Saturday, April 19, 2014

Populariti

Bismillahi Arrahman Arrahim
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

Seronok kan setiap kali post, ada je yang menyokong.
Baru 1 saat post, dah 5 likes.
Wah, rasa macam bangga je kan. Rasa macam ni;

[Credit]
...

Tiba tiba,
"Ya Allah. Apa aku dah buat. Astaghfirullah al Azim."

Facebook. Medan CaPub (cari publisiti) atau platform untuk keluarkan ideologi, 'tunjuk pandai' (?).
Tak tahu. Aku terasa sendiri. hha

Kadang-kadang tengok member sebaya, banyak bercakap pasal isu-isu semasa agama Islam ini.. menakutkan melihat ilmu nya. Bukan pernah bertalaqi, berguru. Kutip-kutip ilmu, masuk facebook simpang sana simpang sini. MasyaAllah. hebatnya.

Adakah ini semua kerana mahukan perhatian? populariti?
Tak, Saya tak kata anda yang membaca, cuma.. cuba check balik.

Ustaz pernah pesan, "Jangan cari populariti takut tak tertanggung kesannya di akhirat nanti."
Padahnya norma masyarakat mengikut arus yang paling ramai penyokong dek kerana perasaan rasa selamat bersama beramai-ramai. Aku juga dulu macam tu apa.
Share perkara pelik-pelik di luar jangkaan masyarakat sebab ianya menarik tanpa lihat dulu kesahihannya itu. Kalau share pun mungkin kita patut kepsen (caption) kan sesuatu yang menunjukkan kita juga ragu-ragu perkara ini. Kalau setakat Share, lazim orang fikir kita benar-benar tahu isu itu. Kak Jah, yang Kak Jah post tu pasal apa Kak Jah? Kak Jah sokong la ye? hamekau.

Secondly, apa yang aku lihat budak-budak popular ini, seperti mempermainkan orang ramai. Walaupun aku faham, meraka saja-saja menjadi sarkastik gelak-gelak berjemaah macam tempat ni sarkis mereka. Bila ada orang bertanya, gelak-gelak sampai orang tu tak tahu mana satu jawapan sebenarnya. Pura-pura jadi wahabi, syiah, taliban lah... Ini sedih. Memeningkan. Ilmu dan akhlak itu ada keseimbangan toleransinya. ke cane?

So, populariti? Am I?
Eh, dulu aku bukan KJ kot. Bermula menjadi transformer bila aku sedar "eh aku ada 'Zaman Kegemilangan' aku"... cewah. Poyo ye Jah? Meh aku cerita dulu ni.

Kesedaran aku muncul bila kita banyak komen komen komen di post-post. Itu rupanya, kita dah boleh dapat populariti. Percaya? I was like, wow, that's easy, I was just put my comments! that's all people! I am nobody! Zero. Nothing at all.
Sebab tu ada 'quote' ni; merata-rata. ha ha ha cer gugel. banyak dok?

[Credit]
Wrong.
You guys picked a wrong person.
Am not an ideal person to follow.

Ingat, orang ramai suka kita SEBAB ALLAH TUTUP AIB KITA. bukan sebab kita bagus sangat daripada orang lain.

Tapi aku proceed juga dengan KJ, pasal KJ Bukan Nama Sebenar, pops, k tak mengapa.
Sebab BUKAN SEBENAR. dan juga disebabkan oleh sesuatu yang aku terjumpa 3 tahun lepas. it makes sense;


Bila aku keluar rumah, (cuti sekolah),  pergi ke satu 'markas' sebuah pertubuhan, baru aku tahu ramai kenal the real KJ > through one of my girl friends. ... .... ... *tarik nafas* Biasalah kan orang perempuan ni macam mana. sabo je ler.
Aku ingat benda tu tak kecoh sangat setakat bisik-bisik suda. baik. aku boleh tahan.
Sehinggalah ke pengetahuan budak-budak abang-abang lelaki tinggi lampai , aku dah tak selesa, aku blah.
ha ha ha. Tak, ini tak bermakna aku berhenti agenda 'dakwah' suci murni ok?

Since then, baru aku sedar, KJ ini bakal membahayakan aku.
Yang muka tak tunjuk ni pun budak laki cari, apentah lagi yang ada muka. Yang aku tak faham, seronok pulak muslimahmuslimahpurdahtakpurdah ni letak gambar-gambarnya dengan komens and likes hawt hawt. How do you get that feeling sis? I don't understand.
ok fine. Hati batu aku je.
[Bagi aku, lelaki popular ok tak apa. tak ada ancaman dalam bentuk yang sama seperti perempuan. Mereka gagah. cuma ego itu biasalah, luar biasanya bila mereka boleh LEt it GO.]

Sejak sedar 'zaman kegemilangan' itu, Populariti... Terkenal... the real.. tak. ini bukan apa yang aku mahukan. Ini sangat menakutkan.
Deactivate for a very long time, tulisan semakin tawar (sekarang pun tawar lol), fokus terhadap keutamaan, strike!
Alhamdulillah.
Result : The popularity is decreasing. Terbaik insyaAllah. Kurangkan dosa kami Tuhan dan susahkan kami dari mendapat dosa di media sosial ini ya Tuhan.

People, hendak memulakan sesuatu yang baru itu mudah, yang susahnya adalah istiqamah, mengekalkannya. (Ayah pun kata begitu :')
Sebab itu, kita boleh lihat mereka akan cuba kekalkan pace mereka post-post hebat belaka kadang-kadang emosi-emosi pun masukkan juga. Tak penting tak bermanfaat pun masukkan juga. Namun, masih hairan bagaimana mereka yang begitu sibuk sempat pula post-post berbunyi "fuhh penatnya kerja 'ni' semoga Allah redha titik peluhku", "Tempat rehat da'ie ialah bila berjaya ke syurga. :'3 " berulang-ulang ulang ulang...
:)
Kita doakan, semoga fokus kita bukan bilangan Likes dan Comments, doakan tiada titik kecil syirik riak di hati ini. Semoga kita berjaya fokuskan terhadap keutamaan. Utamakan yang utama. (Fiqh Aulawwiyat).

Nak post post dakwah semua ni post lah, jangan sampai kita abaikan keutamaan sebagai seorang anak dan pelajar.

InsyaAllah, memandu kehadapan yang lebih baik. Kesibukan sekarang ini hikmah masa depan. ceh.

KAKJAH

No comments:

Post a Comment

karya kak jah