Sunday, June 8, 2014

'Userah'

Bismillahi Arrahman Arrahim.
Demi Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Credit

Usrah. Tak. Aku tak join. tapi pernah join. 

Usrah bukan keutamaan, tetapi Ilmu. cuma mendapatkan ilmu itu melalui usrah adalah salah satu caranya.

Harap penulisan ini tidak kecundang.

Aku pernah join satu usrah, terai.
Honestly, aku kurang gemar dengan cara ilmu disampaikan, kerana boleh membahayakan pemikiran jika kita tidak dapat fikir dengan kritis. Penyampaian kakak Naqibah juga mencorak pemikiran 'anak-anak' kome. Amboi, naqib naqibah dan bagai ibubapa yang mencorak kain putih he he he

Bukan tak ada manfaat pun join Usrah. eh, mestilah ada;
Bulatan Gembira, Ukhwah fillah, 'Ana uhibbuki fillah', seronok kan?

Kesian rasanya, tengok member penat-penat balik usrah banyak kali pun, begitu.. juga. Bukan aku mengharapkan perubahan drastik, tapi apa yang awak buat kat sana? Macam tak ada apa-apa je? Benda ni awak pergi banyak kali sangat bagus istiqomah dah, tapi outcome tu tak ada.
Apa keutamaan usrah ni dah sebenarnya? Bukan ukhwah suwit2 saja kan? Bukan untuk tak mahu dilabel "tak alim" kan?
Ada yang sibuk sangat manja dengan adik-adik usrah, sanggup masakkan, belikan itu ini, eh, duit siapa tu?
sayangnya tu ya Allah...
Dah apa guna sampai malam pukul 12 baru balik rumah dari Usrah.
usrah usrah pun, tak perlu ler U SERAH kan segala-galanya :'3 

Kemana dah ni? Apa korang buat ni?

Aku tak rasa dengan manja-manja ni membuatkan kita jadi lebih efektif dan produktif. lagi lemau je.
Manja. Ya, perempuan sangat manja. Sangat manis dalam berkata-kata. I lap you, muah muah muah, dalam hati biasa saja. Kita memang akan act lebih-lebihan to show our love sangat sangat sangat.
Perkara hati dalaman ini husnudzhon, tapi ini juga general. lazim dalam kalangan perempuan. Jadi, tak perlu termakan dengan pujuk rayu. Tak sampai hati nak sakitkan hati kakak Naqibah yang sangat baik itu. Sampai terpaksa pergi usrah juga walaupun esemen tak siap sebab takut kakak Naqibah kecil hati. hah

Come on, kita dah universiti, tiada siapa yang berhak menyekat pemikiran kita. Dalam berfikir pun ada batasnya juga (dalam bab ketuhanan) tapi Naqibah bukan Tuhan. Apa yang kita perlukan di sini, kejujuran. Kalau tak boleh join cakap tak boleh join dengan cara baik. Usrah mesti ada belajar tu kan? Aplikasikannya. "Akak, saya minta maaf hari ni tak boleh join sebab ____". Yang penting kita dah minta maaf sejujurnya, selebihnya serahkan pada Allah akak tu nak terima ke tidak.

Tengok usrah lelaki, macam APG selalu post, gembira dengan bulatan gembiranya,
Saya rasa dia sedang dalam matlamatnya. Determined. Bukan setakat gelak-gelak, tujuan?-> rapatkan ukhwah (lagi). Aku kagum benar dengan lelaki yang mampu berfikiran kritis.

Berbalik kepada soal pemikiran, ada satu tulisan sahabat saya nak kongsikan;

"[ADA APA PADA USRAH]

Masa zaman sekolah, kawan-kawan selalu sembang "usrah, masa sekolah kau memang boring, mengantuk dll. cuba kau tunggu besar nnt, atau kau duduk oversea, kau akan tercari-cari punya bulatan gembira ni"

Noktah.


Jelas , ramai orang yang mencari usrah, malah dengan bermacam-macam sebab. Antara nya, menuntut ilmu, kembali ke pangkal jalan, mencari Islam yang sebenar dan penyucian hati.



Malangnya, kepercayaan anak-anak usrah kepada naqib seolah-olah dikhianati.

Apa yang dianggap tarbiyyah, sebenarnya doktrinisasi dan kadang-kala sampai ke tahap brainswash.

Apa yang dianggap ukhwah, kadang-kadang sekadar untuk memenangi hati, attachment dan meraih sokongan.

Anak-anak usrah hanya diajar fikrah naqibnya. Ditarik masuk ke jemaah-jemaah tertentu tanpa sedar. Seolah-olah jemaah naqibnya sahaja yang betul dan benar.

Seolah tiada diberi pilihan untuk memilih. Ada saja dolak dalih. Apatah lagi berterus terang niat sebenar.

Akhirnya, anak-anak usrah tertutup mindanya jauh daripada keluasan Islam.

Dikongkong pemikirannya kepada doktrin tertentu.

Hasilnya, anak-anak usrah yang sedang mencari Tuhan, malah tidak cekap dalam memikirkan politik sekalipun, tiba-tiba menjadi ahli politik taqlid buta. Tindak tanduk pemimpinnya semua halal dan betul.

Mungkin apa yang diperjuangkan naqibnya betul.

tetapi

Politik hanya satu juzuk saja dari ajaran islam. Banyak lagi juzuk anak-anak usrah tidak terteroka untuk belajar dan menabur bakti. Bagi yang tidak sesuai masuk ke dalamnya, jangan dipaksa walaupun secara halus.

Tetapi, kita juga harus sedar. Apalah sangat yang mereka peduli. Terpulanglah menilai baik buruk. tak mahu kata buruk 100% apatah pula baik 100%

Disclaimer : bukan semua usrah begitu, 95% usrah niatnya baik dan betul. cuma segelintir 5% saja bersifat oppurtunis. Jangan biarkan kitaran ini berterusan."



Sekarang, dapat lihat?

Kakak aku pernah pesan, "Kalau nak belajar ilmu agama betul-betul, belajar macam abang, Bertalaqqi."

Talaqi. = Berguru.
Kita. Belajar kitab dengan guru yang telah mentadabbur kitab yang dipelajari.

Ini lah yang sebenar. Bukan usrah cedok-cedok ilmu. Rujuk artikel Dr. Maza di sini.
Aku bertanya kepada kakak Naqibah, ketika itu membicarakan tentang takdir Tuhan, aku mahu tahu cara jawapannya. sekali lagi, kejujuran, kalau kita tidak arif sesuatu perkara itu, "maaf, akak tak arif, tapi setakat yang akak tahu..." jujurlah sayang. aku tak mengapa. eh. 

Kita da'ie bukan mufti

Habis tu, daripada macam Kak Jah, nampak tak buat apa2 untuk agama...

Ceramah surau/masjid. Buku. Bincang pemikiran dengan sahabat FB yang belajar agama,
Join consultant agency/company.
Sebagai orang awam, seorang pelajar dan juga seorang anak... jangan dilupa.



KAK JAH

No comments:

Post a Comment

karya kak jah