Thursday, March 27, 2014

Gadget

Bismillahi Arrahman Arrahim

"GADJET" - uh, takutnya riak.

Darah muda kita suka lihat pada kehebatan.
Gadjet mana hebat. Siapa yang memilikinya pasti hebat.
Walhal semua nya hanya dengan duit . Duit mak ayah pula tu.

Sebelum ini pakai abang-kakak punya, saya pemegang kedua atau ketiga. biasalah mangsa.
Smart phone pertama, HTC Desire .
Smart phone kedua, beralih kepada Samsung Galaxy Note 1, selepas abang membeli henfun nya yang lain.
Pergh, hebat kan.. Note, HTC...

Sehinggalah Rosak...

Baru-baru ni Alhamdulillah, akhirnya pada umur mencecah 20 Tahun baru lah dapat memiliki henfun sendiri yang pertama. 1% duit hamba, 99% duit mama. :D

Kehadiran telefon bimbit pintar yang baru ini telah mengubah pandangan orang lain terhadap saya.

"Eh, kau beli ni ke? Bukan yang dulu lagi bagus ke?"
"Eh... (takterkata taktaunacakapapa)"
Eh. tak best nye saya ni ye?
Hilang ke 'maruah' saya dengan henfun yang tak kacak?

Ya, saya telah membeli, Nokia Lumia 925, pada harga RM1100, dimana harga asal sebenarnya RM1300, di KLCC. Ada member beli yang sama di tempat sama, RM1600. Actually I want to buy Lumia 920, cheaper, but the price they promoted to me and they dont sell the 920 anymore, and 925 is better, then just buy this one lah. Alhamdulillah. Mama kata lagi "Rezeki kamu"
























Ambik gambar pakai Note1 Apps Camera360.
Siap pelekat sirim lagi ha kau.

Aku akui telefon bimbit bijak ini tidak sehebat Samsung Note, Sony Experia, HTC One, Lenovo yang terbaru... Tapi, apakah semua specs hebat2 tu kita perlukan? Sejauh mana pula tahap kemampuan kita. Apa kita nak beli sebenarnya?
Aku sebagai pelajar, apa yang aku perlukan?
sebuah telefon yang boleh call, message, interface yang user-friendly, kalender, notes, fast processor, saiz tak terlalu besar tak terlalu kecil.
Persoalan Lazim berkenaan kelemahan telefon ini:
"Windows 8 ? Kenapa tak android? Android lagi banyak Apps."
Namun, apakah kau akan pakai kesemua apps tu? Cukup kut download Whatsapp, Dictionary, pdfReader. Kalender notes, Office work pun dah originally ada. Direct connect dengan universiti pula tu. Sekarang kan banyak universiti pakai Microsoft outlook, alhamdulillah masuk semua terus memang compatible.

16GB storage, no additional storage.
Tak apa. Kita rajin2 lah masukkan isi nya dalam laptop. That is one thing yang kena sacrifice lah dah kalau nak murah. Rajin2 pun kena sacrifice jugak ye? Aduh orang muda.
Susah sikit pun dah rasa "Ya Allah susah gile! (post pesbuk)"

Yang best henfun ni, walaupun setting to battery saver, wifi blutut semua boleh go on lagi. Battery pun boleh tahan satu hari. Tapi kan sekarang ada powerbank. Offline maps and navigator pun accurate. Dah test masa pi rumah sepupu, navigator tuAlhamdulillah. Laju pun sangat laju. Sangat user-friendly. Mungkin mula2 agak sukar untuk beralih dr android ke w8, tapi lama2 alhamdulillah mudah. Laju je set up calender, arrange classes, meeting, appointment,.. Once kita set up calendar kat sini, w8 dalam laptop pun automatic updated dgn apa yang kita dah ubah kat henfun.

Mungkin ini boleh jadi guide untuk future buyers. Define keperluan kita, adapun kelemahan henfun tu macam mana nak counter, penting ke spec tu, kena extra work sikit kat mana...

Kalau kita dah tahu apa yang kita nak, kita dah buat survey, kita determine, tahu tahap kemampuan kita dimana, dan kita betul-betul berpuas hati, orang nak kata henfun ni buruk, outdated, tak laku, mesti kita tak kisah. Tak perlu berkecil hati, kita yang membuat keputusan untuk mengangkat ini masuk poket. Kita guna, bukan orang lain.

Remember, We buy things that we need, Not what we want to impress everyone.

KAKJAH


2 comments:

  1. As'salam k'jah.. blh tau dak nama kedai kt KLCC tu ? Berminat la. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Boleh. Cuma bersebelahan dengan kedai Samsung.
      Naik level yang ada sign Techs and Electronics, kalau tak silap saya Level 3.
      InsyaAllah jumpa. Semoga berjaya.

      Delete

karya kak jah