jah disamakan dengan Gajah. hahahaha
Nasib baik la hang ni budak-budak comel.

Seterusnya sesi ... menyelesaikan masalah. Peserta diarah tulis masalah atau halangan yang dihadapi, sama ada masalah dengan ibu, bapa, kawan, sekolah dan diri sendiri. Kemudian, tulis pula penyelesaian terhadap permasalahan tersebut. kelakar.


Lazimnya, dengan ibubapa
Kurang meluangkan masa, sibuk, selalu keluar malam, and the best part is...
SELALU MAIN HENFON . [ uh... DARNG !!]

Ye la, aku selalu tengok makayah sekarang sibuk post-post gambar betapa bahagianya rumah tangga (?), setiap latah anak2 dipostnya, tengah ada kes cerai dengan lima orang anak, kata sibuk, sibuk dengan pesbuk? 

Apa yang kita pamerkan secara zahir ni kan, biarlah secara lahiriah juga bahagia dalam diri anak-anak. Tak perlu susahkan diri nak tunjuk kat orang aku bahagia pun takpe, asalkan ikatan kekeluargaan yang ini sangat penting daripada orang luor tu.

Penyelesaian mereka :  Ambil phone ibu masuk dalam tong sampah atau bakar. HAHA
memang dasar budak-budak zimbabwe -_-
Dik, cuba Slow Talk, Luahkan perasaan dengan cara sopan. Eh, tengok kan citer Spiderman? Orang jahat tu kata, "We attack his heart first!". ye! tapi idokler tembak hati pulak, cukup lah sekadar sentuh hati malu-malu sinis :3 . Bila sentuh hati ni kan, ... pergh feeling tu boleh turun laut naik langit. 

Masalah dengan kawan pula : 
suka curi barang, berlagak, menyampah, pilih kasih, ... Betrayal ! hahahah kecik-kecik pun da ada backstabber ape la kome ni. haha or is it just jealousy ? hee
Tapi masa kecik aku pun ada juga kes curi barang especially stationary lah kan, hahaha beli ler pemadam ke ruler ke yang nampak rare, hari ni show off, esok terus hilang. hha same ler :p

Penyelesaian : Tukar Kawan ! 
Hahaha . ok. mmm... in my point of view, pada pendapat akak Jah lah, kita berkawan lah dengan semua orang. Bukan kita tak perlukan kawan baik, tapi pada akak kita ni manusia sesama manusia, jangan terlalu meletakkan kepercayaan yang sangat tinggi pada manusia, manusia ini hatinya berubah-ubah, bila runtuh saja kepercayaan tu, macam-macam kita nak buat jahat kat dia balik, balas dendam, sakitkan hati balik, takpun menangis sorang-sorang dalam bilik belakang pintu dengan labah-labah dan cicak ... Anggap biasa-biasa sudah. Ok, dia ada buat masalah, cakap elok-elok sudah.
mudahnya : 
[Credit]

Masalah dengan sekolah
Cikgu garang, tandas busuk, takde air, pintu tercabut, dan ada yang kata Tak ada Kawan Baik. hahahaha 

Penyelesaian : 
Tukar sekolah kerana tandas busuk !
Guru kerja dengan cleaner bersihkan sekolah !
Suruh cikgu upgrade kan diri untuk jadi pelawak supaya tak bosan.

hahahah. hamboi kome. Sebenarnyakan, kalau adik-adik ada masalah dengan sekolah dari segi prasarana atau prestasi guru, adik boleh buat komplen dengan cara yang baik, contohnya tulis surat dekat guru besar. hang tulis pakai tangan pun takpa. hha. takpun jumpa kaunselor. tahu tak kaunselor tu ape? Yang ada Pembimbing Rakan Sebaya la bagai tu. gunakan sepenuh hati ya.

Masalah dengan diri sendiri :
MALAS.

Malas adalah sesuatu yang tak dapat den atau sesiapun boleh tolong melainkan hang berdiri di atas kaki kamu sendiri. Doa lah dengan bersungguh-sungguh setiap kali di atas tikar sejadah mu.

People don't extend courtesy and compassion to those not standing up firmly on their own feet.
People are not so nice to lend a hand to those running away all the time.
Even when something bad happens, you gotta pick yourself up and keep going. face the challenge. Its Life.




OK. Semoga kita bertemu lagi ! :D

KAK JAH
Budak-budak sangat jujur, mengapa makin tua kita makin sukar untuk berlaku jujur...