Wednesday, April 2, 2014

Kerana Allah Ada

Bismillahi Arrhaman Arrahim
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kerana Tuhan
Kerana Allah

Bilamana kita meletakkan Tuhan di dalam setiap peristiwa yang kita sedang alami, mesti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk, Dalam keadaan bersembunyi kita harus berusaha mencarinya.
Dan dalam usaha mencari petunjuk Allah itu, kehadiran En. Sabar amat diperlukan.

Contoh peristiwa;

Lagu Taylor Swift
Aku dah lama tak dengar lagu Taylor Swift. Dalam sebulan aku tekad nak dengar lagu ketuhanan sahaja.
Satu hari aku rasa nak dengar lagu Taylor Swift. Tang tu juga macam-macam terjadi pada aku. Practical report aku geng-geng Chinese aku yang buat semua, aku masukkan dalam TurnitIn, print and submitkan je. berkerut wajah rasa bersalah. Aku kena fikirkan sesuatu untuk balas jasa mereka. Orang bukan Islam jangan main-main, imej Islam kita bawa.
Mungkin kita sering katakan, perkara buruk yang terjadi pada kita tu adalah ketentuan Allah, ya ketentuan Allah. Benar. Jangan kita lupa apa yang ditentukan Allah itu ada hikmahNya yang kita kena cari. Mesti ada sesuatu yang tak kena.

Oh you. Lagu dia mungkin best, feeling nya lagi, tapi ia runtuhkan rohani kita. Melupakan kita menjadi Muslim yang sebenar.

Mama dan memanah
Peristiwa kedua masa aku sedang mencari kedai memanah, LA Sports di Kepong yang besar. Aku dah buat draft dah pasal peristiwa ni nak ceghiter kat kome dalam blog ni. Bila aku fikir balik, jika pengisian aku hanya sebuah cerita yang mempamerkan kesusahan yang aku alami, apa kamu orang dapat? takdek. telur ayam pun tak dapat. Ringkasnya, nak cari kedai memanah tu susah dengan 'penunjuk arah' yang macam #taktahunacakapapa, malah mama dengan Aisyah budak kecik yang down syndrome pun ikut sekali. Kesabaran aku sangat diuji. Hampir sekali kedai itu hendak ditutup, mama patah-patahkan semangatku untuk mencari kedai itu sampai dapat. Tentu sekali aku mahu cari kedai ini dan beli arrows, ini saja peluang yang aku ada. bila lagi. Alhamdulillah, Setelah aku berjaya dengan gembira, lantas Mama berkata;
"Kamu sangat bertuah Allah nak bagi kamu rezeki ni dek, kamu tahu sebab apa? Sebab kamu sabar. Mak tahu kamu marah Mama push-push kamu. Tapi, disebabkan kamu sabar, Allah bagi kamu rezeki."
MasyaAllah. Keramat kata-kata ibu.
Mungkin kalau aku bersabar lagi, mungkin sebatang bow dapat aku beli waktu tu.


It's repaired already.

Mula simpulkan ikatan Tuhan dengan apa yang kita alami.
Bukan sekadar; ini ujian. aku hamba aku kena harungi. yosh! - post kat pesbuk
harung harung juga, kalau harung air sungai tapi tak dibawa ikan tak kemana. eh apa ni.


KAKJAH
Kembali kepada matlamat - Mencari Redha Allah. Bukan Cari Pasal dengan Allah.

No comments:

Post a Comment

karya kak jah