Friday, April 25, 2014

Aku Anak Emas!

Bismillahi Arrahman Arrahim
Dengan Nama Allah Tuhan Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Perasankan diri, bahawasanya kita Anak Emas ! Anak Emas Mama Ayah kita!
Bangga diri 

Anak Emas . Betul betul emas. Credit
Aku rasa lah kan, setiap tindakan mama ayah ni adalah trick depa tunjuk sayang kat aku.
Antaranya,
  • Suruh Rotate Baju setiap minggu.
    Aku tahu ni trick mama nak aku balik setiap minggu. wah ha ha ha
  • Pakai kereta enjin lama.
    Supaya aku balik rumah untuk Ayah check setiap minggu. tee hee

Sebenarnya, ini adalah usaha-usaha untuk kita husnudzhon dengan mama ayah kita.
Depa bagi macam ni macam ni macam ni, walaupun tak perfect, tak baru, tak lawa, tak semestinya depa tak sayang kita. Depa bagi sejauh mana kemampuan depa. Usahlah susahkan depa walaupun mereka mampu.

Sebenarnyakan, mak ayah ni dia nak tengok kita selalu. Semakin besar kan, kita semakin jauh. Sibuk dengan belajar, nak jadi doktor bertauliah, nak jadi Nutritionist, nak berjaya kejar cita-cita. Kemungkinan, secara tak langsung kita lupa mak ayah kita.

Nak diceritakan, ada satu minggu kat kampus aku sibuk, sumpah aku lupa nak call mama. Bila sedar tu, Perasaannya tu kan, Ya Allah. Allah saja lah yang tahu. Tak sangka aku boleh terlupa ibu yang mengandungkan aku.
Terus rasa... "Patutlah rasa sibuk gila minggu ni, entah-entah mama tak redha." takut gila.

Kena aplikasikan undang-undang ini:

Credit
Betul lah kan, Iman itu turun naik. Ayah pernah cakap, Perkara yang paling susah dalam dunia ni, Istiqamah, consistency. Namun, aku percaya ianya tidak mustahil selagi mana kita berusaha insyaAllah.

Selain usaha itu, ada benda lain kita boleh usahakan untuk terus ingat mama ayah. Pakai barang yang sama macam mama ayah.
  • Pakai sabun badan yang sama macam ayah. ha ha ha (kalau kulit tak mudah sensitif)
    Selalu teringat bau ayah setiap kali ayah nak pergi masjid, ayah mesti wangi dengan sabun tu.
  • Pakai baju mama yang tak nak pakai dah.
    Rasa macam mama lah. 
Terakhir sekali, kita kena ingat. Kita ini menumpang harta mak ayah kita.
Orang kata kita ni remaja kaya, bukan kau yang kaya, mak ayah kau yang kaya.

Contoh: kereta anak muda; "Weh, tutup elok-elok sikit, kereta aku ni..."
Kita putarkan! : "Weh, tutup elok-elok sikit, dah la ni bukan kereta aku. Kereta mak ayah aku."

Kita sedarkan diri kita. dan kawan-kawan kita.
"Redha Allah, Redha Ibubapa."
Jadi, sekarang ni, siapa yang tak sayang siapa sebenarnya?

KAK JAH
Aku tahu, mama ayah selalu sayang aku.
Kerana engkau lah cintaku. 

No comments:

Post a Comment

karya kak jah