Sunday, June 8, 2014

"Benz Ali" dan angkatan lain

[Credit]

Setelah didendangkan tulisan-tulisannya, aku kerap memikirkan apakah Saudara Benz Ali ini.

Sejak dahulu lagi aku banyak menekankan adab dalam segala perbicaraan sebab tidak kemana perbicaraan itu andai dipandu emosi.
Bukan, bukan sebab untuk tunjuk profesionaliti atau tunjuk kebagusan. Hanya ajak untuk tenang dalam perbicaraan.

Kepada mereka yang dalam usaha menentang pemuda ini, jangan kamu menentang dengan mencerca, mengherdik, ... tak ke mana. rileks bro rileks.
Setiap orang ada pendapat masing-masing, dan di setiap pendapat nya ada pendapat yang boleh diterima, ada yang tak boleh diterima. soal kemiskinan, pemuda yang masih tidur, itu aku setuju. yang aku tak boleh terima hal tempoh hari berkenaan UAI. bukan aku sensitip sampai tak boleh kutuk UAI, tapi kita ni pun bercakap hati-hati juga sampai su'udzhon tuduh ustaz itu ini. entah-entah ada orang bagi ke apa kereta itu atas jasa ilmunya. Walaupun Benz Ali mengutuk ustaz2, aku setuju ada ustaz begitu, namun ada masih ada ustaz yang menjaga ilmu sebaik-baiknya seperti Ustaz Hasrizal. Dr. Zulkifli, juga Ustaz Zaharuddin pun aku gemar baca kenyataan mereka. kebanyakannya.

Adapun yang setuju, habaq lah elok-elok.

Ayah pesan, sebagai orang awam, kita ikut suai dengan diri kita lah. pendapat itu memang banyak.

Apa yang aku gemar benar dengan Benz Ali ini, semangat mudanya. Tak takut tidak getar luahkan apa yang ada di dalam kotak fikirannya.

Aku juga punya teman lebih kurang macam dia, tapi perempuan. ya Allah, emosinya jangan dipertikaikan lah jantina pun perempuan.
Aku tidak boleh mendengar hujah orang yang menekan-nekan pendapatnya seakan memaksa aku terima. ergh sakit telinga.
Nak cakap tak boleh, nanti kena 'tembak' balik, jadi simpan je a dalam hati...
Credit


KAK JAH
jangan penat buat baik

No comments:

Post a Comment

karya kak jah